Showing posts with label Noor Suraya. Show all posts
Showing posts with label Noor Suraya. Show all posts

Monday, April 21, 2008

Tanah Andriyana - Noor Suraya


Tajuk : Tanah Andriyana
Penulis : Noor Suraya
Harga : RM17.90
Penerbit: CESB
Muka Surat : 307
Tahun : 2002
Rating Aku : * * * 1/2 - best

Belakang Buku

Apa guna pasir setambun,
Kalau tidak setinggi duduk,
Apa guna kasih setahun,
Kalau tidak seumur hidup.

Yana,


Apa khabar nasi di daun,
Nasi di talam bagai nak basi,
Apa khabar tinggal setahun,
Tinggal semalam bagai nak mati.

Ku Fitri.


Cerita Aku
Seronot juga kan, baca buku cerita lama? Mengisahkan Aliya (seorang pelajar), anak kelahiran Langkawi yang sangat meminati lukisan dan dia sendiri sangat suka melukis. Nyatanya, kegemaran masa lapangnya iaitu melukis itu ditentang keras oleh ayahandanya – Ali Hakeem.

Kebetulan Ali Hakeem mempunyai sebuah resort di Langkawi bernama Tanah Andriyana. Ketika Aliya pulang bercuti dari Kolej ke Tanah Andriyana, dia bertemu dengan Hadi anak musuh tradisi keluarga Ali Hakeem iaitu YB Bakhtiar.

Manakala, Megat Nasir yang meminati Aliya akhirnya kecewa apabila Aliya bolayan sama dia. Sebenarnya, Aliya sendiri keliru dengan percintaan kerana masih muda. Lantaran itu, Megat Nasir mengambil keputusan mengambil Natrah (kawan baik Aliya) sebagai pasangan hidup.

Perhubungan Aliya + Hadi dapat dihidu oleh ayahnya dan akhirnya dia kena marah kaw-kaw nyer. Aliya membawa diri ke Kent, England dan disana dia tinggal dengan nenetnya bernama nenet Manjalara. Dari situ, dia berjumpa dengan diari moyangnya iaitu Raden Andriyana. Dari situlah segalanya terbongkar dan akhirnya dia tahu kenapa keluarga Ali Hakeem bermusuhan dengan keluarga YB Bakhtiar.

Berjayakah perhubungan Hadi + Aliya?

Buku ni byk fakta sejarah dan kehidupan masa lampau. Gaya penulisan Noor Suraya memang selamber dan kelakar. Ada juga mengusik perasaan. Flashback nya OK dan plot ceritanya tersusun.

Lagipun, aku suka buku ni gak sebab diselang seli ngan rangkap-rangkap pantun yang syahdu.

Nyanyian Tanjung Sepi - Noor Suraya


Tajuk : Nyanyian Tanjung Sepi
Penulis : Noor Suraya
Harga : RM29.90
Penerbit: CESB
Muka Surat : 753 m.s
Tahun : 2006
Rating Aku : * * * ½ (Hebat!)

Sinopsis Belakang Kulit Buku :

Dan sepi itu terus menghambat aku ke mana-mana sehingga menjadikan aku resah gelisah tiada jalan pulang. Aduhai, masa yang indah itu sudah pergi semuanya...sehingga tidak ada apa-apa lagi yang tersisa untukku di sini. Aku seperti camar yang patah sayap. Aku bagaikan biduk tanpa perhentian. Aku umpama permaisuri tanpa kerajaan. Lalu bagaimana lagi harus aku kutip sisa hari-hari mendatang yang sirna itu, bersendirian?

Tanpa dia dan tanpa kamu? Aku betul-betul kesepian. Mana hilangnya semua masa lalu yang indah itu? Aqmar: Senyuman itu membuat hutan rasanya terbakar, dan lirikan mata sang bidadarinya membuat beku hatinya bisa cair. Zainur: Beku hatinya pernah 'sekali' cair dengan panahan mata sang dewi cinta. Cintanya pernah hangus pada sinar api renungan dia. Khalida: kekasih, akulah rusuk kirimu yang hilang itu!


Komen Aku
Buku setebal 753 m/s ni, jenuh gak membacanya. Tebalnya menghempap muka aku. Tapi, seriously, aku suka ngan cover buku ni.. lawa aweks kat depan tu, melambangkan ‘heroin’ cerita ni.

Actually, ceritanya ringkas, cuma, apa yang membuatkan aku rasa cerita ni seronok ialah gaya penceritaan Noor Suraya yang memang dari novel-novel terdahulunya tidak pernah lari dari ayat-ayat yang kelakar dan selamber dia. Sesiapa yang membaca bebuku Noor Suraya, memang akan tahu bentuk dan gaya penulisan beliau. Memang tak lari.

Selain tu, seperti novel Tanah Andriyana, beberapa rangkap pantun yang meruntun-runtun hati aku turut sama tercatuk di akhir muka surat setiap bab. Iyelah, kan, pantun lama, sudah tentu enak di baca sekali sekala.

Kisahnya, Syarifah Nuur Khalida (pelajar medik di USM, Penang) jatuh cinta pandang pertama dgn pensyarahnya, Dr. Zainur Arieff. Cinta yang tak sempat nak ditepuk ngan keempat-empat tangan, ditepuk pula oleh Dr. Aqmar Aziz tiga pupunya yang kengkononnya telah dinobatkan sebagai tunang masa kecik-kecik. Kira cerita cintan para dokter la ni.

Dengan hati yang tak rela, Saripah Nuur Khalida + Dr. Aqmar = kawen. So, memula rasa nyampah-nyampah, lelama rasa rindu-rindu, la kan sehingga dpt baby. Biasa la, dah kawin.. mistila timbul rasa sayang walau pada mulanya rasa nyampah sangat.

Dr. Zainur Arieff plak, ngan kechiwa dukalara-nya, tak kawin-kawin la sampai ke-tua kerepot.

Nak jadikan cerita ni bes, rumahtangga Syarifah Nuur Khalida ni tergugat selepas kehadiran Tengku Dara Aida yang menggoda & seksi iaitu aweks pertama Dr. Aqmar Aziz yang dipoja-poja lubang idungnya. Segala janji-janji manis Dr. Aqmar yang ditaburkan ditepi bibirnya kepada Syaripah Nuur Khalida, habis dimakan oleh semut hitam. Begitulah adanya.

Apakah terjadi antara Syarifah Nuur Khalida + Dr. Aqmar Aziz + Tengku Dara Aida + Dr. Zainur Arieff??

Overall, citernya memang la best dan mengkayalkan serta da bomb!. Tapi endingnya membuatkan aku rasa tak puas ati langsung, sbb buku yang tak langsung menceritakan bab-bab agama, akhirnya muncul plak kisah-kisah agama yang amat complicated. Langsung tak masuk akal? . Argh! Apa sahaja kao mahu bilang tentang akalnya yang masuk atau tidak? Inikan cerita!. Apa mauknya bikin hangat? Bisakah aku ontok sahaja lantas menerimanya? Persetankan!

Jika benar Dr. Aqmar Aziz benar-benar menegakkan agama, seharusnya dia menyelamatkan apa yang sepatutnya dia selamatkan dahulu. Tapi aku betul-betul tersentuh tentang cinta Aqmar Aziz terhadap isterinya tidak pernah padam walau disimbah air panas.

Belila atau pinjam la buku ni dari jiran anda dan baca, memang syok!