Friday, February 25, 2011

Travelog Cinta Abadi : Masa Yang Berlalu - Roza Roslan


Tajuk : Travelog Cinta Abadi : Masa Yang Berlalu
Penulis : Roza Roslan
Harga : 19.90
Terbitan : PTS Publications & Distribtors Sdn Bhd
Bintang : * * * * (4 bintang)
Jenis : Biografi
M/S : 271 m/s
Terbitan : 201o (2 terbitan)
Blog Penulis : Roza Roslan

Ulasan Saya :

Assalamualaikum kepada pembaca blog saya..

Wallah! Saye baru je abis membaca buku ni. Aiseh3. Buku ni tak susah baca, sebab ianya besar dan tulisan2nya besar2. Jadi tak mengambil masa yang lama untuk khatam kannya. Jika kalian menumpu, mungkin boleh menghabiskannya dalam masa sehari semalan.

Cammana ye saya bleh terjumpa buku ni yea?

Ceritanya ialah semasa saya telah ke Pulau Langkawi selama seminggu pada Disember tahun lepas. Semasa di sana, saya tak habis-habis shopping dan satu hari saya telah ternampak satu handbag kulit berjenama Sachs. Terus terang, selama ni saya memang ta prihatin terhadap jenama ini, jadi saya bertanyakan pacit Google.

Saya telah terjumpa satu web milik rozaroslan.blogspot.com. Saya pun tapasti kenapa pacit google telah direct-kan saya ke halaman ini, padahal tiada maklumat pun mengenai jenama Sachs. He3. Tapi saya membaca blog beliau, dan saya rasa tertarik. Tanpa saya sedari ialah, saya tidak tahu yang beliau ialah seorang novelis dan juga seorang Pensyarah di UiTM. He3.

Jadi 2 minggu lepas, saya ke Alamanda dan sajasaja saya singgah ke MPH ternampak buku bewarna merah jambu ini disudut promosi buku2 baru agak menarik. Tambahan pula, saya lihat sorang mamat ensem mana ntah, membeli buku ini. Pelik juga. Setelah saya belek2, baru saya pasan yang buku ini ialah buku dari penulis blog rozaroslan.blogspot.com. Saya pun membelinya lah sebab saya taw, pasti buku ini sedab sebagaimana sedabnya saya terbuai2 membaca blog beliau. Nyamp2.

Travelog Cinta Abadi : Masa Yang Berlalu, ini ialah mengenai kehidupan penulis (Roza Roslan) dari kecil hingga dewasa. Ianya lebih kepada log peribadi beliau / biografi yang sangat seronok kita baca, sebab ianya melibatkan kehidupan dulu-dulu. Ianya lebih sesuai dibaca oleh mereka yang berperingkat umur yang sebaya dengan beliau sebab mereka-mereka lebih mengerti tentang kehidupan pahit manis zaman Roza Roslan.

Kisah makan ubi kayu yang sedap, kisah menghidupkan lampu gasolin, kisah keseronokan menaiki basikal tua, dapur minyak tanah, memgutip pucuk paku / pucuk ubi di paya, naik rakit di sungai ketika banjir dan lain2 lagi. Bagi saya yang agak mempunyai kehidupan moden ketika kecil, dan saya juga lahir sekitar lewat 70an, dan saya hidup dalam serba kemewahan, jadi saya mungkin kurang menyelami keseronokan zaman kanak3 Roza Roslan, namun, semakin membaca, semakin saya rasa seronok.

Dalam buku ni, bila baca, banyak kata-kata yang boleh dijadikan teladan, kata2 hikmah, especially apabila ianya berkaitan dengan Islam dan pengajaran demi memperbaiki diri kita sebagai seorang Islam. Mengajar kita bagaimana erti bersyukur dengan benda yang sedikit tetapi nikmat. Mengingatkan kita supaya selalu berdoa kepada Allah ~ tak kira dalam apa jua keadaan.

Roza mempunyai seorang nenet (sebelah bapanya) yang apabila bertutur, penuh dengan kelembutan, kias, nasihat dan pengajaran, saya seronok baca part Roza bersama nenetnya. Saya dalam hati berharap, mempunyai seorang nenek seperti ini juga :( tapi tade la pulak.. sape nak bagi saya kiasan2? Hahahha... google je la dik non.

He3, sampai satu part dimana Roza telah berjaya menyakinkan ayahnya untuk membawa mereka sekeluarga menonton wayang, saya terpengaruh dengan satu part dimana pada zaman remajanya, dia menyanyikan lirik lagu Uji Rashid. Terpaksala saya google YouTube untuk mendengarkan lagi tersebut, he3.

Ni la lagunya : http://www.youtube.com/watch?v=neyUWYw3Jzg

saya tepenah dengar lagu ni, sobs... ni la kali pertama saya dengar. Agaknya, mak saya taw la kot. He3.

Macam2 petua ada dalam buku ini yang boleh dijadikan panduan antaranya :

"Mulakan memasak dgn Bismillah. Kemudian selawat kepada Rasullullah. Lalu memohon keizinan Allah dengan niat didalam hati supaya mudah-mudahan masakan ini memberi barakah kepada semua yang menikmatinya, menjadikan mereka mensyukuri nikmat rezeki pemberianNya, memberi kesihatan yang baik dan membuatkan mereka jatuh kasih kepada kita"
M/S : 94

Bukan kah itu indah?

"Betul, kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan. Tetapi dengan bercita-cita, kita terus berusaha bagi mencapainya. Bukankah Allah meminta kita supaya tidak duduk diam dan hanya berharap sahaja?"
Bukan kah itu merangsangkan?

"Hidup ini adalah ketentuan Tuhan. Bukan pilihan. Allah menetapkan takdir, qada` dan qadar setiap insan. Jadi kenapa kita mahu menafikannya? Kenapa kita berkeras menolaknya?

Allah menjadikan setiap kejadian dengan rahsia yang tersimpan untuk kita fikirkan. Dia lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Redha dan bersyukur dengan ketetapannya"
M/S : 205
Bukan kah kata2 ini membuatkan kita belajar menjadi redha?

Tak lupa juga part yang kelakar :

"Hampir seminggu saya rasa dipulau. Sedih dan sebak. Rasanya seperti seekor beruk yang disimbah cat di atas kepalanya. Lalu beruk itu dinamakan beruk Trojan..."
M/S : 234
Hehehehhehe... saya tergelak2 ketika membaca beruk Trojan nuh. Camne la ropernye beruk trojan? Hhahahha.. jap cari kat Google.... hmmm.. tade plak? kikiki...

Dan yang paling kelakar, apabila Roza telah berazam sangat untuk ke luar negara sehingga beliau berdoa begini:

"Ya Allah! Berikan saya kemungkinan itu. Tunaikanlah hasrat hati. Jika tidak, kau temukanlah jodoh yang dapat membawa aku ke luar negara...."
M/S : 139
Sampai begitu sekali? hehe..

Okei, keseluruhan cerita, atau log atau biografi Roza Roslan ini sangat menarik. Saya sangat suka.. =)

0 comments: