Sunday, May 11, 2008

Demon Diary, Vol 2

Tajuk Manga : Demon Diary Vol 2
Tahun : 2004
Pelukis : Kara
Genre : Romantik Lawak
Harga : RM6.90
Kat Mana leh beli ? : MPH, Kinokuniya.

Kulit buku yang kat Malaysia punya, bukan yang macam dalam gambar ni. Tapi aku malas nak scan la. Amik aje kat web Megafox. Gambar kulit depan kat Malaysia ialah gambar comeL Raenef dengan dragon comel yang kecik (yang cam kat mukasurat 2 dia). Nanti la aku ada masa, aku scan dan upload kat sini (malasnye, hik3).



Jom baca sinopsis belakang :
Menjadi Raja Syaitan bukan sesuatu yang mudah. Untuk berbuat sesuka hati juga memerlukan peraturan. Perkenalan dengan pemburu syaitan bukanlah sesuatu yang diharapkan. Apatah lagi dengan pendeta, musuh utama. Berlarilah Raenef untuk membuktikan keupayaannya, dan berusahalah Eclipse mencari semula setelah sekian lama mencuba, bertemulah mereka berdua mengingatkan kembali detik pertemuan pertama.

Macam entah apa-apakan, dia punya sinopsis belakang kulit buku? Hik3. Layan je. Maklumlah, buku terjemahan. Vol 2 ni mengisahkan Raenef yang masih didalam pelajarannya untuk menjadi Raja Syaitan. Pas tu dia selalu pulak diganggu oleh Erutis yang tak abis-abis membuli Raenef (dan kadang2 Raenef buli dia gak), tapi sebenarnya mereka juga tak pernah percaya dengan si Raenef ni ialah seorang pewaris Raja Syaitan sebab dia nampak macam poyo sangat.


Raenef.. hari demi hari macam lemah aje nak belajar cara-cara menjadi Raja Syaitan yang tersohor. Apa yang dia belajar dari Eclipse, semua macam salah aje. Dia hampir putus asa dan berfikir untuk lari dari Istana Raja Syaitan. Entah setan mana yang merasuk kepala Raenef, dia pun lari membawa diri ke Selatan tanah air. Ini telah merunsingkan Eclipse yang kemudiannya terpaksa menjejaki Raenef.

Setelah mendapat bantuan dari
Meruhesae
iaitu tukang tilik diraja, Eclipse akhirnya bertemu semula dengan Raenef yang akhirnya membawa kepada ingatan kisah silam mereka bertemu suatu ketika duLu.

Dalam masa yang sama - Christ, seorang budak dari Kuil Rased - telah mencuba ilmun memanggil Syaitannya dan secara tidak sengaja, telah memanggil Raja Syaitan Raenef. Dalam usaha mencederakan Raened, Eclipse sampai dan cuba menyelamatkan keadaan.

Perkembangan watak Eclipse sangat baik. Perasaan sayang dan perhambaan terhadap tuan barunya jelas terpamer.

Memang besh yang Vol 2 ni!

Karekter : Meruhesae

Meruhesae ni dia ialah tukang tilik diraja. Sangat cantik dan ada hati dengan Eclipse, tapi Eclipse tak pernah suka dia. Walaubagaimanapun, Meruhesae banyak membantu Eclipse. Eclipse ni takut sebenarnya kat dia.. sebab dia sangat menggoda.. he3.


Meruhesae

>>Read Online For Free Here<<

0 comments: