Monday, August 22, 2011

Akhirnya Kutemui Cinta-Mu


Tajuk : Akhirnya Kutemui Cinta-Mu... lalu aku pun memeluk Islam
Penulis : Karya Utusan
Harga : 12.90 (cukup murah dan berbaloi)
Terbitan : Produksi Al-Islam
Bintang : * * * * (4 bintang)
Jenis : Islamic
M/S : 205 m/s
Terbitan : 2011
Rujukan : Utusan

Sinopsis Kulit Buku :
Sebuah perjalanan spiritual yang paling indah untuk mencari sebuah cinta yang paling suci.

Akhirnya Kutermui Cinta-Mu... lalu aku pun memeluk Islam merupakan sebuah buku istimewa menghimpunkan kisah-kisah saudara baru kita yang memilih Islam sebagai agama baru mereka. Sebahagian daripada mereka asalnya langsung tidak mempercayai kewujudan Tuhan, manakala sebahagian lagi membenci Islam kerana di anggap kolot dan ganas.

Tetapi benarlah, apabila cahaya hidayah sudah penyinari hati, apabila kebenaran mencuit minda dan cinta Illahi itu telah menyentuh jiwa, tiada apa dan siapa lagi dapat membendungnya.

Perjalanan spiritual yang dilalui oleh Nazrey Juhani (bekas anggota kumpulan nasyid Raihan), Susan Manen dan Johan Abdullah (pelakun), Iman Wan (pencipta lagu), Satilah Abdullah (ibu penyanyi Ning Baizura), ustaz Farhan Abdullah, Yusuf Estes dan Ustaz Fitri Abdullah (bekas mubaligh), Mike Tyson, Jermaine Jackson, Alexender Litvineko (perisik KGB Russia), Loon (penyanyi terkenal Amarika Syarikat), Lauren Booth (adik ipar bekas PM Britain, Tony Blair), Johann Wolfgang von Geothe (penulis terkenal German abad ke-18) dan ramai lagi, adalah sebuah perjalanan indah yang 'wajib' anda ikuti.

Ulasan Saya :

Salam Akhir Ramadhan buat semua pembaca Islam. Lama tidak mengupdate blog ni sebab beberapa perkara berlaku lately kepada saya, antaranya kepulangan bonda saya ke Rahmatullah pada 7 August 2011 lalu dan pada 14hb August 2011 saya pula terlibat dengan kemalangan kereta di Lebuh Raya Kesas, yang hanya mengakibatkan kemalangan material yang agak teruk.

Doa saya moga kalian sentiasa sihat dibawah lindungan Allah.

Kali ni saya mahu bercerita mengenai buku Akhirnya Kutemui Cinta-Mu, cerita himpunan kisah2 mualaaf baru dari pelbagai negara, terutamanya dari negara Malaysia mengikut peredaran zaman. Buku ni adalah himpunan cerita2 dari majalah Al-Islam dan beberapa cerita baru.

Saya tertarik hendak membaca buku ini sejak awal Ramadhan lagi pabila saya nampak nya di gerai menjual pelbagai majalah Alor Gajah (ketika itu bonda saya sakit tenat), tetapi malangnya saya tidak membelinya kerana menyangka kan buku tersebut mahal dan tade la best mana pun kan. Tapi, bila tak beli, saya jadi cam teringat2 pula akan buku tu, seolah2 menyeru2 saya mengambilnya. Ha2, kan sudah menyesal sbb tabeli. Itulah padahnya.

Hari keesokkan nya, semasa dalam proses melawat bonda di ICU, saya kadang2 berlegar2 di Jusco baru Melaka yang besar tu, namun hampa tidak berjumpa pun buku ni. Cari info di internet agak terhad juga tentang buku ni, sampaikan muka depan dan sinopsis pun tade .. hahha. Taleh la saya kopi-pasta sahaja, kena lah saya usahakan menaip sniri, sobs.

Akhirnya saya terpaksa la melupakan buat sementara waktu memiliki buku tersebut, sehinggala selepas bonda saya meninggal, saya kembali ke Klang dan akhirnya saya menjumpai buku tersebut terjual di satu kedai buku di Econsave Bukit Kemuning, itupun sudah tinggal satu dan keadaannya tidak berapa elok. Saya amik sahajalah.. tamo la menyesal lagi.

Buku ni amat menarik, seriyes. Himpunan cerita2 didalamnya membuatkan saya terus hendak membaca dan membaca pengalaman2 muallaf2 yang dahulunya kufur tetapi akhirnya menemui hidayah Islam. Secara tak langsung saya yang dilahirkan Islam, merasa sangat rendah diri dan kerdil berbanding mereka yang sangat menghargai dan menyintai Islam didalam hati mereka.

Macam2 pengalaman yang dibawakan mereka sebelum memeluk islam dan cabaran2 yang tak kurang hebat selepas memeluk Islam, tapi semuanya di hadapi dengan sabar dan akhirnya mereka berjaya menjadikan Islam itu kehidupan mereka.

Bacalah bagaimana pada mulanya mereka membenci Islam, akhirnya menerima hidayah Allah dan memeluk Islam dengan kerelaan mereka.

Di antara mereka didalam buku ini :

Bagi mereka-mereka yang diluar sana yang masih lagi mencari2 jawapan kepada soalan2 tentang Islam, baca lah buku ni, mana taw kalau2 boleh mendapat jawapan yang dicari2, mengutuhkan iman anda. Belilah, dengan harganya dan cerita didalamnya sangat berbaloi.

4 comments:

lizakrel said...

Sy dah lama mencari buku ni. Sampai skrg belum dapat. Boleh tlg saya. Liza selayang

NABG said...

Saya pn mencari buku ini. Kalau ada jual, boleh contact saya d nom ini 0128059245

Unknown said...

Kat mana nk cari ye buku nie..

shido_08 said...

Kalau ada yang menjual buku ini saya nak beli..