Monday, November 30, 2009

Salju Sakinah - Zaid Akhtar

Tajuk : Salju Sakinah

Penulis : Zaid Akhtar
Tahun : 2008
M/S : 576 ms
Harga : RM26.00
Kategori : Novel Islami, Cinta
Rating Aku : **** (4 Bintang)

Sinopsis :
Salju Sakinah sebuah novel yang masih membumbukan secebis kisah cinta namun tetap mesra dan tepu dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik dan sosial yang digauli wataknya. Novel Islami ini menyorot ketabahan watak Sumayyah, siswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya.

KISAH cinta memang enak dibaca. Namun tidak banyak kisah cinta yang dinovelkan menyuguh batas-batas cinta menurut Islam apalagi menyuntik wacana pemikiran yang seharusnya menjadi bekal sekaligus memperkaya jiwa pembaca. Lantas Salju Sakinah cuba menawarkan apa yang jarang-jarang ditawarkan selama ini.

Salju Sakinah sebuah novel yang masih membumbukan secebis kisah cinta namun tetap mesra dan tepu dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik dan sosial yang digauli wataknya. Novel Islami ini menyorot ketabahan watak Sumayyah, siswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya.

Meskipun Salju Sakinah menjadikan wanita sebagai watak utama dan mengambil dua latar tempat yang jauh berbeza iaitu Jordan dan Malaysia, novel ini dengan sengaja mengetengahkan suasana kehidupan pelajar Malaysia di Timur Tengah selain konflik sosial seperti hasad dengki, fitnah-memfitnah serta kepercayaan khurafat dan ilmu sesat yang menjadi penyakit sebahagian masyarakat.

Berbeza dengan novel-novel Zaid Akhtar sebelumnya seperti Sesegar Nailofar dan Rona Bosphorus yang padat dan bertempo pantas, Salju Sakinah yang mendapat banyak feedback pembaca ketika disiarkan dahulu dirasakan lebih tenang, damai dan agak membuai – sesuai dengan judulnya yang bermaksud salju yang mendamaikan.

Komen Aku :

Banyak perkara bleh kita amik iktibar dan penghayatan dari cerita ni. Pelbagai cara kehidupan menurut ajaran islam bleh kita pelajari. Ajal, Maut, Jodoh, Pertemuan tu adalah ketentuan ALLAH yang maha kuasa. Pelbagai kisah yang terjadi dalam masyarakat kita seperti ajaran sesat, mengumpat, memfitnah sentiasa berlaku. Antara kita sedar atau tidak tu la hakikatnya.
Dalam buku ni juga aku dapat belajar bahasa arab. Tade la byk perkataan yang di gunakan tapi di belakang buku tu dibuat seperti kamus. Ada terjemahanya.

Cthnya :-
as-suqut 'alamatur redha = diam tandanya redha

cerita salju sakinah ni menceritakan tentang perjalanan hidup pelajar Malaysia yang berada di Jordan. Meneruskan pengajian mereka di Universiti Yarmouk. Bagaimana mereka cuba untuk 'survive' berada di negara orang... jauh di perantauan kerana ingin menimba ilmu dan mendapat segulung ijazah. terdapat juga adap2 yang mereka terpaksa tempuhi seperti tidak kuar dimalam hari berseorangan, tidak menggunakan perkhidmatan teksi di malam hari dan juga liqa' (iaitu pertemuan empat mata antara lelaki dan perempuan untuk merisik. Ia juga dihadiri oleh sepasang suami isteri yang bertanggungjwb menguruskan pertemuan ini dan menghindari berlakunya khalwat).

Sumayyah, seorang pelajar Malaysia yang menyambung pelajarannya di Jordan, sentiasa aktif dalam persatuan dalam membela kaum hawa. Beliau juga terlibat sebagai ahli panel bagi forum yang di anjurkan oleh persatuan (PERMAYA) disana.

Setelah pulang dari Jordan, beliau telah dikhabarkan dgn berita yg mengejutkan. Bapanya telah pulang ke rahmatullah. Beliau terpaksa mengambil alih dan meneruskan syarikat bapanya iaitu Desa Wali Sdn Bhd. Dengan bantuan pekerja yg dipercayai arwah bapanya, Muazam, syarikat tu berkembang maju. Walaupun terdapat beberapa insiden yang berlaku... dgn izin Allah, segala kesukaran dapat mereka atasi.

Kaklong dan Kakngah mempunyai cerita yang mempunyai kaitan dgnnya. Dalam sibuk beliau menjadi penceramah... kaklong nya terlibat dalam ajaran sesat. Bersama suaminya dia sudah jauh tersasar dari landasan agama islam. Sebagai adik, beliau berusaha dan berdoa supaya kaklong kembali sedar. Kakngah pula terpaksa menghadapi dugaan apabila tunangnya terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Pelbagai dugaan yang terima oleh beliau dan keluarga termasuk fitnah yang dilemparkan keatas dirinya sendiri.

Jodoh pertemuan itu adalah urusan ALLAH. jika DIA telah mentakdirkan bahawa jodoh kita dgn orang itu... maka ianya akan berlaku. Itulah yang terjadi dgn Sumayyah. Setelah beberapa kali bertemu dgn Naufal. di Jordan dahulu.. walaupun telah pulang ke Malaysia, beliau telah menerima kejutan untuk kembali ke Jordan bagi mengulang subjek yg terkandas. Di sini lah titik bermulanya dimana Naufal melamarnya dalam liqa'. Mereka selamat di ijabkabulkan dan menjadi suami isteri.

Mikhail - Ramlee Awang Murshid

Tajuk : Mikhail

Penulis : Ramlee Awang Murshid
Tahun :
M/S : 490 ms
Harga : RM19.90
Kategori : Thriller, Saikopet, Cinta, Jenayah
Rating Aku : ****

Sinopsis : MIKHAIL

MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!

Tinta Penulis :

Novel ini lebih bersifat global. Namun, tumpuan lokasi adalah di Malaysia. Selain itu, antara lokasi dalam novel ini merupakan negara-negara yang pernah di lawati seperti New Zealand, Jordan, Mesir dan China. Lebih memeranjatkan, Ramlee meletakkan negara Israel sebagai antara lokasi dalam novel kali ini. Malah, mengaitkan jalinan cerita dengan wang 1USD Amerika Syarikat.

"Mikhail... bukan sekadar sebuah nama." Itu ulasan pertama Ramlee ketika wartawan Alaf21 menemubualnya berkenaan novel mutakhir ini. "Cerita ini adalah satu agenda tetapi saya jalinkan plotnya dalam pelbagai rangkaian yang melibatkan prinsip serta emosi. Bukan setakat saspens semata-mata. Ia lebih daripada itu. Pemusnah kejahatan adalah... cinta." lanjut Ramlee lagi.

Karya Ramlee kali ini turut diselitkan unsur agama biarpun tidak terlalu menyerlah.

"Agama itu asas bagi setiap manusia. Sesiapa yang tidak berpegang pada asas, maka manusia itu akan rugi. Mungkin akan ada orang mengatakan... novel-novel saya berkonsepkan kebaikan dan kebatilan. Terus terang saya tidak akan membuai minda pembaca dengan konsep cinta semata-mata biarpun karya-karya saya tidak terlepas daripada cinta.

Mikhail... sesuatu yang berbeza berbanding dengan trilogi Bagaikan Puteri. Penampilan heronya adalah bertentangan dengan watak-watak baik. Mikhail adalah kejahatan yang merebak seumpama virus. Kala bertindak, kematian adalah noktah," jelas Ramlee.

Komen Aku :

Seperti biasa buku RAM ni berbentuk thriller. Kali ini mikhail judul buku yang aku baca ni mengisahkan seorang lelaki yang telah di asuh dari kecik untuk menjadi pembunuh upahan. Mempunyai satu pertubuhan yang mempunyai ramai ahli diseluruh pelusuk dunia. Cakap kat mana semua ada geng dia. Pertubuhan ni licik dalam pergerakan dia. Sentiasa diupah oleh orang tertentu yang mempunyai niat atau hasad dengki pada orang lain.

Mikhail ni... kira cekap yang amat walaupun ada skit perangai pelik dia slalu ilang ingatan (xbleh tgk cahaya direct). Dari kecik dia kena saiko n otak dah kena cuci. Konon keluarga dia dah kena bunuh dgn orang2 yang dengki dgn keluarganya. Tapi dgn ajaran dia telah menjadi pembunuh upahan paling cekap. Sekali tembak sahaja bleh mengenai sasaran. Tiada yang terlepas jika dia mahukan orang itu MATI!.

Tetapi manusia tetap manusia... cinta penghancur segalanya. Kerana cinta.... hati yang keras lembut akhirnya. Raihana yang mempunyai perwatakan seorang gadis melayu yang cantik dan berkarisma. Bekerja dengan ayahnya dalam membangunkan syarikat telah berjaya menawan hati seorang Mikhail. Namun begitu, pertubuhan ini sentiasa mempunyai 'backup plan' bagi menjayakan rancangan mereka. Mereka bukan menghantar seorang tapi dua untuk memastikan rancangan mereka membunuh sentiasa berjaya. Dua2 akan mati... pembunuh upahan pun jadi mangsa jika gagal. Tade yang selamat la. Kira2 kalau pertubuhan ni nak korang mati... korang mesti mati la. Sampai polis pun tak dapat nak cari bukti melainkan satu bentuk simbol iaitu not 1USD yang sentiasa di letakkan selepas pekerjaan mereka selesai.

Wednesday, August 20, 2008

Wira Mandala Hijau

Tajuk: Wira Mandala Hijau
Penyelenggara: Nor Azah Abdul Aziz & Rozlan Mohamed Noor
Tahun: 2008
M/S: 119
Terbitan: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Harga: RM17.00
Kategori: Kemasyarakatan
Bintang: **** (digalakkan sebagai rujukan bagi mereka yang ingin bergiat di dalam bidang penulisan)
Kredit: Antologi cerpen-cerpen yang memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007 bagi kategori Cerpen Remaja

Sinopsis Belakang:

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan melangsungkan kesinambungan iltizam memasyarakatkan sastera dan memartabatkan kedudukannya di peta tamadun bangsa. Menerusi Hadiah ini, Kumpulan Utusan memberi rangsangan menyuburkan pertumbuhan pengarang generasi baharu dan memupuk istiqamah pengarang mapan dalam menghasilkan karya yang segar, maju, berseni, dan tinggi mutunya.

Wira Mandala Hijau merupakan antologi sembilan buah karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007 bagi Kategori Cerpen Remaja. Karya-karya tersebut merupakan hasil cipta pengarang generasi baharu, di samping pengarang kawakan.

Karya-karya yang termuat dalam antologi ini memperlihatkan pemikiran penulis yang semakin tajam menggarap isu yang pelbagai daripada perspektif berbeza dan sekali gus meluaskan horizon pemahaman dan penafsiran. Antara isu yang diangkat lewat karya-karya di dalam antologi ini ialah isu bahasa Melayu, pengisian dan semangat kemerdekaan warga remaja tanah air, masalah alam sekitar, nilai insani dan kekeluargaan. Isu yang pelbagai ini diadun dengan cermat dan mampu memperkasakan jati diri dan sahsiah pembaca khususnya remaja.

Wira Mandala Hijau yang menjadi judul antologi ini menyorot perjuangan primat mempertahankan tanah leluhur mereka daripada ancaman pihak luar. Perjuangan untuk mengekalkan warisan hutan ini ditonjolkan melalui watak Mon, iaitu binatang yang tinggal di dalam hutan yang sedang dipugar untuk pembangunan. Cerpen ini memugar kesedaran tentang kemusnahan alam dan keruntuhan nilai manusiawi.

Komen Darius:

Membaca antologi Wira Mandala Hijau memberikan satu macam kepuasan kepada Darius. Secara keseluruhannya, sembilan cerpen yang dimuatkan di dalam antologi ini ditulis oleh kombinasi penulis baru dan penulis yang sudah dikenali.

Tulisan Nasriah Abdul Salam bertajuk "Banglo Kolonial di Lot 152" mengundang senyum di bibir Darius. Mesejnya tajam dan bahasanya indah walaupun plotnya mudah. Kerisauan penduduk kampung terhadap penghuni banglo kolonial di Lot 152 membawa Tok Mat dan keluarganya menghampiri penghuni mat saleh tersebut. Latahan di akhir cerita menyebabkan pembaca tersenyum tetapi lebih penting lagi, latahan itu meninggalkan kesan mendalam kepada pembaca.

Saifullizan Yahaya dengan kisah bertajuk "Cerita Sagita dan Sagupa" mengajak pembaca mengenal erti usaha dan peri pentingnya pengisian kemerdekaan. Kisah ini mampu menyemai keinsafan kepada pembaca, dan mengajak generasi muda untuk menyedari tentang nilai pengorbanan.

"Rumah Nurul Iman" karya Ghafirah Idris menyentuh isu HIV/AIDS menerusi watak utama kisah ini iaitu seorang gadis yang membesar bersama-sama adik-beradik angkatnya yang menghidapi HIV/AIDS. Terus-terang Darius berasa sebak di akhir kisah ini. Betapa besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh seorang wanita untuk membesarkan dan memberikan pendidikan kepada anak-anak yang "terbuang" supaya mereka menjadi manusia yang berguna.

"Mamaku Menteri" yang ditulis oleh penulis yang tidak asing, Salina Ibrahim, menelurusi kisah seorang anak yang ibunya dilantik menjadi menteri. Kisah ini merungkai reaksi seorang anak apabila ibunya tiba-tiba berada di bawah spotlight dan juga penyesuaian yang terpaksa dilakukan terhadap perlantikan sebagai menteri.

Lim Swee Tin dengan kisahnya "Tiga Catatan di Tiga Perhentian" mengenengahkan kisah patriotisme dan perpaduan. Bila Darius membaca cerpen ini, Darius rasakan mesej yang disampaikan amat relevan dengan situasi generasi pascamerdeka hari ini. Mesej tentang kemerdekaan negara ini wajar dihayati oleh semua yang lahir selepas 1957.

Serunai Faqir menintakan kisah "Wira Mandala Hijau" yang menjadi tajuk antologi ini. Mesej "hijau" di dalam cerpen ini diolah dengan kreatif kerana watak-watak utamanya bukan manusia tetapi primat. Cerpen ini mengingatkan kita tentang pentingnya alam ini dipelihara dan bukannya dieksploitasi membabi-buta hanya atas nama pembangunan.

"Kalendar Baru Abang" hasil tulisan Tie Camar ialah satu lagi cerpen yang menyebabkan Darius menjadi sebak. Tema keinsafan menerusi watak Abang yang merupakan bekas Mat Rempit benar-benar menyebabkan air mata berlinang.

Dr Ilias Zaidi dengan karya bertajuk "Dunia di Pergelangan Tanganku" berlatarkan sebuah kisah kesukanan yang berlaku pada tahun 2057 apabila seorang anak tempatan bertanding di gelanggang keramat Wimbledon. Penulis menterjemahkan semangat "Malaysia Boleh" di dalam kisah yang digarapnya ini.

"Selamat Kembali Nurul Merdeka" tulisan Nasriah Abdul Salam ialah satu lagi kisah yang memupuk semangat cintakan tanah air. Betapa jauh pun seseorang itu merantau, tanah tumpah darah jualah yang istimewa. Kata-kata watak utama cerpen ini iaitu Nurul Merdeka menyimpulkan mesej yang hendak disampaikan. "Manja, senja di Malaysia dan Venice amat berlainan."

Bagi Darius, antologi Wira Mandala Hijau ini ialah satu panduan berguna buat sesiapa yang mahu menjadi penulis. Banyak yang boleh dipelajari daripada antologi ini. Kata orang, jika kita mahu belajar menulis, maka kita perlu banyak membaca. Dan antologi ini seharusnya menjadi bacaan wajib bagi mereka yang berminat di dalam bidang penulisan.

Wednesday, July 23, 2008

Menanti Kasih - Norzailina Nordin

Tajuk : Menanti Kasih
Penulis : Norzailina Nordin
Tahun :
M/S : 520 ms
Terbitan : Alaf21
Harga : 19.90
Kategori : Romantik / Thriller Mafia adrenallin tahap 4
Bintang : * * * - Boleh dibuat koleksi

Sinopsis Belakang :

Pertemuan kali pertama ketika melancong ke Itali, membuatkan Farhana jatuh hati pada Giovanni. siapa lelaki itu sehingga Farhana buta dlm pencarian cinta, sedangkan mereka saling mengenali hanya utk tempoh 2 minggu? Betapa taksubnya cinta 2 insan ini bilamana perasaan kasih, sayang dan rindu sering menerjah sanubari. Mereka mampu menepis segala tohmahan yg dianggap dusta belaka.

Namun, dalam kseronokan bercinta, ada insan merana. Kamel.... satu2nya lelaki yg pernah singgah di hati Farhana. Mengapa ditolak luahan perasaannya sedangkan mereka berkawan sudah lama? kasihan lelaki itu! cintanya tidak kesampaian...

Kemunculan Ahmad Ridzafi memberi tamparan hebat kpd Farhana. Lelaki itu melamarnya dgn penuh keikhlasan jiwa. Biar bagaimana hebat sekalipun onak merintangi gadis itu harus menjadi miliknya. Fikiran Farhana menjadi tidak keruan. Mampukan dia menerima lamaran itu kerana pada masa yg sama mengharapkan orang yg disayangi datang membersihkan luka di hati?

Farhana benar-benar buntu. Dia ingin menyayangi dan disayangi. Sememangnya dia hidup dlm alam realiti tetapi masih tidak berupaya menggapai kebahagiaan. yg mana satu pilihan hati? Dia hanya berserah kpd Yg Maha Esa dan menanti kasih jejaka yg sudi bertakhta di hatinya.

Komen Aku :

Aku baca dari beberapa sumber kat internet, buku Norzailina Nordin (NN) ni, dia refurbish balik dari novel terdahulu dia. Anyway, aku tak beli atau baca buku NN yang terdahulu.

Mulanya, aku rasa jengkel jugak bagaimana seorang lelaki Itali boleh jatuh cinta dengan seorang gadis bertudung dari Malaysia. Rakyat Italy kan kuat dengan mereka punya adat resam dan sifat patriotik mereka seperti memustahilkan kawin campur especially dengan gadis-gadis Islam. Yeap, overal. He3. So aku kirakan cam syok senirik la watak Farhana dalam cerita neh.

Lepas lama-lama baca novel ni, baru la tau logiknya kenapa si watak hero Giovanni tu jatuh cinta kat Farhana, rupenye dia selalu gi Bahrain. So dia jatuh cinta dan boleh accept gadis bertudung yg kelihatan sopan santun serta berbudi pekerti berbanding dengan minah2 Italy yg rata2 kebaratan. Gitu3lah!

Bibit2 terakhir cinta antara Farhana dan Giovanni membuatkan aku sebak dan akhirnya mengharapkan kasih mereka bersatu. Pembaca dapat mengagak yang Giovanni mati didalam perlimbaan di Litar F1 yang akhirnya mematikan watak lelaki Itali yang terkenal romantik tu.

Terkeluar dari tahap keboringan Fasa 1 buku ni (yang mulanya aku ingat NN syok senirik), menarik minat aku membaca seterusnya garapan NN.

Norzailina Nordin berjaya mengundangan perasaan sakit hati apabila perasaan Kamel berubah dari 'menyukai' Farhana kepada menyukai Syaza si cantik manis yang kaya dan bergaya berketurunan Syed. Dalam tak diam, aku mengutuk Farhana yang 'jual mahal' ngan Kamel yang secara 'perbuatannya' menyukai Farhana.

Aku jadi tak keruan bila hati Farhana berbelah bahagi samada hendak menerima Kamel yang sudah semakin rapat dengan Syaza. Norzailina Nordin berjaya membuatkan pembaca geram dengan Farhana yang seperti tamak samada melepaskan kamel dan menerima cinta Ridzafi (Geovanni). AKu pulak yang kehilangan punca mengharapkan Ridzafi dan Kamel terus menunggu Farhana sehingga benar-benar Ridzafi hanyalah khayalan Farhana.

NN membuatkan aku juga rasa 'tersasar dengan perasaan tamak tetapi bukan rasa cinta'. Saat menjadi bertambah genting bilamasa Ridzafi menjadi buruan mafia2 Itali. Bila part ni aje dah berdebar-debar dah jantung aku, yang sebenarnya aku tatau aku berdebar kerana cerita Norzailina Nordin atau kesan ubat selsema yang aku amik neh. Atau mebe kedua3nya sekali. He3.

Keseluruhan aku berpuas hati dengan jalan cerita NN kali ni dan memang kebanyakkan buku NN memang tak pernah mengecewakan aku.

Di akhir buku, NN memasukkan maksud-maksud perkataan Itali seperti Signor, Signorina, Il io Dio dan beberapa perkataan lain tetapi lebih bagus jika Norzailina Nordin sertakan sekali pronunciation nya.

Garapan keindahan Itali pun dapat dirasakan sekali dengan gambaran-gambaran indah dari NN. Membuatkan aku ingin ke Itali sekali lagi, hu3. Then terdapat beberapa info mengenai Blog, cinta internet dan F1.

Mebe NN kena alert tentang kesalahan ayat Kristal 'Cravrosky' di mukasurat 25 yang sepatutnya ditulus Kristal Swarovsky. Then muka surat 305 "bertapa ruginya Kamel memutuskan hubungan dengan Syaza" yang sepatutnya Kamel itu di refer sebagai Abang kepada Kamel iaitu Khair.

Cerita berakhir dengan Happy Ending tapi jalan cerita mengenai Khair tergantung. Babak berakhir dengan perasaan berdebar / suspen berbanding dengan perasaan romantis di awal novel.

Thursday, July 17, 2008

Cinta Seindah Madah - Puteri Andalas
















Tajuk :
Cinta Seindah Madah
Penulis : Puteri Andalas
Harga : RM 24.00
Terbitan : KakiNovel Enterprise
Bintang : * * (2 Bintang)
Jenis : Kekeluargaan / Kemasyarakatan / Romantik
Tahun : 2008

Aku tanak komen banyak-banyak pasal novel ni, sebab tak masuk dengan selera aku. Aku baca sekali lalu sahaja sebab jalan cerita terlampau stereotype dan ringkas. Aku mungkin memerlukan cerita yang lebih padat dan berinfomasi. Tapi pada sesapa yang sukakan bacaan santai dan ringan, novel ni sangat sesuai.

Wednesday, June 25, 2008

Labyrinth ~ Imaen

Tajuk : Labyrinth
Penulis : Imaen
Harga :
Terbitan : Jemari Seni Publisher
Bintang : * * * * (4 bintang)
Jenis : Ala-ala penyiasatan

Sinopsis Belakang Kulit Buku :

Dunia Kamal dan Dani berbeza. Namun takdir telah mempertemukan mereka. Pembunuhan bersiri adalah ‘lantai’ untuk mereka saling mengenali; mencari jalan keluar dari labyrinth yang membelenggu mereka!

Kamal
Cinta dan rindu seperti kopi... pahit! Setia pula adalah gulanya. Kopi dan gula adalah kepahitan yang manis. Kenapakah cintanya sudah tidak bergula lagi?

Dani
Kadang-kadang dalam riuh di luar, di dalam begitu sepi. Seperti ada tembok yang memisahkan. Seperti gagalnya laut menakluki sungai dengan masinnya. Riuh itu laut dan Dani itu sungai...dan Maira? MairaCintaku kepada-Mu adalah laut tanpa pantai... hujan tanpa awan. Rinduku kepada-Mu adalah mabuk tanpa anggur... makan tanpa kenyang!

Bahasa diamlah bahasa yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu soalan. Dalam diam ada seribu jawapan. Dan dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata, aku cinta padamu. Dan dalam diam juga orang boleh berkata, kita tidak lagi sehaluan.lalu diam yang bagaimanakah aku dan Maira?lalu diam yang bagaimanakah aku dan Natasya?

Seorang diri dia memasuki labyrinth... berjalan dan terus berjalan: jalan yang berselirat. Dia harus memilih, namun setiap pilihan adalah halangan, lalu dia mencipta jalannya sendiri. Dia tahu, pembunuh itu berada dekat dengannya. Siapa?

Komen Aku ?

Mulenya aku beli buku ni, ingatkan ianya berbahasa Inggeris. He3. Lepas selesai baca, baru la tau kenapa ianya dinamakan Labyrinth. Memang Labyrinth .. he3.

Terus terang aku katakan, ni kali pertama aku membaca karya Imaen. Oleh sebab aku baru sahaja selesai membaca Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman, aku rasa sedikit pelik bila membaca karya Imaen ni. Kira-kira ambil masa juga untuk mengubah suai otak aku yang dah ter-set dengan tulisan Habiburrahman kepada sebuah tulisan yang lain. Tulisan yang lebih santai dalam format yang berbeza.


Mule-mule aku membaca, rasa cam tak besh aje. Sebenarnya memang betul, cam susah nak center kan balik otak aku untuk menerima corak penulisan Imaen dan Habiburrahman tu. Tapi, bila makin baca makin lama.. rasa seronok pulak. Aku tau aku tak leh nak samakan penulisan seorang penulis dengan penulis yang lain. Tak adil kan?

Oleh kerana baru membaca buat kali pertama karya Imaen ni, lama-lama leh masuk gak dengan cara penulisan dia, cuma aku rimas apabila daripada mula cerita dalam buku ni hingga lah ke pengabisan buku ni, dia memasukkan perumpamaan yang menyamakan sesuatu kejadian itu dengan peristiwa didalam filem / buku novel. Ni contoh aku amik :

ms303
Fikirannya merawang membawanya ke suatu zaman dahulu, selepas menonton Demi Moore dalam filem G.I Jane, Natasya merengek mahu fesyen begitu. Namun dia yang suka beralah dan selalu kalah itu mengikut sahaja.
ms308
Hanani menampar-nampar lembut pipi Mambo seperti Al Pacino sedang menampar abangnya dalam filem Godfather 2.
Abis? Bagi aku yang tak minat menonton TV / Muviee ni camne nak gambarkan? Camne2? Cuba cer. Ha3. Naik rimas aku. Cuma part dia wat perumpamaan tu yg merimaskan, tapi yang lain2, OK sangat!

Jalan cerita bersahaja dan lawak yang imaen sampaikan sangat berkesan pada aku. Aku boleh ketawa secara spontan bila baca bab lawak2 dia cam kat bawah neh :
ms127
Ada sebuah bar dengan ratusan botol, ratusan bentuk dan ratusan mabuk menghiasi rak kabinet. Bartender berbangsa melayu yg ligat beraksi melambung botol yang membuat Tom Cruise dalam Cocktail kelihatan seperti amatur. Di dalam hati Kamal mengharapkan botol itu terlepas dan jatuh menimpa kepala bartender tersebut lalu dia akan menjadi amnesia dan Kamal akan membisikkan kepadanya bahawa dia seblum ini adalah seorang bilal dimasjid.

ms243
"Pencuci mulut kita aiskrim ajelah, Okey?"
"Aku lepas makan cuci mulut dengan air paip aje" jawab Dani sambil ketawa kecil. Kamal turut ketawa.

Ada gak diselitkan pantun seloka :

ms394
Kiri jalan, kanan pun jalan,
Tengah-tengah pohon mengkudu,
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu

Kiri jangan, kanan pun jangan,
Tengah-tengah pohon mengkudu,
Kirim jangan, pesan pun jangan
Sama-sama kepala batu
Banyak lawak-lawak selamba dalam buku ini, secara tak langsung menghiburkan pembaca yang agak 'stress' mengikuti cerita 'thriller' pembunuhan. Then, sedikit sebanyak dalam buku ini ada pengetahuan mengenai tarian ballet. Boleh menambah pengetahuan.

Buku ni memang best. Happy ending walau dah boleh agak siapa pembunuhnya. Ending nya membuatkan kita 'terperanjat' dan tak sangka endingnya begitu. Cuma kadang-kadang membacanya membuatkan otak kita berjalan dalam Labyrinth. Aku tak akan teragak-agak untuk membeli buku-buku beliau yang lain. Insyaallah.

Oh ye, buku ni bukan lah sebuah buku kekeluargaan dan buku cintan-cintan yang meleret2. So bg sesapa yang suke membaca buku pasal kekeluargaan dan kisah cinta ala-ala drama TV tu, tak sesuai la baca.

Ayat-Ayat Cinta - Habiburrahman El- Shirazy

Tajuk : Ayat-Ayat Cinta
Penulis : Habiburrahman el Shirazy
Harga : 22.90
Muka Surat : 503 m/s
Penerbit : Ar Risalah Product Sdn Bhd
Tahun : 2003 / Cetakan ke Lima Edisi Melayu 2007
Rating
Pengulas : ***** - WAJIB dimiliki
Kategori : Pembangunan Keagamaan / Motivasi
Credit: Pemenang Pena Award Novel Terpuji Nasional 2005
Pemenang Anugerah Penghargaan The Most Favorite Book 2005


Hmm.. kat belakang kulit buku ni ada sinopsis seperti berikut :

Sinopsis

Sesekali dalam ketenangan sastera Indonesia datang mengejut gelora seni yang tidak tersangkakan. Jika dulu pernah hadir "Ateist", "Perburuan", "Pulang", "Merahnya Merah" dan "Bumi Manusia", kini tampaknya gelora itu datang dalam bentuk "Ayat-Ayat Cinta" pula. Ternyata ia adalah sebuah novel yang sangat memujuk dan menghiburkan. Dengan bahasa yang sederhana mengalir, novel ini menghadapkan kita kepada sekelompok mahasiswa Indonesia yang tidak saja tekun menangguk ilmu, malah berupaya mengisi kehidupan dengan penuh sabar. "Ayat-Ayal Cinta" memangnya pintar mengheret kita menjejaki — malah menghidu — perhubungan Fahri (Indonesia) dan Maria (Mesir) secara penuh mengajar, menghantar isyarat dan kebijaksanaan baru melalui perhubungan sopan antara insan dua negara.

Rasanya memang sesekali kisah cinta yang Islami begini sempat disampaikan dengan penuh tertib. Maka itu, tidak membacanya seperti sengaja melepaskan peluang untuk mencium bau, merasa iklim dan memahami gerak hidup insan Indonesia baru di iuar dan di dalam negaranya.

A. Samad Said Sasterawan Negara

Berbeza rentak dan nada dengan Harry Potter, akhirnya AyatAyat Cinta terpilih sebagai The Most Favorite Book..."

MAJALAH MUSLIMAH,
Edisi Januari 2006

"Penulis novel ini berjaya menggambarkan latar (setting) sosiobudaya Timur Tengah dengan begitu hidup tanpa perlu menggunakan istilah-istilah bahasa Arab. Bahasanya yang mengalir, perwatakan tokoh-tokohnya yang begitu kuat, dan gambaran latar yang begitu hidup, menjadikan kisah dalam notel ini terasa seolah-olah ianya benar-benar terjadi. Ini adalah contoh novel karya penulis muda yang sangat baik!"

AHMADUN YOST HERFANDA Sasterawan dan Redaksi Budaya Republika

"Jarang ada buku seperti ini. Saya tidak yakin akan ada novel seumpama ini daripada penulis muda Indonesia yang lain, bukan sahaja pada ketika ini bahkan pada beberapa puluh tahun di masa hadapan. Begitu menyentuh. Begitu dalam. Dan begitu dewasa!"

MOHAMMAD FAUZIL ADHIM Pakar Psikologi dan Penulis Buku-buku Best Seller

"Jika Naquib Mahfuz menulis Mesir dart pandangan orang Mesir, maka Mesir kali ini ditulis dalam pandangan orang Indonesia. Novel ini ditulis oleh orang Indonesia yang betul-betul faham selok-belok negeri itu, hingga kepada perincian-perincian yang paling kecil. Ianya hidup, berbaur dan berinteraksi dalam kehidupan sehari-hari; lalu menyerap roh dan pengetahuan darinya, dan dituangkan dengan sepenuh hati ke dalam bentuk novel yang kaya, Ditulis dengan bahasa yang lancar, dengan tokoh-tokoh yang "hidup" dan bersekilas pandang dalam pelbagai perwatakan. Membaca novel ini adalah seperti membuka cermin cakerawala yang terbuka...

JONIARIADINATA Penulis Cerpen, Redaksi Jumal Cerpen Indonesia
Komen aku :
Apa nak dikomenkan pasal buku ni eh, sebab buku ni memang sebuah buku yang aku sendiri tak layak nak komen (tgk aje beberapa anugerah yang dia rangkul). Aku baca buku ni pun setelah membaca beberapa komen di forum-forum yang banyak membincangkan hal novel ni difilemkan. Jadi aku dah tengok kedua-duanya.

Buku Ayat-Ayat Cinta (AAC) ni antara buku yang aku akan simpan dalam rak buku aku. Banyak hadis-hadis, terjemahan ayat-ayat Quran dalam buku ini untuk dihayati. Tak ketinggalan juga Fahri dan Aisha yang sangat suka berpuisi untuk antara satu sama lain.

Antara 3 Karekter Penting dalam buku ni ialah :

1) Fahri ~ Pemuda yang penuh ketakwaan, kasih sayang kepada Allah, Bersemangat, teratur, berperancangan, penyabar ~ Malangnya dia diminati oleh ramai bidadari-bidadari disekelilingnya. Dia seorang yang berhati lembut dan amat berhemah juga seorang yang romantik. Seorang pelajar Universiti Al Azhar dan seorang tahfiz. Dia berkahwin dengan Aisha seorang gadis keturunan Turki - German dan kemudiannya berkahwin dengan Maria ~ jiran di kediamannya semasa tinggal bersama kawan-kawannya.

Fahri seorang yang mementingkan maruah Isterinya, lihat sahaja perasaan hatinya selepas dia mengetahui Aisha hampir di cabuli seorang polis :
" Kurang ajar! Akan kucari dan kubunuh keparat itu" Teriakku sambil mengepalkan tanganku kuat-kuat. Bagiku, kehormatan isteriku adalah segala-galanya. Kesucian isteriku sama dengan kesucian kitab suci. tidak boleh ada seorang pun yang menodainya apalagi menginja-injaknya. Kesucian isteriku adalah nyawaku. Ketika ada orang yang mencuba menjamah kesuciannya maka nyawaku akan dipertaruhkan untuk membelanya. Seandainya aku mempunyai 1000 nyawa akan aku korbankan kesemuanya untuk menjaga kesucian isteriku tercinta. Mati seribu kali lebih ringan bagiku daripada ada orang menjamah kesuciannya. Malaikat maut pun aku akan hambat jika dia mencuba-cuba menodainya. Aku rela dijuluki apa sahaja untuk membela kesucian isteriku tercinta".
2) Aisha ~ Gadis Turki-German ini ialah seorang yang sangat lemah lembut dan berani. Terpikat dengan Fahri ketika bersama-sama menaiki tren Metro yang menjadi kebanggaan masyarakat Arab dan melihat Fahri berdakwah secara tidak langsung didalam tren Metro memperbetulkan beberapa salah faham antara orang arab-amerika.

Kasih sayang antara Aisha dan Fahri sangat mendalam :
Aisha teriak " Aku juga sangat mencintaimu. Kau besarkanlah jiwamu, suamiku, aku berada disampingmu. Aku tidak akan termakan tuduhan jahat itu. Aku yakin akan kesucianmu. Kalau andainya kau mengizinkan, aku ingin dipenjara bersamamu agar aku dapat menyediakan sahur dan berbuka untukmu"
Cinta Aisha pada Fahri semakin mendalam dikemuncak cerita ini ketika Fahri dipenjarakan akan tuduhan memperkosa Noura, gadis Mesir yang didera keluarga angkatnya. Walaupun Aisha sebenarnya ialah seorang yang kaya hasil dari perniagaan keturunan dia, namun jiwanya bersih dari perasaan riak dan menunjuk-nunjuk (berbeza dengan wataknya dalam Filem AAC).

3) Maria
~ Gadis Arab menetap satu bangunan Apartment dengan Fahri dan rakan2. Anak seorang doktor yang dihormati, beragama Kristian tetapi seorang pengkaji al-Quran. Dia menghafal surah Maryam dan surah Al-Ma'idah, dia nyata mengagumi kehebatan Maryam. Ketaranya, watak Maria ni hanya berkembang di awal-awal noveL dan terhapus sama sekali dipertengahan jalan, namun muncul semula di lewat novel kala Fahri didalam tahanan. Cinta Maria terhadap Fahri tidak dipamerkan didalam novel ni, secara tak langsung keberkesanan watak Maria tak berapa timbul, sebaliknya watak Aisha lebih timbul berbanding dia. Tetapi, didalam filem AAC, watak Maria agak ketara dan cintanya lebih 'ditunjukkan' berbanding didalam novel ini.

Dalam novel yang penuh rasa kecintaan terhadap Allah juga turut mempamerkan perasaan setiakawan - persahabatan - ketaatan dan prejudis. Prejudis terhadap negara Indonesia juga tak ketinggalan dalam novel ni (ketika Fahri di buang dari Universiti Al-Azhar):
Kata-kata Staif Konsuler KBRI itu membuat hatiku kecut. Aku tiba-tiba ingin menjadi warganegara Amerika sahaja. Jika aku warganegara Amerika, pasti polis Mesir tidak beranai berbuat sesuka hati. Menyentuh kulitku sahaja mereka tidak berani apalagi mengancam hukum gantung. Jika aku warganegara Amerika, jika seandainya benar-benar memperkosa pun tetap selamat. Kerana presiden Amerika akan ikut berbicara membela warganegaranya seperti ketika Clinton membela warganeraganya yang disebat di Singapura.
Begitu juga apabila seorang polis yang tiba-tiba mahu menyoalsisat Aisha (yang menyangka kan Aisha ini ialah seorang warganegara Indonesia), dengan senang hati mahu memperkosa Aisha (pada anggapannya, jika warganegara Indonesia, mereka boleh memperlakukan apa sahaja kerana kerajaan Indonesia tidak akan berbuat apa-apa berbanding dengan warganegara lain). Walhal dia tahu hukuman taligantung akan dikenakan keatas perogol jika disabit kesalahan. Malangnya ~ dia akhirnya ketali gantung kerana Aisha itu seorang warganegara German.

Novel VS Filem.

Ku rasakan, Habiburrahman pasti tidak bersetuju dengan watak Fahri didalam Filem AAC. Watak Fahri agak lemah, mengharapkan bantuan dan seorang yang putus asa serta lebih cintakan duniawi dari cinta kepada Agamanya. Tengok sahaja betapa lemah nya dia ketika dia didalam tahanan kerana tuduhan merogol Noura. Sikap putus asanya sahaja membuatkan aku meluat pulak. He3. Sikap Fahri yang sebenar didalam Novel lebih kepada tawakal dan mempunyai kekuatan mental yg luar biasa.

Watak Aisha yang agak menunjuk-nunjuk kekayaan sedangkan Aisha sebenarnya ialah seorang jutawan yang sangat merendah diri dan low profile.
Manakala watak Maria didalam filem ni agak menonjol dan menampakkan rasa cinta terhadap Fahri, berbanding didalam novel yang tidak langsung menampakkan rasa 'suka' Maria terhadap Fahri.
Aku dapat rasakan suasana di Cairo lebih dengan membaca Novel berbanding tgk filem dia. Rasa cam kat Indonesia aje.. he3. Anyway, credit untuk kedua2 noveL, mmg maveles !!

Monday, June 9, 2008

Garis-Garis Dejavu - John Norafizan

Tajuk : Garis-Garis Dejavu
Penulis : John Norafizan
Harga : 22.00
Muka Surat : 636 m/s
Penerbit : Jemari Seni Publisher
Tahun : 03 / 08
Rating
Pengulas : ***** (memang besh giLe) - WAJIB dimiliki
Kategori : NoveL Berat / Keagamaan / Dewasa

Garis-Garis Déjà vu. Aku betul-betul puas hati baca karya JN kali ni dan pada kali-kali yang sebelumnya juga, karya-karya beliau tidak pernah menghampakan. Memang aku tak akan lengah-lengah nak membeli buku-buku beliau setiap kali diterbitkan (walaupun entah kurun keberapa aku ada masa untuk membacanya).

Seperti biasa, karya-karya JN akan membuatkan pembaca ingin tau lagi dan lagi apakah yang akan terjadi selepas satu-satu bab. Aku sendiri pun berdebar-debar dan sentiasa ingin tau dan tau. Membaca buku setebal 636 muka surat ini sekali-kali tidak membenarkan aku lalai walau sehuruf pun membaca baris-baris ayat, sebab aku tau, aku akan ‘sesat didalam novel’ jika berbuat demikian. Karya-karya JN satu pun tidak ada rongga-rongga kosong sehingga membuatkan pembaca melompat-lompat mukasurat untuk menghabiskan ceritanya. Menakjubkan, aku memang suka giler dengan karya-karya JN. Harap-harap dia buat buku banyak-banyak.

Dalam kesemua novel-novel beliau (kecuali aku belum membaca Cinderela Cinta), semuanya berkaitan dengan keagamaan. Cinta kepada Allah yg hakiki. Begitu juga dalam Garis Garis Deja Vu ni. Cerita tentang cinta hakiki. Kalau dah namanya novel JN, tak sah kalau pengembaraan di sekitar England dan Johor.

Warning jugak ek, novel JN ni agak berat dan sarat dengan pelbagai permasaalahan yang tak berkesudahan. Kalau sapa-sapa yg ada migrain tu, baca la slow-slow.. kang krem otak.

Bila menghampiri babak-babak akhir, aku dpt rasa, cerita ini ialah mengenai pencarian. Sebuah pencarian ---

~ Pencarian Cinta Hakiki
~ Pencarian Tuhan
~ Pencarian seorang Anak
~ Pencarian seorang Bapa
~ Pencarian seorang Isteri
~ Pencarian seorang Kekasih
~ Pencarian seorang Pengganas
~ Pencarian seorang Ibu

Seolah-olah pencarian yang tiada kesudahan.. penebusan dosa.

Selain tu.. buku ni menggarap tentang beberapa siri mistik dan mimpi-mimpi aneh serta terjumpanya haiwan-haiwan aneh yang mungkin orang lain tidak terfikir..

Eh ! Lupe plak nak paste Sinopsis belakang kulit buku :

Sinopsis Nye :

Inilah sebuah cerita cinta yang ditulis dalam nada yang berbeza. Dua benua. Tiga negara. Empat nyawa. Dan satu takdir yang tersimpul mati!

Sebuah episod pengembaraan yang merentasi garis-garis dejavu, Suatu pelarian tanpa noktah dan rentetan pertemuan-pertemuan aneh seorang Damien.

Kenapa setelah sepuluh tahun berselang Ashraf harus mencari Laila yang hilang sedangkan isterinya, Nini ditinggalkannya pergi?

Dan
begitu mahalkah harga cinta, sehinggakan Suraya meninggalkan-Nya
demi dia?

Mungkin aku ada sedikit kekecewaan dengan pengakhiran buku ni, namun aku berpuas hati keseluruhannya. Bukan tak puas hati apa, sebab banyak sangat 'kebetulan' yang ada dalam buku ni. Ni lah cara penulisan JN dari duLu lagi, situasi 'kebetulan dan takdir' selalu wajib didalam buku-buku dia especially buku Tunjukkan Aku Satu Bintang. Happy sangat baca buku ni dan aku memang nak cepat-cepat baca buku ni sebab aku nak continue dengan buku Ayat-Ayat Cinta.

Kalau korank nak beli buku ni secara alternatif selain dari beli kat kedai-kedai buku, aku rekemenkan korank beli kat Jemari Seni Publishing. Selain dapat diskaun, kadang-kadang dapat pulak tandatangan dari penulis. Isn't it great?

So sapa-sapa nak tau lebih lanjut pasal John Norafizan leh la lawat Blog dia.

>> Layan sinih [ Blog John Norafizan ] <<


John Norafizan

Tuesday, June 3, 2008

DEAR YAYAH 3 - FARIHAH ISKANDAR


Tajuk
: Dear Yayah 3
Penulis : Farihah Iskandar
Harga : 14.90
Muka Surat : 240 m/s
Penerbit : PTS One
Tahun : 09 / 06 Rating Pengulas : **
Kategori : Novel Remaja


Sinopsis

Jihan kembali lagi dengan cerita baru!

SPM makin hampir!
Jadual makin padat.
Hari-hari terakhir di mereka maktab... terisi dengan kenangan pahit ataupun manis?

Siapa Kartini? Mengapa dia tiba-tiba menjelma dalam hidup Jihan?

Apa pula cerita Suria dan Khairi? Mengapa Adam tiba-tiba menyisihkan diri?


BliNk

Komen Aku LoVes

Kali ni, Farihah Iskandar, tak dapat menarik minat aku membaca dengan lebih tekun. Buku no 3 ni kurang menarik dan agak membosankan. Nampak seperti Farihah kurang tumpuan ketika menghasilkan sequel novel dia yang ke-3 nih. Tapi aku layan jek ar, dah susah payah aku suh kazen aku belikan kat Popular Bookstores aritu .. hu3.

Gelodak jiwa Jihan dah semakin berkurangan. Plot Jihan pun dah tak berkembang dengan baik. Apsal ntah, aku bosan je membaca no 3 ni. Tgk lah Dear Yayah 4 pulak cammana..

Monday, June 2, 2008

DEAR YAYAH 2 - FARIHAH ISKANDAR

Tajuk : Dear Yayah 2
Penulis : Farihah Iskandar
Harga : 14.90
Muka Surat : 240 m/s
Penerbit : PTS One
Tahun : 09 / 06
Rating Pengulas : ***
Kategori : Novel Remaja

Sinopsis Buku :

Dear Yayah kembali lagi. Kali ini dengan diari kehidupannya yang baru. Jihan dan Suria sudah tidak perlu menyorok lagi kerana semua pelajar sudah tahu mengenai persahabatan mereka dengan Hazman dan Khairi. Tetapi mereka masih juga meneruskan aktiviti menghantar surat dan kad-kad yang comel. Rupa-rupanya Jihan mempunyai seorang kawan baik bernama Kamal. Ini menimbulkan rasa cemburu dalam diri Hazman. Tetapi, tiba-tiba sesuatu yang tidak terduga terjadi menyebabkan Jihan jadi tidak keruan dan mula menyendiri...



Komen Aku :
Dear Yayah 2 kembali!! Kali ni, Jihan dah naik semester dengan Diari baru pemberian Hazman. Hazman dan Jihan masih berutus surat. Hazman juga agak tertekan, kerana dia lebih suka jika dapat berjumpa dan berbicara secara kerap dengan Jihan daripada menulis surat. Namun, Jihan lebih suka menggunakan cara kuno iaitu menulis surat (thanks God, kalau dia berhubung pakai asap, lagi teruk kan?).


Apa yang menarik dalam buku ni ialah cara mereka menulis surat. Jihan sering komplen akan tulisan Hazman yang macam cacing kerawit yg kebulur hampir mati tak makan. Keunikan menulis surat, keseronokkan dapat surat cinta dari org tersayang adalah di tunggu2 setiap minggu menjadi nostalgia buat sesetengah org kan? Lebih-lebih lagi bila tgk buah hati 'jatuh pensan' kat tengah padang kerana kepenatan / lain2. Suria pulak dah tau siapa yg menghantar kad-kad comel. Dah tentu la org yg dia admire sekian lama - ' Jejaka Malaya'. Akhirnya mereka bercouple dan menjadi couple yg paling romantik. Perkembangan watak Suria kat sini pun ok juga, tapi tak banyak sangat.


Jihan pulak dilanda konflik diri yang maha hebat dimana dia kematian sahabat baik dia (sahabat sedari kecil). Konflik diri yang mereka panggil 'badi' tu menghantui Jihan sehingga menyebabkan Jihan kemurungan dan pelajarannya serta hubungan nya dengan Hazman terganggu di peringkat kritikal. Nasib Hazman sangat mengambil berat dan memahami keadaan Jihan yang tertekan.

Kisah-kisah sukan sekolah, keadaan di padang, dalam makmal, dalam librari, cerita kat ko-op, semua termuat dalam Dear Yayah 2 ni. Betul2 mengimbau cerita kita di zaman persekolahan. Dear Yayah 2 kali ni, agak berat dengan unsur2 kesedihan melampau dan sifat kedegilan Jihan yg over2. Bila aku baca ni, aku agak geram jugak, but aku rasa penulis nak menyampaikan sesuatu kat situ. Informasi juga dah diselitkan sikit2... kira naik seronok gak baca..

||| Blog Farihah Iskandar [Klik Sini] ||| Blog Ain Maisarah [Klik Sini] |||


DEAR YAYAH 1 - FARIHAH ISKANDAR

Tajuk : Dear Yayah
Penulis : Farihah Iskandar
Harga : 14.90
Muka Surat : 160 m/s
Penerbit : PTS One
Tahun : 09 / 06
Rating Pengulas : ***
Kategori : Novel Remaja

Sinopsis Belakang Kulit Buku:
Sinopsis Alam remaja memang indah. Tak lengkaplah dunia remaja kalau tiada kawan-kawan, surat dan yang paling penting...Diari (biasalah budak perempuan).

Elemen-elemen penting dalam hidupku:
Yayah - Diari kesayangan
Suria - Bestfriend merangkap roommate. Minat kat Khairi (jejaka idaman Malaya katanya tapi mamat tu tak tahu pun Suria minat kat dia )
Hazman - Bestfriend juga. Selalu bagi surat kat aku sebab kawan senyap-senyap. Malu pulak nak cerita.
IK - Mamat misteri yang selalu bagi kad yang cute-cute kat Suria (Jealous betul!)

Komen Aku :
Buku ni tiba-tiba sahaja menarik minat aku untuk memilikinya. Cantik aje kulit buku dia dan warna buku dari PTSOne ni benar-benar membuatkan aku 'membeli hanya kerana jatuh cinta pandang pertama'.

Aku tak biasa membaca buku remaja. Tapi kali ni aku memberikan peluang kepada diri aku membaca buku dari pelbagai sumber. Sekali sekala mencari kelainan, apa salahnya dan ternyata Farihah Iskandar tidak mengecewakan aku, sebagai seorang pembaca 'dewasa'.

Buku ini bisa membawa kita, yang sudah dewasa ini, kembali mengimbas ke zaman persekolahan dulu. Zaman cinta monyet, zaman remaja yang penuh dengan kemanisan. Berbanding dengan tulisan Ain Maisarah, jalan cerita Farihah Iskandar agak serious dan gaya bahasanya tidak banyak menyelitkan gurauan yang terlampau. Antara Ain Maisarah dan buku Farihah Iskandar ~ aku lebih menyenangi karya-karya Ain Maisarah yang agak santai dan selamba.

Pergolakan jiwa Nurjihan (Jihan), pelajar tingkatan 5, di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam mengejar cita-cita, cinta dan persahabatan. Cerita-cerita didalam novel ini agak simple dan ringkas cuma yang menjadi penyedap cerita ini ialah entry segala perasaan Jihan kedalam diary nya yang dipanggil YAYAH. Jihan seorang gadis biasa yang aktif dalam sukan menghadapi hari-hari biasa persekolahan seperti remaja-remaja lain dan mempunyai rakan karib bernama Suria. Suria perwatakannya agak happy-go-lucky pula admire seorang budak lelaki di kelas yang berlainan.

Hazman bagi Jihan ialah seorang sahabat (sebenarnya boyfriend) tetapi, Jihan sendiri menghadkan hatinya supaya menganggap Hazman sebagai teman rapat kerana dia dan Hazman baru sahaja berkenalan atau budak-budak remaja cakap ~ Declare. Perhubungan Jihan ~ Hazman hanyalah sekadar mengutuskan surat melalui org tengah (sahabat baik mereka berdua) dan tidak bertegur sapa antara satu sama lain jika mereka berselisih.

Plot cerita berkembang dengan baik dan penulisan Diary Yayah juga membuatkan aku teruja untuk membaca entry-entry seterusnya.

Part 1 buku ni not bad, membuatkan aku sendiri nak baca Part II nya pulak. Tak silap aku, buku ni boleh dibeli secara online kat e-Bay Malaysia

Tuesday, May 20, 2008

Bulan Berbisik - Samsiah Mohd Noor

Tajuk Novel : Bulan Berbisik
Tahun : 2007
Penulis : Samsiah Mohd Noor
Kategori : Kekeluargaan
Harga : RM19.900
Tebal : 512 m/s
Rating : * * * * (4)

Sinopsis Belakang Kulit Buku :

BULAN BERBISIK memaparkan perjuangan dua orang wanita. Pertama: Seorang isteri bernama Khadijah dalam melayari bahtera perkahwinan. Kedua: Seorang gadis mualaf bernama Aima Adawiyah yang mencari erti sebuah kehidupan baru..

Khadijah seorang isteri yang sangat setia telah secara tidak sengaja terbaca e-mel-e-mel cinta suaminya (Khaled Irfan) pada Aima. Sejak kecil, Aima (Wong Ai Leen) dibayangi oleh idolanya iaitu Andak Rabiah yang selalu membacakan syair Rabiah al-Adawiyah. Dia mengenali agama Islam daripada Andak Rabiah dan berusaha untuk memeluk agama tersebut apabila dewasa.

Namun, dalam pencariannya dia telah terperangkap secara tidak sengaja dalam retorik cinta mainan Khaled Irfan.

Khadijah pula dalam usaha menyelongkar kcurangan suami, terpikat dengan syair-syair nukilan Rabiah al-Adawiyah yang dikirimkan oleh Aima kepada Khaled. Pun begitu, parah di hati hanya dia sahaja yang menelannya kerana cerita kecurangan sang suami tidak dipekungkan pada sesiapa hatta kedua ibu bapa. Dalam melayari bahtera, Khadijah menelan duka, menilai sang suami lewat e-mel-e-mel suami kepada buah hati. Pilunya hati hanya ALLAH yang mengetahui.

Berbagai-bagai cara dilakukan buat membalut luka di hati tetapi lara datang juga. Lambaian Masjidilharam membawanya ke sana dengan keizinan suami. Dia menemukan sesuatu di bumi anbia; Baitullah, Makam Nabi, Masjid Nabawi, Raudhah memberi pengertian baru dalam hidup Khadijah.

Berbekalkan kekuatan diri, setelah pulang ke tanah air, Khadijah mengambil keputusan untuk bersemuka dengan Khaled Irfan dan Aima Adawiyah.

Dia akur... andai badai rumah tangga melanda, kolek kecil teroleng-oleng di samudera besar, nakhoda hilang arah, bukan bererti punah sebuah cerita. Dugaan ALLAH datang dalam pelbagai cara. Bermunajatlah agar ditunjukkan ALLAH jalan keluar yang bermakna.

Dan dia yakin... andai seorang lelaki bergelar suami begitu enteng membuka ruang cinta baru untuk dihuni hati yang lain, tidak bermakna seorang wanita perlu menutup perasaan hati dek rasa kecewa. Dunia ini luas, sangat luas. Tempat manusia melampiaskan selangit cinta. Bukan hanya cinta sesama manusia tetapi yang lebih bermakna CINTA pada yang ESA!




Cerita Aku  Yang Kesedihan Membaca Novel ni :

Menjadi terlalu emosional ketika kesudahan noveL Bulan Berbisik ini membuatkan aku yang mempunyai air mata yang mahaL ini, menangis akhirnya. Mmg terlalu sedih bila meletakkan diri didalam batang tubuh Khadijah.

Ku kira, Khadijah itu sudah menjadi gila (kerana selalu bermonolog bersendirian) kerana terlalu tertekan ~ dengan menjadi suri rumah tangga, suami berlagak muda, anak yang mengidap epilepsi dan menghadapi masalah orang ketiga.

Novel ni menyelam hati seorang wanita yang sangat mendalam terhadap suami yang ku kira lebih banyak mementingkan diri sendiri dari mendidik hatinya menjadi manusia yang bersyukur kerana punya isteri yang sungguh setia, baik dan bijak mengurus rumahtangga. Khadijah yang dipandang kekampungan dan kebodohan dinilai terlalu rendah dan dianggap sebagai kaca.

Atas sifat ingin tau Khadijah meneroka ke alam Cyber membuatkan cerita ini terus menarik.


Khadijah..

"Saya mencanakan pertemuan ini untuk memudahkan peleraian yang kusut. Benang itu abang yang ikat sehingga abang tidak ketemukan pangkal dan hujungnya "

Indahnya bahasa Khadijah sehingga Khaled terpana. Buat pertam kali, dia melihat Khadijah seperti khalifah yang nyata. Bicaranya yang teratur, susunan lidahnya yang jitu dan raut wajahnya yang jujur. Sehingga sebelum ini, dia terselubung oleh keindahan itu. Bagaimanapun isterinya mampu berubah sebijak dan seunggul ini atau dia yang tidak pernah memberi kesempatan buat wanita di hadapannya ini untuk mengunggulkan diri.

Sekali lagi Khadijah memohon dengan lembut, memintanya bertenang. Seperti bocah bodoh yang akur, Khaled duduk. Sepasang kakinya seperti tidak terinjak ke bumi. Tangan wanita mengayun buaian itu benar-benar menggancang dunianya. Dunianya yang dipenuhi fantasi akhir-akhir ini.

Dia benar-benar mabuk kepayang dalam kelunakan mimpi siang dan malam. Cukup sekali hayunan, dunianya berantakan. Berhamburan isi hati, limpa, pedal, jantung dan ususnya. Ledakan itu menghasilkan kekohongan. Hidungnya mencium bau dari dalam tubuh. Bagai bangkai yang busuk di tengah dua kuntum mawar yang harum semerbak. Busuk kohong itu memang dari jiwanya.

Duduknya sebelah Khadijah tetapi matanya tidak sanggup menatap sekujur tubuh itu. Dia benar-benar tersungkur.

Kredit untuk Samsiah Mohd Nor. NoveL ini punyai jiwa.