Showing posts with label Demon Diary. Show all posts
Showing posts with label Demon Diary. Show all posts

Wednesday, May 14, 2008

Demon Diary, Vol 4

Tajuk Manga : Demon Diary Vol 4 (Korea)
Tahun : 2004
Pelukis : Kara
Genre : Romantik Lawak
Harga : RM6.90
Kat Mana leh beli ? : MPH, Kinokuniya.
Pelukis : Lee Yun-Hee

Klik Sini untuk Baca Sinopsis dalam bahse omputeh
Krayon tiba-tiba muncul kat istana Raenef dan suka-suka ati dia memberikan 'ujian' untuk Raenef dan 2 orang kawan karib dia iaitu Chris dan Euratis. Walaupun ditentang hebat oleh Eclipsen (kerana dia sangat risaukan keselamatan Raenef yang belum abis belajar lagi tu), mereka bertiga dicampak didalam sebuah mimpi Raja Syaitan Krayon yang penuh dengan pancaroba. Tapi secara tidak sengaja, Raja Syaitan Krayon telah jatuh cinta kepada Euratis (walaupun Euratis ni macam lelaki / tomboi).



Ni la Raja Syaitan Krayon yang sungguh menawan..




Ni derang tercampak ke dalam mimpi ngeri Raja Syaitan Krayon

He3. So ketiga-tiga mereka bergabung tenaga menggunakan kemahiran memasing untuk keluar dari mimpi ngeri Raja Syaitan Krayon. Adakah mereka berjaya?

Sunday, May 11, 2008

Demon Diary Vol 3

Tajuk Manga : Demon Diary Vol 3 (Korea)
Tahun : 2004
Pelukis : Kara
Genre : Romantik Lawak
Harga : RM6.90
Kat Mana leh beli ? : MPH, Kinokuniya.
Pelukis : Lee Yun-Hee

Sinopsis Belakang Kulit Buku :

Kembalinya Raenef ke istana tidak seorang tetapi berdua. Malahan membawa si pendeta, musuh utama sememangnya bukan Raja Syaitan biasa, pemburu syaitan, rakan karibnya. Namun Eclipse sentiasa berwaspada, sentiasa curiga. Pergilah Eclipse ke kuil suci, membongkari misteri. Mungkinkah si pendeta sebenarnya Dewa? (Sekali lagi sinopsis belakang kulit buku dia ntah apa-apa ntah kan?)


Haha.. biasanya membaca komik lebih menyeronokkan dari membaca novel tanpa grafik. Dengan grafiknya yang comel-comel, rasa seronok dan lebih 'feel' dari membaca novel.


Tapi tak semua orang suka membaca novel-grafik (manga) cam ni. Maklum la katun. Tapi bagi aku, aku tidak terlalu cerewet dalam memilih bahan bacaan asalkan grafiknya kena ngan 'rhu' aku. Aku lebih suka membaca di buku dari membaca di komputer. Baca kat komputer cam tak de feeling je.

Volume 3 ni, pun best jugak. Kali ni Raenef dah ada member baru, selain dari 'Raja Pedang' (yang claims diri dia pemburu syaitan) yang di simpan kat Istana dia, dia bawak balik Chriss pulak, si pendeta (yang akan menjadi musuh ketat Raenef satu hari nanti). Wah! Dah ramai manusia kat istana dia. Cam ni la perangai si Raenef. Berkawan tak kira orang, pas tu sengal jek. Malas nak cite, korank baca la sendiri.


>>>Read Online For Free Here<<<

Demon Diary, Vol 2

Tajuk Manga : Demon Diary Vol 2
Tahun : 2004
Pelukis : Kara
Genre : Romantik Lawak
Harga : RM6.90
Kat Mana leh beli ? : MPH, Kinokuniya.

Kulit buku yang kat Malaysia punya, bukan yang macam dalam gambar ni. Tapi aku malas nak scan la. Amik aje kat web Megafox. Gambar kulit depan kat Malaysia ialah gambar comeL Raenef dengan dragon comel yang kecik (yang cam kat mukasurat 2 dia). Nanti la aku ada masa, aku scan dan upload kat sini (malasnye, hik3).



Jom baca sinopsis belakang :
Menjadi Raja Syaitan bukan sesuatu yang mudah. Untuk berbuat sesuka hati juga memerlukan peraturan. Perkenalan dengan pemburu syaitan bukanlah sesuatu yang diharapkan. Apatah lagi dengan pendeta, musuh utama. Berlarilah Raenef untuk membuktikan keupayaannya, dan berusahalah Eclipse mencari semula setelah sekian lama mencuba, bertemulah mereka berdua mengingatkan kembali detik pertemuan pertama.

Macam entah apa-apakan, dia punya sinopsis belakang kulit buku? Hik3. Layan je. Maklumlah, buku terjemahan. Vol 2 ni mengisahkan Raenef yang masih didalam pelajarannya untuk menjadi Raja Syaitan. Pas tu dia selalu pulak diganggu oleh Erutis yang tak abis-abis membuli Raenef (dan kadang2 Raenef buli dia gak), tapi sebenarnya mereka juga tak pernah percaya dengan si Raenef ni ialah seorang pewaris Raja Syaitan sebab dia nampak macam poyo sangat.


Raenef.. hari demi hari macam lemah aje nak belajar cara-cara menjadi Raja Syaitan yang tersohor. Apa yang dia belajar dari Eclipse, semua macam salah aje. Dia hampir putus asa dan berfikir untuk lari dari Istana Raja Syaitan. Entah setan mana yang merasuk kepala Raenef, dia pun lari membawa diri ke Selatan tanah air. Ini telah merunsingkan Eclipse yang kemudiannya terpaksa menjejaki Raenef.

Setelah mendapat bantuan dari
Meruhesae
iaitu tukang tilik diraja, Eclipse akhirnya bertemu semula dengan Raenef yang akhirnya membawa kepada ingatan kisah silam mereka bertemu suatu ketika duLu.

Dalam masa yang sama - Christ, seorang budak dari Kuil Rased - telah mencuba ilmun memanggil Syaitannya dan secara tidak sengaja, telah memanggil Raja Syaitan Raenef. Dalam usaha mencederakan Raened, Eclipse sampai dan cuba menyelamatkan keadaan.

Perkembangan watak Eclipse sangat baik. Perasaan sayang dan perhambaan terhadap tuan barunya jelas terpamer.

Memang besh yang Vol 2 ni!

Karekter : Meruhesae

Meruhesae ni dia ialah tukang tilik diraja. Sangat cantik dan ada hati dengan Eclipse, tapi Eclipse tak pernah suka dia. Walaubagaimanapun, Meruhesae banyak membantu Eclipse. Eclipse ni takut sebenarnya kat dia.. sebab dia sangat menggoda.. he3.


Meruhesae

>>Read Online For Free Here<<

Saturday, May 10, 2008

Demon Diary Vol 1 - Kara

Tajuk Manga : Demon Diary Vol 1
Tahun : 2004
Pelukis : Kara
Genre : Romantik Lawak
Harga : RM6.90
Kat Mana leh beli ? : MPH, Kinokuniya

Aku layan je la komik ni. Memang best sangat2. Sesuai la ngan jiwa aku. First time aje baca, dah jatuh cinta dengan lukisan-lukisan katunnya yang menawan. Semua karekter dalam manga ni comel-comel je. Rasa cam nak makan.. hua3.

Siri 1 aje dah memang menarik sangat. Cite pasal sorang Streetboy bernama Raenef (aku mula-mula ingat si Raenef ni perempuan sebab lukisan dia mmg sebijik cam perempuan!) yang dibawak pulang oleh pengasuh Raja Syaitan untuk mengasuh dia menjadi Raja Syaitan teragung setelah Raja Syaitan ke IV mati dibunuh didalam peperangan antara syaitan-syaitan dan pendita-pendita. Kiranya Raenef ni disebut-sebut sebagai pewaris Raja Syaitan ke IV. Jom tengok karekter-karekter yang ada dlm buku ni, layan aje :


Sumber : Demom.Mirenee.Com

Karekter :
Raenef (Raja Syaitan V)
Sebutan :
라이네프[rye-neph]. Raenef, also spelled Rainef in French



Alaahai dia ni macam perempuan aje. Tapi jangan tertipu, sbnrnya dia ialah lelaki. Cute aje. Dia ni streetboy tetapi adalah waris Raja Syaitan yang telah mati iaitu Raja Syaitan Raenef V. Raenef ni dulu kerjanya ialah mencuri. Dia ni la hero cite ni. Watak dia cute sangat, kelakar-kelakar, clumpsy, makan gelojoh, pelupa, pemalas tapi sangat-sangat baik hati.

Karekter :
Eclipse (Hamba Raja Syaitan)
Sebutan :
이클립트[EE-clypt]. Translated into Eclipse.

Eclipse Demon Diary

Dia ni pengasuh Raja Syaitan V yang dulunya berkhidmat dengan Raja Syaitan Raenef IV (khadam la ni). Eclipse seorang yang sangat kejam, serious tetapi jugak sebenarnya baik hati dan sikap setia nya kepada Raenef sangat tinggi. Dia sanggup bekorban apa sahaja walaupun nyawanya demi Raenef. Berambut hitam dan tidak pernah tersenyum. Eclipse seorang hamba Raja Syaitan yang sangat dihormati dan di geruni kerana kekejamannya.

Erutis - Swordmaster
Sebutan :
에르티스[ERR-tiss]. Erutis
strong, boyish, tough, brave, pretty


Eclipse Demon Diary

Erutis ni pandai bermain pedang. Datang ke istana Raja Syaitan kali pertama untuk membunuh Raja Syaitan ~ tetapi telah ditewaskan oleh Raenef dengan panah gelap dan menjadi tawanan Raenef. Lama kelamaan, dia menjadi kawan Raenef n the gang dan mengasah bakat pedangnya.

Name: 키리스[KY-riss]. Translated into Chris.
cute, funny, optimistic, adorable, confident

Eclipse Demon Diary

Dia ni perangai dia gelojoh. Kalau Raenef ialah Pewaris Raja Syaitan V, Chris ni dia Pewaris Pendeta Rased. Mereka ni sbnrnya ditakdirkan bermusuhan diantara satu sama lain. Asalnya, dia belajar di Kuil Rased dan dibesarkan dengan penuh tatacara menjadi pendeta tersohor. Tapi akibat perangai dia yg bodoh sombong, telebey kompiden, penjaga Chris ni dengan sengaja menghantar Chris duk dan tinggal bersama Raenef.

Sambung Lagi Sinopsis

Dalam Vol 1 ni, Raenef baru je sampai ke Istana Raja Syaitan dan dilatih untuk menjadi Raja Syaitan
Raenef V. Raenef ni bersikap kebudak-budakan dan suka main-main. Ini amat bertentangan dengan sikap yang patut ditonjolkan oleh seorang Raja Syaitan yang sepatutnya menjadi seorang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Raenef terpaksa menghafal beberapa mentera dan mempelajari beberapa teknik melawan musuh. Eclipse mengajar Raenef dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Biarpun Eclipse merasakan yang dia telah tersalah pilih Raenef untuk dijadikan Raja Syaitan V.

Ketika perjumpaan Raja-Raja Syaitan peringkat atasan,
Raenef dan Eclipse telah di hina dan diperli teruk kerana Raenef V yang bersikap kebudak-budakan dan tidak lah sehebat Raenef IV. Bolehkah Raenef V dan Eclipse mengharungi hari-hari mendatang?

>>Read Online For Free Here<<