Saturday, May 10, 2008

Demon Diary Vol 1 - Kara

Tajuk Manga : Demon Diary Vol 1
Tahun : 2004
Pelukis : Kara
Genre : Romantik Lawak
Harga : RM6.90
Kat Mana leh beli ? : MPH, Kinokuniya

Aku layan je la komik ni. Memang best sangat2. Sesuai la ngan jiwa aku. First time aje baca, dah jatuh cinta dengan lukisan-lukisan katunnya yang menawan. Semua karekter dalam manga ni comel-comel je. Rasa cam nak makan.. hua3.

Siri 1 aje dah memang menarik sangat. Cite pasal sorang Streetboy bernama Raenef (aku mula-mula ingat si Raenef ni perempuan sebab lukisan dia mmg sebijik cam perempuan!) yang dibawak pulang oleh pengasuh Raja Syaitan untuk mengasuh dia menjadi Raja Syaitan teragung setelah Raja Syaitan ke IV mati dibunuh didalam peperangan antara syaitan-syaitan dan pendita-pendita. Kiranya Raenef ni disebut-sebut sebagai pewaris Raja Syaitan ke IV. Jom tengok karekter-karekter yang ada dlm buku ni, layan aje :


Sumber : Demom.Mirenee.Com

Karekter :
Raenef (Raja Syaitan V)
Sebutan :
라이네프[rye-neph]. Raenef, also spelled Rainef in French



Alaahai dia ni macam perempuan aje. Tapi jangan tertipu, sbnrnya dia ialah lelaki. Cute aje. Dia ni streetboy tetapi adalah waris Raja Syaitan yang telah mati iaitu Raja Syaitan Raenef V. Raenef ni dulu kerjanya ialah mencuri. Dia ni la hero cite ni. Watak dia cute sangat, kelakar-kelakar, clumpsy, makan gelojoh, pelupa, pemalas tapi sangat-sangat baik hati.

Karekter :
Eclipse (Hamba Raja Syaitan)
Sebutan :
이클립트[EE-clypt]. Translated into Eclipse.

Eclipse Demon Diary

Dia ni pengasuh Raja Syaitan V yang dulunya berkhidmat dengan Raja Syaitan Raenef IV (khadam la ni). Eclipse seorang yang sangat kejam, serious tetapi jugak sebenarnya baik hati dan sikap setia nya kepada Raenef sangat tinggi. Dia sanggup bekorban apa sahaja walaupun nyawanya demi Raenef. Berambut hitam dan tidak pernah tersenyum. Eclipse seorang hamba Raja Syaitan yang sangat dihormati dan di geruni kerana kekejamannya.

Erutis - Swordmaster
Sebutan :
에르티스[ERR-tiss]. Erutis
strong, boyish, tough, brave, pretty


Eclipse Demon Diary

Erutis ni pandai bermain pedang. Datang ke istana Raja Syaitan kali pertama untuk membunuh Raja Syaitan ~ tetapi telah ditewaskan oleh Raenef dengan panah gelap dan menjadi tawanan Raenef. Lama kelamaan, dia menjadi kawan Raenef n the gang dan mengasah bakat pedangnya.

Name: 키리스[KY-riss]. Translated into Chris.
cute, funny, optimistic, adorable, confident

Eclipse Demon Diary

Dia ni perangai dia gelojoh. Kalau Raenef ialah Pewaris Raja Syaitan V, Chris ni dia Pewaris Pendeta Rased. Mereka ni sbnrnya ditakdirkan bermusuhan diantara satu sama lain. Asalnya, dia belajar di Kuil Rased dan dibesarkan dengan penuh tatacara menjadi pendeta tersohor. Tapi akibat perangai dia yg bodoh sombong, telebey kompiden, penjaga Chris ni dengan sengaja menghantar Chris duk dan tinggal bersama Raenef.

Sambung Lagi Sinopsis

Dalam Vol 1 ni, Raenef baru je sampai ke Istana Raja Syaitan dan dilatih untuk menjadi Raja Syaitan
Raenef V. Raenef ni bersikap kebudak-budakan dan suka main-main. Ini amat bertentangan dengan sikap yang patut ditonjolkan oleh seorang Raja Syaitan yang sepatutnya menjadi seorang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Raenef terpaksa menghafal beberapa mentera dan mempelajari beberapa teknik melawan musuh. Eclipse mengajar Raenef dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Biarpun Eclipse merasakan yang dia telah tersalah pilih Raenef untuk dijadikan Raja Syaitan V.

Ketika perjumpaan Raja-Raja Syaitan peringkat atasan,
Raenef dan Eclipse telah di hina dan diperli teruk kerana Raenef V yang bersikap kebudak-budakan dan tidak lah sehebat Raenef IV. Bolehkah Raenef V dan Eclipse mengharungi hari-hari mendatang?

>>Read Online For Free Here<<

0 comments: