Showing posts with label Salina Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Salina Ibrahim. Show all posts

Monday, April 21, 2008

Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim

Tajuk : Atas Nama Kasih
Penulis : Salina Ibrahim
Harga : RM18.90
Penerbit: CESB
Muka Surat : 459 m.s
Tahun : 2005
Rating Aku : * * * (Biasa)


Sinopsis Belakang Kulit Buku :

Nur Kasih ini adalah buah hatiku. Yang selama ini memberiku kekuatan untuk menghadapi hari-hari depan yang lebih gemilang. Memberikanku nyawa - tragedi hitam itu sering-seringnya bertebaran dan bersipongang di setiap penjuru kenangan. Melumpuhkan impian dan cita-cita. Bersama duka dan air mata, Nur Kasih ini adalah waris tunggal yang perlu kupertahankan.

Dan si kecil itu, Suria melampiaskan resah yang meruntun segenap keinginan yang telah sekian lama Suria lupakan. Nur Kasih idamkan kehadiran seorang lelaki bergelar bapa. Lalu diceruk mana harus Suria cari lelaki impian Nur Kasih itu? Lelaki mana yang sudi beristerikan seorang gadis beranak satu sepertinya?

Berkecil hati Nur Kasih, kecil lagi hati seorang Suria bilamana lelaki impian bakal tunangan orang. Lalu Suria membiarkan jodohnya ditentukan Nur Kasih. Kerana Suria percaya... seorang bapa yang baik, adalah suami yang terbaik buat dirinya....


Komen Aku

Mmmm.. aku tak reti komen pasaL buku ni, sebab buku ni bukan my peberet. Kisah seorang gadis duk jaga sorang anak angkat… jadi bermula lah suka duka dia memelihara anak tu dan bertambah tensen bila sesaorang nak menuntut anak tu.

Syurga Di Hati - Salina Ibrahim

Tajuk : Syurga Di Hati
Penulis : Salina Ibrahim
Harga : RM20.90
Penerbit: CESB
Muka Surat : n/a
Tahun : 2006
Rating Aku : * * 1/2 - biasa²

Sinopsis Belakang Kulit Buku :

Nurul Khadijah
Menjengah ke kamar ini... terasa bagai baru semalam kasihnya dibawa perhi Ku Aris. Masih terasa-rasa sedihnya. Masih terbawa-bawa rawannya. Kenangan-kenangan indah yang tidak mampu dikuis. Kian ditepis, kian menjeruk di ruang rasa. Menghitung rindu yang tidak berkesudahan. Nurul Khadijah sedar, sampai bila dia harus sendiri melayan hati. Sampai bila dia mahu menyisih daripada Ku Adam yang umpama Jelmaan Ku Aris itu?

Ku Adam...
Dia tidak akan mengkhianati kasih saudara sendiri kiranya Nurul Khadijah masih milik Ku Aris. Dia bukan insan kejam... dia masih waras dalam tindakan. Namun kini Ku Aris telah pergi menginggalkan seorang isteri yang terlalu baik hatinya... yang ikhlas budinya, yang cantik rupa parasnya... yang selama ini sering bermain-main di hati, ingin surinya juga sebaik dan secantik kakak ipar yang disayangi. Sedang dalam diam hatinya juga mula jatuh sayang. Dan tidak salah rasanya dia memilih kakak ipar sendiri untuk dijadikan suri. Kerana Hanya bulan dan matahari sahaja yang mustahil untuk disandingkan...


Komen Aku
Garapan buku ni agak menarik juga, tapi tak menjadi my peberet. Aku pun tak tau kenapa aku agak kurang menggemari karya Salina Ibrahim.

Ceritanya kisah seorang Janda cantik yang kematian suami, hidup dlm delima bilamana dia sendiri tak tau samada nak kawin semula atau tidak.

Kiranya ramai gila lah jejaka dan jejakun dtg menghimpit, tak kurang juga mak datin datang 'melamar' untuk suami dia. Then, dia keliru bila bekas adik ipar dia menagih kasih. Kemudian pula, parents dia mendesak dia kawin ngan sepupu sendiri.

Hmm... laku betul dia. Tapi.. not bad juga, kisahnya yang agak romantik dan mengundang permasalahan pada janda di luar sana. Bila aku baca buku macam ni, dapat la rasa camna perasaan seorang janda..

Untuk meneruskan kehidupan dia, dia meneruskan usaha suami dia menguruskan hotel yang terletak di tengah2 golden triangle. tapi tak byk info pasal pengurusan hotel dan perniagaan yang dipaparkan di dalam novel ni. Jadinya, kuranglah pengetahuan kita terhadap benda yang dia ceritakan.

Keseluruhan novel ni memaparkan kisah kasih sayang, kekeluargaan dan ketabahan.

Abisssssssss