Monday, November 30, 2009

Salju Sakinah - Zaid Akhtar

Tajuk : Salju Sakinah
Penulis : Zaid Akhtar
Tahun : 2008
M/S : 576 ms
Harga : RM26.00
Kategori : Novel Islami, Cinta
Rating Aku : **** (4 Bintang)

Sinopsis :
Salju Sakinah sebuah novel yang masih membumbukan secebis kisah cinta namun tetap mesra dan tepu dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik dan sosial yang digauli wataknya. Novel Islami ini menyorot ketabahan watak Sumayyah, siswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya.

KISAH cinta memang enak dibaca. Namun tidak banyak kisah cinta yang dinovelkan menyuguh batas-batas cinta menurut Islam apalagi menyuntik wacana pemikiran yang seharusnya menjadi bekal sekaligus memperkaya jiwa pembaca. Lantas Salju Sakinah cuba menawarkan apa yang jarang-jarang ditawarkan selama ini.

Salju Sakinah sebuah novel yang masih membumbukan secebis kisah cinta namun tetap mesra dan tepu dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik dan sosial yang digauli wataknya. Novel Islami ini menyorot ketabahan watak Sumayyah, siswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya.

Meskipun Salju Sakinah menjadikan wanita sebagai watak utama dan mengambil dua latar tempat yang jauh berbeza iaitu Jordan dan Malaysia, novel ini dengan sengaja mengetengahkan suasana kehidupan pelajar Malaysia di Timur Tengah selain konflik sosial seperti hasad dengki, fitnah-memfitnah serta kepercayaan khurafat dan ilmu sesat yang menjadi penyakit sebahagian masyarakat.

Berbeza dengan novel-novel Zaid Akhtar sebelumnya seperti Sesegar Nailofar dan Rona Bosphorus yang padat dan bertempo pantas, Salju Sakinah yang mendapat banyak feedback pembaca ketika disiarkan dahulu dirasakan lebih tenang, damai dan agak membuai – sesuai dengan judulnya yang bermaksud salju yang mendamaikan.

Komen Aku :

Banyak perkara bleh kita amik iktibar dan penghayatan dari cerita ni. Pelbagai cara kehidupan menurut ajaran islam bleh kita pelajari. Ajal, Maut, Jodoh, Pertemuan tu adalah ketentuan ALLAH yang maha kuasa. Pelbagai kisah yang terjadi dalam masyarakat kita seperti ajaran sesat, mengumpat, memfitnah sentiasa berlaku. Antara kita sedar atau tidak tu la hakikatnya.
Dalam buku ni juga aku dapat belajar bahasa arab. Tade la byk perkataan yang di gunakan tapi di belakang buku tu dibuat seperti kamus. Ada terjemahanya.

Cthnya :-
as-suqut 'alamatur redha = diam tandanya redha

cerita salju sakinah ni menceritakan tentang perjalanan hidup pelajar Malaysia yang berada di Jordan. Meneruskan pengajian mereka di Universiti Yarmouk. Bagaimana mereka cuba untuk 'survive' berada di negara orang... jauh di perantauan kerana ingin menimba ilmu dan mendapat segulung ijazah. terdapat juga adap2 yang mereka terpaksa tempuhi seperti tidak kuar dimalam hari berseorangan, tidak menggunakan perkhidmatan teksi di malam hari dan juga liqa' (iaitu pertemuan empat mata antara lelaki dan perempuan untuk merisik. Ia juga dihadiri oleh sepasang suami isteri yang bertanggungjwb menguruskan pertemuan ini dan menghindari berlakunya khalwat).

Sumayyah, seorang pelajar Malaysia yang menyambung pelajarannya di Jordan, sentiasa aktif dalam persatuan dalam membela kaum hawa. Beliau juga terlibat sebagai ahli panel bagi forum yang di anjurkan oleh persatuan (PERMAYA) disana.

Setelah pulang dari Jordan, beliau telah dikhabarkan dgn berita yg mengejutkan. Bapanya telah pulang ke rahmatullah. Beliau terpaksa mengambil alih dan meneruskan syarikat bapanya iaitu Desa Wali Sdn Bhd. Dengan bantuan pekerja yg dipercayai arwah bapanya, Muazam, syarikat tu berkembang maju. Walaupun terdapat beberapa insiden yang berlaku... dgn izin Allah, segala kesukaran dapat mereka atasi.

Kaklong dan Kakngah mempunyai cerita yang mempunyai kaitan dgnnya. Dalam sibuk beliau menjadi penceramah... kaklong nya terlibat dalam ajaran sesat. Bersama suaminya dia sudah jauh tersasar dari landasan agama islam. Sebagai adik, beliau berusaha dan berdoa supaya kaklong kembali sedar. Kakngah pula terpaksa menghadapi dugaan apabila tunangnya terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Pelbagai dugaan yang terima oleh beliau dan keluarga termasuk fitnah yang dilemparkan keatas dirinya sendiri.

Jodoh pertemuan itu adalah urusan ALLAH. jika DIA telah mentakdirkan bahawa jodoh kita dgn orang itu... maka ianya akan berlaku. Itulah yang terjadi dgn Sumayyah. Setelah beberapa kali bertemu dgn Naufal. di Jordan dahulu.. walaupun telah pulang ke Malaysia, beliau telah menerima kejutan untuk kembali ke Jordan bagi mengulang subjek yg terkandas. Di sini lah titik bermulanya dimana Naufal melamarnya dalam liqa'. Mereka selamat di ijabkabulkan dan menjadi suami isteri.

0 comments: