Monday, July 12, 2010

Cinta Sufi ~ Ramlee Awang Murshid

Tajuk : Cinta Sufi
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Harga : 19.90
Terbitan : Creative Enterprise
Bintang : * * * * (4 bintang)
Jenis : Cinta, keIslaman, Sains Fiksyen
M/S : 509 m/s

Sinopsis Belakang Kulit Buku

PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka.
Ingin mencari lelaki bertanduk dua.

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi. C

INTA SUFI Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.

Komen Saya :

Cinta Sufi bagi saya kali ini tidak mengecewakan langsung. Happy gyle membacanya. Baru sahaja sudahkan keseluruhan buku pukul 3 pagi tadi, sebab tak dapat tido selain dari menghadapi PMS yang sangat dasyat. Heh3.

Cinta Sufi ini, sambungan dari cerita Hijab Sang Pecinta. Tapi jika kalian tidak mahu membaca Hijab Sang Pecinta pun tak mengapa, sebab tidak terlalu banyak Flashback dari Hijab Sang Pecinta didalam Cinta Sufi.

Cinta Sufi itu sendiri merujuk kepada cinta Agung Laksamana Sunan @ Saifudin yang suka membahasakan diri beliau 'Kita'. Dari dulu lagi saya memang sangat suka dengan watak Sunan, malah perempuan3 yang membaca buku2 sequel RAM ni, sure jatuh cinta ngan Laksamana Sunan ~ ha! jgn tipu kalau tak jatuh cinta. He3. Dan para lelaki diluar sana yang membaca buku ni pun teringin2 nak jadi watak Sunan kan :)

Watak Sunan yang memang dari awal sequel sangat mulia, baik hati dan seorang pejuang Islam sejati. Perilaku terpuji, jadi, siapa sahaja yang tidak suka kan watak beliau.

Starting awal cerita sangat memberangsangkan membuatkan saya sentiasa ingin menghabiskannya. Lagi dan lagi. Kali ini mengisahkan pengembaraan Laksamana Sunan menentang penjajah Portugis di Melaka dan Hulu Melaka.

Tak ketinggalan juga musuh3 lama beliau yang turut serta iaitu Tahgut, Sang Petala dan Puteri Kober Gandring (cukup susah nak hafal nama ini) yang suda bertukar menjadi vempire dan menjadi kuda tunggangan Taghut. Taghut diberi nama baru iaitu Pangiran Garitno. He3, dalam bahasa kedah 'garit' tu bahasa yang tak elok (iaitu pelacur). Kena sangat la ngan si setan tu.

Kali ni Nyi Bugalara (eh! betul ke ejaannya) tak ada dlm cerita ni. He3, saye suka juga ngan watak, jahat Nyi tu. Tapi kali ni beliau tak ada pula (sgt hampa).

Permulaan cerita dan hampir 2/4 buku ini mengisahkan Sunan yang hilang kudrat kerana pada cerita yang lepas (Hijab Sang Pecinta), beliau telah mengembara merentas masa. Jadi kudrat beliau suda terhapus kerana perjalanan yang sebegitu jauh memecahkan tulang3 beliau. Kat sini membuatkan hati pembaca menjadi geram dan marah, sebab RAM menjadikan Sunan sebagai insan yang tak hero lagi! Sebenarnya saye yang geram, sbb HERO saye tu sangat lemah dan tak pendekar! Dah la tu jadi tawanan dan hamba sahaya kepada seorang bangsawan Portugis.

Barangkali RAM tak perasan akan ralat yang terhasil bila mana agaknya beliau terlupa atau Catalina yang terlupa, he3.

M/s 100
"Kamu ini ... siapa?" Catalina menunjukkan ketegasannya. Helaan debaran nafas dikawal dengan baik. Dia sendiri tidak mengetahui mengapa jantungnya berdengup kencang sehingga terlupa seketika pada mendiang siaminya Aryas Do Lopo.

"Nama kita.. Saifudin" Laksamana Sunan berterus terang dalam helaan nafas yang kedengaran menderu-deru.
dan sekali lagi RAM mengeluarkan pertanyaan yang sama dari Catalina

M/S 116
"Nama kamu siapa?" setelah berhari-hari mengurung Saifudin, baru malam ini Catalina bertanyakan nama Laksamana Sunan.
padahal da tanya dah. He3.

Dalam Cinta Sufi ini, Sunan tak terkalah. Beliau berjuang sangat hebat, tapi meh sini saye nak bagi SPOIL sket ~ beliau di akhir buku ni kena tembak dgn senapang dengan org Portugis, jeng3!! Beliau Hidup atau Mati? Baca lah sniri.

Agaknya RAM nak sambung lagi cite abg Sunan neh.

2 comments:

Noi♀Damhaila said...

kamu rajin ngebuat resensi novel ya..salut..salut.. Keep writing, sist! :)

nur said...

uhh... jeleznye... sy cri novel ni kat area sy x de pon... ble la na beli ek? thun dpn spm la pulak... ape2 pon... RAMLI AWANG MURSYID...MEMANG BEZ!!