Showing posts with label Kaki Novel Enterprise. Show all posts
Showing posts with label Kaki Novel Enterprise. Show all posts

Thursday, July 17, 2008

Cinta Seindah Madah - Puteri Andalas
















Tajuk :
Cinta Seindah Madah
Penulis : Puteri Andalas
Harga : RM 24.00
Terbitan : KakiNovel Enterprise
Bintang : * * (2 Bintang)
Jenis : Kekeluargaan / Kemasyarakatan / Romantik
Tahun : 2008

Aku tanak komen banyak-banyak pasal novel ni, sebab tak masuk dengan selera aku. Aku baca sekali lalu sahaja sebab jalan cerita terlampau stereotype dan ringkas. Aku mungkin memerlukan cerita yang lebih padat dan berinfomasi. Tapi pada sesapa yang sukakan bacaan santai dan ringan, novel ni sangat sesuai.

Monday, June 2, 2008

DEAR YAYAH 1 - FARIHAH ISKANDAR

Tajuk : Dear Yayah
Penulis : Farihah Iskandar
Harga : 14.90
Muka Surat : 160 m/s
Penerbit : PTS One
Tahun : 09 / 06
Rating Pengulas : ***
Kategori : Novel Remaja

Sinopsis Belakang Kulit Buku:
Sinopsis Alam remaja memang indah. Tak lengkaplah dunia remaja kalau tiada kawan-kawan, surat dan yang paling penting...Diari (biasalah budak perempuan).

Elemen-elemen penting dalam hidupku:
Yayah - Diari kesayangan
Suria - Bestfriend merangkap roommate. Minat kat Khairi (jejaka idaman Malaya katanya tapi mamat tu tak tahu pun Suria minat kat dia )
Hazman - Bestfriend juga. Selalu bagi surat kat aku sebab kawan senyap-senyap. Malu pulak nak cerita.
IK - Mamat misteri yang selalu bagi kad yang cute-cute kat Suria (Jealous betul!)

Komen Aku :
Buku ni tiba-tiba sahaja menarik minat aku untuk memilikinya. Cantik aje kulit buku dia dan warna buku dari PTSOne ni benar-benar membuatkan aku 'membeli hanya kerana jatuh cinta pandang pertama'.

Aku tak biasa membaca buku remaja. Tapi kali ni aku memberikan peluang kepada diri aku membaca buku dari pelbagai sumber. Sekali sekala mencari kelainan, apa salahnya dan ternyata Farihah Iskandar tidak mengecewakan aku, sebagai seorang pembaca 'dewasa'.

Buku ini bisa membawa kita, yang sudah dewasa ini, kembali mengimbas ke zaman persekolahan dulu. Zaman cinta monyet, zaman remaja yang penuh dengan kemanisan. Berbanding dengan tulisan Ain Maisarah, jalan cerita Farihah Iskandar agak serious dan gaya bahasanya tidak banyak menyelitkan gurauan yang terlampau. Antara Ain Maisarah dan buku Farihah Iskandar ~ aku lebih menyenangi karya-karya Ain Maisarah yang agak santai dan selamba.

Pergolakan jiwa Nurjihan (Jihan), pelajar tingkatan 5, di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam mengejar cita-cita, cinta dan persahabatan. Cerita-cerita didalam novel ini agak simple dan ringkas cuma yang menjadi penyedap cerita ini ialah entry segala perasaan Jihan kedalam diary nya yang dipanggil YAYAH. Jihan seorang gadis biasa yang aktif dalam sukan menghadapi hari-hari biasa persekolahan seperti remaja-remaja lain dan mempunyai rakan karib bernama Suria. Suria perwatakannya agak happy-go-lucky pula admire seorang budak lelaki di kelas yang berlainan.

Hazman bagi Jihan ialah seorang sahabat (sebenarnya boyfriend) tetapi, Jihan sendiri menghadkan hatinya supaya menganggap Hazman sebagai teman rapat kerana dia dan Hazman baru sahaja berkenalan atau budak-budak remaja cakap ~ Declare. Perhubungan Jihan ~ Hazman hanyalah sekadar mengutuskan surat melalui org tengah (sahabat baik mereka berdua) dan tidak bertegur sapa antara satu sama lain jika mereka berselisih.

Plot cerita berkembang dengan baik dan penulisan Diary Yayah juga membuatkan aku teruja untuk membaca entry-entry seterusnya.

Part 1 buku ni not bad, membuatkan aku sendiri nak baca Part II nya pulak. Tak silap aku, buku ni boleh dibeli secara online kat e-Bay Malaysia

Monday, April 21, 2008

Bukan Cinta Biasa - Izzul Izzati

Tajuk : Bukan Cinta Biasa
Penulis : Izzul Izzati
Harga : RM18.00
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Muka Surat : 536 m.s
Tahun : 2005
Rating Aku : * * *


Sinopsis Belakang Kulit Buku :

Sifat sabar dan beralah yang dimiliki oleh Shahira membuatkan dia sering menjadi mangsa keadaan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyakiti apatah lagi mengecewakan insan yang berharap.

Namun, sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dia tidak mampu memenuhi kehendak dan menjaga hati semua pihak dalam satu masa. Justeru itu lafaz cinta yang ditunggu oleh Anuar sejak dari bangku sekolah lagi hanya dihargai sebagai kawan baiknya. Baginya, cita-cita dan impian hidup lebih utama. Namun begitu dia terpaksa akur dengan jodoh yanh telah diaturkan oleh keluarganya. Biarpun jauh disudut hati dia sebenarnya memendam perasaan kecewa.

Pertemua Shahira dengan Azlisyam di kampus terjadi dalam suasana yang tegang telah mewujudkan persengketaan diantara mereka. Sikap ego Azlisyam turut merubah sifat semula jadi dalam diri Shahira. Keadaan bertambah celaru setelah Shahira mengetahui Azlisyam adalah tunangnya. Tanpa sedar, dalam diam mereka sebenarnya menyimpan perasaan cinta diantara satu sama lain. Ego dan kedegilan didalam diri memasing telah mengekang mereka untuk berterus-terang biarpun rasa rindu ternyata sendat dihati.

Akibat salah sangka keadaan bertambah parah tatkala Azlisyam dan Anuar pantang bersua dan meletakkan Shahira dalam situasi yang sukar. Antara sayangnya kepada seorang sahabat yang sentiasa setia bersama dengan cinta pertamanya yang belum tentu membuahkan bahagia lantara tiada lafaz cinta yang terucap di antara dia dengan Azlisyam.

Anuar yang kecewa tetap setia menanti miskipun disedari penantiannya tiada penghujung. Meskipun cinta Shahira bukan miliknya, namun Anuar tidak berdaya membuang rasa rindu dan cinta yang sememangnya utuh di hati.

Takdir dan Suratan-Nya tiada siapa yang boleh menolak dan menghalang. Berjayakah Anuar merealisasikan impiannya setelah rumahtangga Shahira dan Azlisyam tuntuh di saat bahagia mengunjungi tiba? Bagaimakah reaksi Azlisyam setelah mengetahu cinta Shahira sememang untuk nya? Mampukah Azlisyam meraih cintanya setelah Shahira membuat pilihan untuk tidak melukakan hati Anuar yang setia meunggu cintanya?


Komen Aku
Ternyata aku beli buku ni kerana ‘jatuh cinta’ pada cover nya! Serius. Tapi, alahai, indah cover dari isi. Ternyata ‘Bukan Cinta Biasa’ yang aku harapkan, rupanya hanya cinta biasa-biasa aje.

Rasanya aku tak perlu bercerita lebih lanjut isinya, kerana hampir keseluruhan isinya dah terungkap di kulit belakang buku ini. Walaubagaimanapun, mungkin buku ini berjaya menarik minat para remaja membacanya. Tema percintaan yang ringan dan beberapa perkara ulangan yang agak mengecewakan.