Showing posts with label Zaifuzaman Ahmad. Show all posts
Showing posts with label Zaifuzaman Ahmad. Show all posts

Tuesday, April 22, 2008

Rahsia Mimpi - Zaifuzaman Ahmad

Tajuk : Rahsia Mimpi
Keluaran : Alaf21
Penulis : Zaifuzaman Ahmad
Tahun : 2006
Harga : 17.00
Rating aku : ** 2 Bintang



Sinopsis Dari Alaf21

Antara alam realiti dan fantasi, Amri menjadi keliru. Keliru kerana mimpi misteri yang dialaminya dan keliru dengan kehadiran perempuan yang berambut panjang, berwajah pucat, tiada bola mata hitam dan di pergelangan tangannya terdapat lelehan darah yang pekat pada setiap malam.

Sejak membeli tilam terpakai di sebuah kedai perabot, Amri sering bermimpikan Amran, Ariana, Encik Firdaus dan Puan Rohaya. Tanpa diduga mimpi demi mimpi yang dialaminya itu telah mengungkapkan satu cerita percintaan antara Amran dan Ariana. Percintaan yang ikhlas yang lahir daripada hati dua insan ini mendapat tentangan daripada Puan Rohaya.

Setiap kali ingin melelapkan mata atau terjaga daripada lena, Amri diganggu oleh lembaga perempuan yang amat menakutkan. Amri menjadi separuh gila dengan kehadiran lembaga yang tidak diundang yang sering muncul dari dalam tilam. Dihalau ia tetap datang. Yang menghairankan mengapa dia yang sering diganggu, mengapa tidak isterinya. Jadi, apakah sebenarnya yang telah berlaku kepada Amri? Apakah kaitannya antara mimpi dengan kehadiran lembaga perempuan itu?

Mimpi misteri yang mengendong perjalanan percintaan Amran dengan Ariana telah membuka ruang kepada Amri untuk mengetahui rahsia di sebalik tilam yang mengalas tubuh Amri dan isterinya pada setiap malam.

Siapa sebenarnya lembaga perempuan yang menakutkan itu? Mengapa Amri yang menjadi mangsanya? RAHSIA MIMPI yang penuh saspens dan mendebarkan akan membongkar segala-galanya.

Komen Aku :
Dari penulis buku cerita Lara nampaknya, gaya penulisan Zaifuzaman memang
tak byk perubahan. Mungkin aku tak pernah baca bebuku keluaran beliau yang lain, tapi aku dapat merasakan, plot dan gaya penceritaan untuk be-buku beliau yg lain tidak lari dari asal.

Cover depan cerita ni, jauh lebih indah dari plot ceritanya. Harganya tak berbaloi dengan jalan ceritanya. Sungguh aku katakan, aku berpuas hati dengan harga Arjuna Hati, oleh Norzailina keluaran Alaf21 yang miskipun hanya RM14.00, tetapi isi kandungannya marvelesssss...

Akal beku aku jugak tak dapat terima pasal 'refurbished' tilam yang di 'anu-anukan'. Macam tak masuk akal.. tapi apalah nak diceritakan pasal tak masuk akal berbanding cerita dari pilem-pilem hantu Amerika dan Jepun, ye dak? Lagi byk benda yang tak logik.

Watak utama - Amri - tidak berkembang dengan baik. Dunianya hanya tempat kerja kawan-kawan tmpat kerja rumah bini anak buaian anak tilam. Opss dan mimpinya.

Monday, April 21, 2008

Lara - Zaifuzaman Ahmad


Tajuk : Lara
Penulis : Zaifuzaman Ahmad
Harga : Tak Ingat
Penerbit: Rhythm Publication Co Sdn Bhd
Muka Surat : tak ingat
Tahun : 2003
Rating Aku : * *

Ni la buku yang aku baca tapi, mmmmm tak sedap langsung. Rasa nak pulang balik, tapi jauh nun aku beli kat Kedah sana.

Misha : anak orang kaya, mak apak business 24 jam, anak liar, sekolah ponteng.

Zaki : Seorang Kerani cabuk, gambaran perwatakan pemuda didalam cerita ni mcm Mawi la, baik, warak, bila dia cakap org hangguk-hangguk kepala. Tapi seorang pengecut dan seorang yang amat rendah diri. Takut nak meluahkan rasa cintanya pada Ipah, awek sepermainannya ketika kecil.

Ipah : seorang eksekutip tinggi. Yakin diri.

Cerita :

Misha liar, terkinja sana sini. Nak amik perhatian famili dia tapi mak apak dia buat dono.

Makin liar dia ikut abang Bidin yang kemudiannya nak merogornya. Takt tak jadi, diselamatkan oleh Zaki yang kebetulan lalu kat jalan yang dilalui Misha ketika melarikan diri dari Abg Bidin.

Then Ipah ikut Zaki balik dan bermalam. Esoknya dia hantar kan Misha balik rumah.

Then hari2 seterusnya, Misha jadi cam tu balik. Pah tu dia jumpa balik Zaki secara kebetulan. Ikut Zaki balik. Then balik semula rumah Misha.

Entah bila masa ntah Misha jatuh cinta kat Zaki, tetiba aje Misha cakap dia suka kat Zaki tu.

Tapi Zaki dah meluahkan perasaan cintanya pada Ipah dan dia dah pun cakap kat mak apak dia bahwa dia nak kawin Ipah. DAN, perkara yang sama terjadi, Zaki seolah-olah jatuh cinta plak kat Misha, eii, ntah apa-apa ntah si Zaki ni, takde pendirian langsung.

So jadilah cinta tiga segi. Jadinya, korang misti buleh agak, akan berlaku kematian antara salah sorang dari mereka. Ending nya buleh agak.

Style penulisannya yang berulang-ulang dan lembab membuatkan aku rasa nak muntah hijau.

Dalam muka surat 276 dan 277 sahaja, hanya perkataan berulang-ulang membuatkan aku terbakar :

Quote:
"Ipah, sebenarnya Zaki ada sesuatu nak bagitau Ipah"
"Apa dia, Zaki?"
.... (dia merapu-rapu)
"Zaki?"
... (merapu-rapuk lagi)
"Zaki?"
...(merepek)
"Zaki?"


sehinggalah habis 2 muka surat duk ulang benda sama. Terbakar betul aku.