Penulis : Ramlee Awang Murshid
Tahun :
M/S : 490 ms
Harga : RM19.90
Kategori : Thriller, Saikopet, Cinta, Jenayah
Rating Aku : ****
Sinopsis : MIKHAIL
MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.
Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.
RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!
Tinta Penulis :
Novel ini lebih bersifat global. Namun, tumpuan lokasi adalah di Malaysia. Selain itu, antara lokasi dalam novel ini merupakan negara-negara yang pernah di lawati seperti New Zealand, Jordan, Mesir dan China. Lebih memeranjatkan, Ramlee meletakkan negara Israel sebagai antara lokasi dalam novel kali ini. Malah, mengaitkan jalinan cerita dengan wang 1USD Amerika Syarikat.
"Mikhail... bukan sekadar sebuah nama." Itu ulasan pertama Ramlee ketika wartawan Alaf21 menemubualnya berkenaan novel mutakhir ini. "Cerita ini adalah satu agenda tetapi saya jalinkan plotnya dalam pelbagai rangkaian yang melibatkan prinsip serta emosi. Bukan setakat saspens semata-mata. Ia lebih daripada itu. Pemusnah kejahatan adalah... cinta." lanjut Ramlee lagi.
Karya Ramlee kali ini turut diselitkan unsur agama biarpun tidak terlalu menyerlah.
"Agama itu asas bagi setiap manusia. Sesiapa yang tidak berpegang pada asas, maka manusia itu akan rugi. Mungkin akan ada orang mengatakan... novel-novel saya berkonsepkan kebaikan dan kebatilan. Terus terang saya tidak akan membuai minda pembaca dengan konsep cinta semata-mata biarpun karya-karya saya tidak terlepas daripada cinta.
Mikhail... sesuatu yang berbeza berbanding dengan trilogi Bagaikan Puteri. Penampilan heronya adalah bertentangan dengan watak-watak baik. Mikhail adalah kejahatan yang merebak seumpama virus. Kala bertindak, kematian adalah noktah," jelas Ramlee.
Komen Aku :
Seperti biasa buku RAM ni berbentuk thriller. Kali ini mikhail judul buku yang aku baca ni mengisahkan seorang lelaki yang telah di asuh dari kecik untuk menjadi pembunuh upahan. Mempunyai satu pertubuhan yang mempunyai ramai ahli diseluruh pelusuk dunia. Cakap kat mana semua ada geng dia. Pertubuhan ni licik dalam pergerakan dia. Sentiasa diupah oleh orang tertentu yang mempunyai niat atau hasad dengki pada orang lain.
Mikhail ni... kira cekap yang amat walaupun ada skit perangai pelik dia slalu ilang ingatan (xbleh tgk cahaya direct). Dari kecik dia kena saiko n otak dah kena cuci. Konon keluarga dia dah kena bunuh dgn orang2 yang dengki dgn keluarganya. Tapi dgn ajaran dia telah menjadi pembunuh upahan paling cekap. Sekali tembak sahaja bleh mengenai sasaran. Tiada yang terlepas jika dia mahukan orang itu MATI!.
Tetapi manusia tetap manusia... cinta penghancur segalanya. Kerana cinta.... hati yang keras lembut akhirnya. Raihana yang mempunyai perwatakan seorang gadis melayu yang cantik dan berkarisma. Bekerja dengan ayahnya dalam membangunkan syarikat telah berjaya menawan hati seorang Mikhail. Namun begitu, pertubuhan ini sentiasa mempunyai 'backup plan' bagi menjayakan rancangan mereka. Mereka bukan menghantar seorang tapi dua untuk memastikan rancangan mereka membunuh sentiasa berjaya. Dua2 akan mati... pembunuh upahan pun jadi mangsa jika gagal. Tade yang selamat la. Kira2 kalau pertubuhan ni nak korang mati... korang mesti mati la. Sampai polis pun tak dapat nak cari bukti melainkan satu bentuk simbol iaitu not 1USD yang sentiasa di letakkan selepas pekerjaan mereka selesai.
0 comments:
Post a Comment