Thursday, December 17, 2009

Kembara Amira - Amer Hmzah L. Kadir

Tajuk : Kembara Amira
Penulis : Amer Hmzah L. Kadir
Harga : 19.90
Terbitan : Utusan Publication & Distribution
Bintang : * * * * (4 bintang)
Jenis : Pengembaraan, Advanture, Remaja

Sinopsis Belakang Kulit Buku :

Pencarian emas oleh John O'Hara dan penerokaan khazanah sejarah di Desa Karpus bagaikan sebuah pementasan yang menemukan leluhur Tau. Pencarian yang mengheret Malique mengidentifikasi sejarah diri. Sejarah yang terlipat kemas dalam kalangan masyarakat rimba.

Di tapak yang sama, Amira menghabiskan cuti persekolahan, menyertai ibunya Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak kewujudan tamaddun manusia. Pertemuan Malique dan Amira merungkai konflik keluarga, sejarah tragis keluarga Tau.

Novel ini memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005.

Komen Aku ?

Buku ni sangat-sangat sesuai dibaca oleh remaja (mmg kategori remaja pun). Oleh kerana cari-cari di halaman Pakcik Google, tade plak cover buku ni yang proper (kalau ada pun, aku tatau canner na copy kat page php dia), lalu aku pun scan aje la. So gambar diatas, real la dari scanner aku yea. Nape ar buku ni tade byk info kat pakcik google ek? Padahal pemenang anugeran tu, tajaan exxonMobil lagi. Syarikat Oil & Gas nuh. Fuh. Tapaham gue.

Jalan cerita nya dimulakan dengan plot simple dan mudah dipahami tapi penuh dengan teka teki. Siapa si anu, siapa si polan. Tapi bila dah membaca setengah dari buku ini, pembaca boleh fill in the blank la, keatas segala teka teki yg muncul di awal cerita. Simple la, tade la pening3 palotak.

Yang best buku ni, byk info-info pasal arkeologi, hutan, emas. Mmg besh la, sebab bagi aku benda-benda ni tak byk yang aku tahu especially pasal arkeologi dan hutan3 neh. Tapi, penerangan yang di buat oleh Amer Hmzah tak terlalu menyeluruh macam :

ms2
Kini dia berpaling ke arah tingkap, cuba mengingatkan kembali buruj yang telah tersusun di dada langit. Menurut ahli astronomo, terdapat lapan puluh lapan buruj yang setiap satunya mempunyai nama dan bentuk tersendiri. Di hemisfera selatan, terdapat buruj yang paling terkenal dan dapat di lihat tanpa menggunakan teleskop. Buruj Krunx atau Bintang Pari berbentuk palang dan paksi yang paling panjang dan sentiasa menunjuk ke arah selatan. Berdasarkan perkiraan ringkasnya, keretapi sedang menuju 45 darjah ke utara dan bermakna sekarang kereta api sedang bergerak ke arah timur.
So, dia Amer Hmzah tak menceritakan lebih sedikit sebanyak pasal buruj2 tersebut. Aku berminat juga nak tau sedikit sebanyak. Tak apalah, kerana ianya tak lah mendatangkan kesan apa-apa pun keatas keseluruhan cerita, cuma kalau bagus Amer Hmzah dpt masukkan sedikit lag info pasal tu.

Korank takkan jumpa apa-apa cerita pun pasal cinta. Amer Hmzah tak menerapkan apa-apa pun cerita pasal cinta antara watak-watak dlm buku ni (antara Amira, Jacinta, Itai dan Malique). Mungkin sebab tak nak remaja-remaja terlalu terpengaruh dengan cinta agaknya?

Ok, cerita dia berkisar pasal orang asli, ahli arkeologi, dan pencari emas dan 4 orang remaja yang bersemangat luar biasa yang masing-masing mempunyai identiti, masalah dan perwatakan yang agak tersendiri dan unik. Masing masing cuba menyelesaikan kemelut kekeluargaan yang ada.

Persoalan Yang Timbul dlm benak aku :
Cuma masalah yang timbul dalam kepala otak aku ialah macam mana seorang yang telah terselamat dari kemalangan kapalterbang dan dari sejak bayi di bela oleh kaum orang asli, membesar dalam keadaan tertekan kerana bayi tersebut berketurunan org putih. Persoalan yang timbul ialah bayi itu membesar sebagai seorang yang berbeza dan seolah-olah 'TAHU' dia (sebagai omputeh) berhak hidup dalam keadaan yang berbeza dan lebih baik? Jadi org puteh tersebut membesar sehingga remaja dan berkahwin dengan org asli di situ mempunyai 'pemikiran' yang agak berbeza dan tak dpt menerima kehidupan orang asli sedangkan sedari kecil dye dibela oleh org asli (dah sah-sah lah dye mengikut cara org3 asli). Macam tak logik je hahhahah. Lain la kalau dia dibela masa dia umur 17 tahun, memang la boleh berfikiran begitu. Dia sanggup keluar lari dari kelompok org asli semasa dia baru melahirkan bayi kedua dan hanya membawa seorang sahaja anak nya. Aku tak fikir seorang ibu sanggup buat cam tu.

Persoalan Yang Tak Terungkai :
Persoalan kedua yang timbul ialah tentang keagamaan (walau tidak dinyatakan secara lebih terperinci dalam novel ni). Bagaimana dia (org putih tu) menamakan anak dia Malique ~ sedangkan secara am nya kita tau orang asli kebanyakkan bukan Islam. Dan kalau nak cakap mereka islam pun, nama-nama mereka bukan seperti keislaman, spt Itai dan Tau. Bab2 ni la yang aku nampak tak seberapa logik dalam noveL neh.

Persoalan Kejantinaan :
Selain dari emak Malique (Jennifer) lari meninggalkan anak nya yang kedua, yang menunjukkan perasaan ketidakibuan, aku juga agak terasa soal kejantinaan spt dlm:

ms268
O'hara bersuara bagai tidak senang dengan kata-kata Jennifer. Kini dia tahu, perkara itulah yang sering dibincangkan oleh Malique setiap kali dia berhubung dengan emaknya. Dia menyedut asap tembakau yang harum dalam-dalam bagai puas dgn kata-katanya.
~ bagi aku, tak patut dia cakap bau 'harum' sbb aku rasa bau tembakau sgt busuk! Huhuw.

Persoalan Yang Tidak Berkesudahan :
Novel ni meninggalkan beberapa persoalan misteri yang mungkin membuatkan pembaca tidak berpuas hati, contohnya tentang misteri mengapa Jennifer lari meninggalkan keluarga dan suami serta anaknya dan mengapa dia membenci anak sulungnya sendiri, tidak terjawab dan menjadikan cerita ni agak tergantung.

Lain-lain :
Lain-lain dalam novel no, aku puas hati aje. Anyway, aku ada jumpa typo error dalam novel ni :

ms182
"Dula emak kau yang tercedera, ayah aku yang merawatnya" ...
Hahahha ~ ta sepatutnya ada typo error especially ngan novel yang memenangi anugerah.. kwang3.

Berbaloi la baca buku ni, sebab tade bab-bab yang boring yang pembaca rasa cam nak langkah-langkah atau malas-malas nak baca, sekali baca, terasa ingin tahu kesudahan berikutnya. Kita sendiri boleh terasa thrill ketika memanjat gunung dan feel dalam hutan dan ditepi air terjun. JOM NOVEL!!


7 comments:

AmerHmzah said...

Sdri Elyza:
Bacalah pula Kala Yuda yang bakal diterbitkan sekitar Februari.

eLyZa said...

Insyaallah, mmg na beli tu cegu~ thanks :)

日月神教-任我行 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nur said...

kalau na taw.. mulai thun dpan, buku ni djdikan novel kajian bagi semua pljar tgktn 5!! bez btol!! sy ckup btuah cuz da prnah bce bku ni time form 2 dlu... rse bsmgat pulak na blajar komsas thun dpn!! hehe

NUR AINA'A ZULKIFLI said...

bukan ke Jenifer keluar dari hutan sebab Jonny paksa ker??
novel nie ramai orag kata bosan.pelik betul.bahagian mana la yang bosan tu.

Anonymous said...

mana boleh dapat sinopsis bab per ba novel kembara amira???

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.