Thursday, September 30, 2010

Sesuci Kasih Bonda - Ilani Mysara

" Berapa banyak jalan yang terbuka luas sesudah putus harapan, dan ingatlah berapa banyak kegembiraan yang datang bertali arus sesudah berputus asa.."

Tajuk : Sesuci Kasih Bonda
Penulis : Ilani Mysara
Harga : 19.90
Terbitan : Alaf21
Bintang : * * * * (4 bintang)
Jenis : Cinta, keIslaman, Susur Galur Sejarah, Mistik
M/S : 298 m/s
Terbitan : 2010

Salam semua pembaca. Saya sedang membaca buku Sesuci Kasih Bonda ini. Mulanya, saya teragak3 ingin membeli buku ni sebab tajuk dye, Sesuci Kasih Bonda. Maklumla, saya tanak la baca buku org tua3 yang cerita pasal masalah rumah tangga, gado3 dan bagai.. kan.

Dalam berkira3 nak membeli buku tu, sekali tgk penulis noveL tu ialah Ilani Mysara! Saya ske buku beliau : Ku Seru Namamu. Mmg best, ala3 Ramlee Awang Murshid dan keislaman. Then kat buku ni ada tulis Novel Islamik. Jadi.. rasa cam tertarik aje kan.. saya ske baca benda3 islamic ni.

Model Kulit Buku Ini

Ha~ tgk model kat depan kulit buku ini ~ comeL kan. Nama dye Mass Mohamad. Ni blog beliau kalau nak tgk wajah beliau ~ Klik Sini ~ Saya terjumpa dengan laman web beliau ni masa mencari3 kulit depan buku ni. Nama heroin dalam cerita ni pun Mas juga. Mastika.

Cerita


Jalan cerita permulaannya sangat menarik hati. Bila baca dan baca, dari zaman moden.. masuk pula ke zaman silam, zaman kesultanan Melayu, zaman pemerintahan British dan Belanda. Cara Ilani Mysara mengolah cerita sangat asyik sekali. Kisah cinta, pengorbanan dan kesakitan akibat cinta disusun dengan indah sekali.

Cerita ni cam cerita abang Ramlee Awang Murshid, tapi cara penulisan mereka berdua sangat belainan. Masing2 ada cara penulisan tersendiri. Saya suka kedua3 nya, dengan ini saya ske ngan genre cerita3 begini.

Cerita yang bermula dari perasaan cinta, amanah. dendam, amarah dan menjaga susurgalur kesucian keturunan dulu3. Kan org3 dulu sangat mementingkan kedudukan dan martabat dan perlu dijaga hingga berkurun3 lamanya. Contohnya pembawaan nama Megat, Syed dan Syarifah.

Banyak cerita Alam Mistik dalam ni. Cinta yang tidak kesampaian. Penyempurnaan kisah cinta, kekesalan dan perihal islamik.

Mengisahkah, Mastika (Mas) yang baru kematian suami tercinta, memiliki 4 orang anak angkat, menjadi galang ganti kepada satu perjanjian dengan iblis oleh nenek beliau. Bermula lah perjalanan hidup Mas yang penuh racun dan duri untuk menyempurnakan amanat nenek beliau untuk berkahwin dengan sepupu beliau iaitu Iskandar tanpa rela.

Kat sini, saya nampak Ilani Mysara berbakat besar dalam flashback zaman dulu-dulu, dan pengolahan cerita mistik beliau tapi bila dye masuk semula ke 'zaman sekarang' Ilani Mysara cam 'hilang punca'. Saya terbuai dgn kisah flashback beliau pada zaman kolonial dimana Maharani menjalani kehidupan sengsara dan kembali ke tanah air setelah beliau lari ke Indonesia untuk menjejaki keturunan beliau. Part ni memang marveles bagi saya.

Saya juga dapat menyelami keadaan rumah nenek beliau dan keadaan bilik dimana Mastika telah pengsan selama 3 hari ~ cam saya berada di bilik tu.

Then Ilani cam keliru3 sedikit bila nak ke penghabisan cerita. Then saya tak puas hati dengan 'hati' Mas yang katanya 'sentuhan dan perasaan' beliau pada arwah suami beliau telah pergi bersama arwah suaminya (ini terjadi bila beliau dipaksa berkahwin dengan Iskandar), tetapi bila dye berjumpa dengan seorang ustaz bernama Haidir, hatinya kembali berbunga. He3. Mane aci.

Pengakhiran cerita ni agak terlalu pantas bagi saya. Rasa cam tak puas aje.. anyway, cerita ni Happy Ending, okayh =) sapa3 yg ske cite happy ending, mai la baca buku neh.

0 comments: