Thursday, February 17, 2011

Transgenesis Bisikan Rimba - Amir Husaini


Tajuk : Transgenesis Bisikan Rimba
Penulis : Amir Husaini
Harga : 24.00
Terbitan : PTS Publications & Distribtors Sdn Bhd
Bintang : * * * * (4 bintang)
Jenis : Sci-Fi, Thriller, Bunuh3, Misteri2
M/S : 370 m/s
Terbitan : 2009
Blog Penulis : Amir Husaini's Blog

Cerita nya lebih kurang begini :

Nanti akan dimasukkan gambar gajah

Sinopsis Kulit Buku :
Teknologi memindahkan genetik haiwan dan tumbuhan kepada embrio yang diklonkan daripada manusia sudah ditemui. Kini pakar genetik boleh mencipta manusia dengan kelebihan istimewa. Manusia dengan deria hidu sensitif seperti anjing, misalnya.

Ataupun, manusia yang boleh menghasilkan makanan sendiri melalui fotosintesis. Inilah yang dilakukan oleh pakar genetik di Institut Trans-DNA, secara rahsia. Sehinggalah segala-galanya terbongkar, apabila subjek eksperimen yang terbebas dari makmal mula membunuh orang awam....

Dalam Transgenesis: Bisikan Rimba, Amir Husaini menggabungkan bakat penulisan luar biasa dan pengetahuan saintifik menakjubkan bagi menghasilkan fiksyen sains thriller yang hebat lagi mendebarkan!

Ulasan Saya :

Salams...

Selesai membaca Transgenesis : Bisikan Rimba ni, hati saya merungut2 dalam hati. Geram saya sebab rupanya cerita ni ada penyambungnya. Then, misteri yang bersalirat didalam buku cerita ni, tak terungkai sepenuhnya. Sakit nya hati saya.

Kemudiannya saya mencari2 buku siri dua, kut3 ada, jadi saya harus membeli dan membacanya. Tetapi, malangnya tiada lah pula. Lagi lah bertambah sakit hati saya. Urgh!! Geram...

Anyway, siapa2 yang menggemari cerita Sc Fiction, patut membaca buku cita ni. Tapi perjalanan cerita ni agak panjang dan banyak ruang2 kosong, maksud saya, satu cerita tu diperpanjang2kan dengan fakta2 yang sedikit bosan, adalah sebenarnya baik jika diisi dengan fakta yang agak berisi bagi membuatkan cerita ni padat dengan aksi dan cerita sc fiction yang membuatkan kita tertanya2 apakah yang akan terjadi selepas dan selepas...

Kisah nya bermula bila seorang kanak3 bertemu dengan seorang tua yang asyik duduk dibawah pokok. Dari situ bermula cerita tentang pokok tersebut. Dan awas, diakhir cerita ni, kita tatau pun sape pakcik dan budak tu. Kerana ada siri 2. Faham?

Rite! Cerita ni mengisahkan tentang pengklonan dan pentransferan gen manusia dan gen tumbuh2an dan hasil nye menjadi seorang wanita bernama Flora (atau dikenali dengan nama subjek 4791) yang berfizikal manusia hijau tetapi menjalankan proses

fotosentisis untuk makan dan minum dia, jadi dia tak perlu makan dan minum kerana badannya boleh menghasilkan makanan sendiri. Wah!! Best nya kalo kita cam ni kan?? Jimat duit ouh! Tapayah berak gak.. hahah. Selain itu, Flora mempunyai keupayaan berkomunikasi dengan tumbuh2an supaya mengikut arahan.

Projek pengklonan manusia-tumbuhan ini, dijalankan secara sembunyi2 (illigal) oleh sebuah syarikat Trans-DNA, tetapi akhirnya menemui kekalutan kerana Flora telah melarikan diri dari pusat pengklonan. Bertambah kalut lagi bila mereka yang melakukan pencarian semula Flora telah bertemu 'Flora' lain yang lebih ganas.

Kalau baca cerita ni, kita kena banyak berimajinasi dan berfikir bagaimanakah 'action' dalam cerita ini dilakukan. Alah, macam tgk cerita TV lah. Cerita ni strictly tade cerita cinta ok. Mmg akan mengecewakan kepada pembaca yang ingian membaca bibit2 cinta, mmg tak ada langsunglah. Hahahah padan muke korang.

Setelah membelek2 dan bertanya kepada pak encik Google, akhirnya saya bertemu dengan Blog AMir Husaini kat sini :

http://amirhusaini.blogspot.com/

dan boleh la anda membaca perkembangan terbaru beliau dan juga sambungan buku Transgenesis ini kat sini juga

http://amirhusaini.blogspot.com/2011/02/perkembangan-terbaharu.html

Menurut beliau, beliau dgrnya suda menghabiskan pun buku siri dua tersebut dan sedang menunggu kelulusan PTS yang sedang memberi 'napas baru'. Gitulah.

Buku ni unik sebab muka surat nya dicetak di tepi kiri / kanan muka surat. He2. Saya belom pernah baca lagi muka surat yang dicetak begini. Dan satu lagi spoiler ialah, buku ini Happy Ending, at least terubat juga hati saya sebab buku ni tade penyambung.

(argh, apesal saye scan senget3)

Keseluruhan cerita ni, dapat saya simpul kan, ianya best dibaca, lain dari yang lain jika anda ingin mencari kelainan dalam pembacaan novel. Cuma jadi tergantung ialah :

Benarkah Flora yang satu lagi tu da mati?
Bagaimana nasib Datin Kay?
Bagaimana pula dengan Burakuzzaman?
Bagaimana pula dengan nasib Tracker yang tidak dijumpai?
Bla32

0 comments: