Friday, January 21, 2011

Puncak Kasih Kita ~ Intan Arnida




Tajuk : Puncak Kasih Kita
Penulis : Intan Arnida
Harga : 19.90
Terbitan : Alaf 21
Bintang : * * * (3 bintang)
Jenis : Cinta2, Thriller, Misteri2
M/S : 370 m/s
Terbitan : 2009
Blog Penulis : Intan Arnida's Blog

Assalamualaikum Bloggers sekalian. Kali ni saya telah membaca buku tulisan penulis Intan Arnida. Ni 1st time saya baca buku beliau ni. Tu pun adik perempuan saya yang punya, jadi saya songklap aje lah buku beliau.

Setelah membalut cantik2 dengan plastik, saya start membacanya. Secara pukul rata, Intan Arnida berjaya membuatkan hati saya ingin terus membaca dan membaca kesudahan cerita ini. Beliau pandai menarik pembaca tak sabar2 dengan misteri yang ada..

Cerita nya lebih kurang begini :



Sinopsis Kulit Buku :

HATI perempuan mana yang tidak mahu diulit kebahagiaan? Hidup dalam ketenangan, disayangi insan bergelar ayah dan mendapat pedoman daripada insan bergelar kekasih. Namun itu semua tidak dirasai oleh LINETTE alias Lina Az-Zahra. Gadis malang yang kematian ayah itu hidup dalam penderitaan di Vila Sir Dernard. Menjadi mangsa herdikan sepupu sendiri dan yang lebih sakit bila dia menjadi mangsa rakus nafsu seorang lelaki durjana.

Benci! Sememangnya dia benci hidup begini lantaran dirinya sudah tidak suci lagi, sedangkan pada masa yang sama dia menjadi pujaan Syed Firqan Alam. Hati terdetik… sudikah jejaka itu menerimanya bila mendapat tahu keadaan sebenar dirinya? Akhirnya, dia nekad untuk mendiamkan diri. Biarlah Syed Firqan Alam mencarinya sehingga lelaki itu berputus asa dan melupainya.

Namun tidak bagi Syed Firqan Alam. Dia mencari dan terus mencari gadis yang dicintai itu sehingga sanggup merentas Laut China Selatan. Janji untuk mengahwini Lina Az-Zahra harus ditunaikan biarpun dia mendapat tentangan daripada keluarga.

Tapi, di mana Lina? Adakah Lina sudah lupa janji mereka? Ah, Syed Firqan Alam tidak tega berpisah dengan gadis itu!

Ulasan Saya :

He3, buku ni adalah sebuah buku yang penuh dengan ucapan "Err..err". He3. Sikit3 "Err..err" hahhahha.. mebe lepas ni penulis boleh kurangkan perkataan "err.. err" tu sebab saya sendiri tataw nak translate err err tu camne.. err..

Saya suka dengan thriller cerita ini. Tapi bila membaca buku ni, saya hanya dapat rasai bahawa saya sedang menonton sebuah drama di TV melihat cerita2 melayu yang lebih kurang cam dalam buku ni, dan bukan sebagai membaca novel.

Kulit belakang buku ini, lebih kepada cerita Hero dan Heroinnya iaitu Syed Firqan Alam (kenapa la ye suka sangat penulis3 ni guna Syed dan Syarifah didalam mana2 novel, he2) dan Lina Az-Zahra (Linette). Dua teruna dan dara dari Universiti di Sabah, terlanjur melakukan sex kemudiannya, Hero merasa bersalah dan ingin memperisterikan Lina sebagai membalas atau menebus rasa tanggungjawabnya terhadap apa yang suda berlaku kala keduanya kegersangan.

Tapi sbnrnya, novel ni banyak menyimpang jauh pula. Tidak menumpukan kepada watak dan penceritaan Hero dan Heroinnya, sebaliknya lebih kepada watak sampingan iaitu Syarifah Ernida dan Syed Bakhary. Saya lebih rasa terkesan dengan watak Syarifah Ernida yang kekurangan kasih sayang tu lebih dari watak Lina yang tidak berkembang dengan baik. Saya kecewa disini.

Thrillernya ok, saya suka dengan rasa cemas ketika membaca novel ini, tetapi akibat terlalu byk misteri yang macam tak terungkai (seperti siapakah yang merogol dan mempergunakan Lina) membuatkan saya rasa pelik2 pula. Ending cerita ini mengisahkan orang yang selama ini merogol lina adalah seorang yang rapat dan dikenali (tetapi hanya dikenali pada akhir2 cerita) dan semacam tak logik pula apabila orang yang merogol Lina itu berkait rapat dengan Firqan, Ernida, Bakhary, keluarga Lina secara tetiba.

He2. Kalau logik biasa3, Lina tu duk kat Sabah, camne la perogol Lina tu pulak leh duduk sabah dan pada masa yang sama dia di Semenanjung dengan tiba3 menguruskan segala harta benda dan business si Bakhary (sorry spoiler disini). Lagipun perogol Lina tu macam tiada kaitan dengan Firqan pun (mungkin sebab watak Firqan dan Lina tidak dikembangkan dengan baik).

Atau mungkin sebab dia berdendam dengan Firqan kerana Ernida pernah menjadi tunangan Firqan sedari kecil? Entah la. Tiada penerangan dibuat. Sbb hukum logik cam tak logik sebab perogol Lina tu macam tidak tally dengan umur Firqan yang sedang menuntut di University (argh, tak masuk akal) dan perogol Lina yang mempunyai watak matang dan bijak menguruskan perniagaan. Argh! Semua ni membuat ragu-ragu di hati saya. Mula2 mati2 saya ingat perogol itu ialah bapanya.

Saya rasa, sudut Cinta Penulis di belakang buku ini bertepatan dengan jalan cerita ini :

Watak Laura pun tidak berkembang dengan baik. Hanging sahaja.

Anyway, buku ni berbaloi membacanya, saya suka :)

2 comments:

dija said...

sy ade bace sinopsis cerita ni....teringin nak beli sbb ia menyentuh tentg syed n syarifah..bukan sbb sinopsis nye menarik..hehehe..(sy sendiri syarifah n sy x suka bile ade novel yg mengaitkan tentg perkare ni,sbb boleh menimbulkan salah faham)..tp bile dah dengar komen saudari.sy rase x berbaloi pula nak menghabiskan mase dgn mmbace novel yg tidak dihuraikan dgn baik..terima kasih dgn info tersebut...saudari tahu x ape2 novel yg seronok n best??rekemen la kn sy..:P

liya71 said...

wah... awak boleh hurai dengan gambarajah sekali tu.. salute!!