Penulis : Ain Maisarah
Harga : 19.90
Muka Surat : 288 m/s
Penerbit : PTS One
Tahun : 08 / 2007
Rating Pengulas : *** (menghiburkan)
Kategori : Motivasi / Remaja
Cerita Penulis Buku Aku Mau Saiz S, ain Maisarah boleh rujuk sini. Korang boleh beli buku ni boleh kat MPH, POPULAR, Kinokuniya atau kat ebay Malaysia, tak nak beli online kat Penulis dia terus pun boleh. Actually, aku beli buku ni kat Popular. Dah lama dah tengok buku ni kat MPH hari tu, tapi tak tergerak nak beli. Then, masa gi Popular kat Jaya Jusco last week, terus beli aje.. tak mo tangguh dah.
SINOPSIS
Mengisahkan pergaduhan yang tercetus antara pelajar yang menggelar diri mereka The Size ‘S’ dengan tiga orang pelajar gemuk dari Kelab Size XL.
Edrina, Umi dan Widya adalah pelajar yang cemerlang tetapi bentuk badan yang gemuk membuatkan mereka rendah diri. Apatah lagi, mereka diejek.
Pergaduhan ini sampai ke pengetahuan pengetua sekolah mereka lalu satu hukuman dilaksanakan. The Size ‘S’ terpaksa bertindak sebagai mentor bagi membantu Kelab Size XL menurunkan berat badan. Akhirnya, mereka berbaik dan menubuhkan The Normal Size.
Secara keseluruhan, buku ni memang menghiburkan. Yeap, for sure buku ni untuk remaja, tapi apa salahnya sekali sekala org2 dewasa baca ~ asik terkongkong dengan cerita2 dewasa aje kan?
Aku tak henti-henti ketawa ketika membaca buku ni. Memang unsur-unsur kelaka lawak santai secara selamba diterapkan oleh Ain Maisarah. Betul-betul terhibur. Buku ni memang sesuai dijadikan bahan bacaan ringan dan tidak memenatkan otak untuk menjana perjalanan cerita ni. Cuma mungkin kita tertanya-tanya, cammana caranya menguruskan badan dalam masa 3 bulan.
Banyak info tentang penyakit2 obesiti dimuatkan, contohnya Bulimia, Aneroxia dan sebagainya.
Indirectly, pembaca yang membaca buku Aku Mahu Saiz S ni .. akan termotivasi jugak untuk menjaga kesihatan dan pemakanan serta alert terhadap obesiti. So? Dapatkan novel ni sekarang!!
Antara Di Dalam Buku :
Teaser 1
Aku tak henti-henti ketawa ketika membaca buku ni. Memang unsur-unsur kelaka lawak santai secara selamba diterapkan oleh Ain Maisarah. Betul-betul terhibur. Buku ni memang sesuai dijadikan bahan bacaan ringan dan tidak memenatkan otak untuk menjana perjalanan cerita ni. Cuma mungkin kita tertanya-tanya, cammana caranya menguruskan badan dalam masa 3 bulan.
Banyak info tentang penyakit2 obesiti dimuatkan, contohnya Bulimia, Aneroxia dan sebagainya.
Indirectly, pembaca yang membaca buku Aku Mahu Saiz S ni .. akan termotivasi jugak untuk menjaga kesihatan dan pemakanan serta alert terhadap obesiti. So? Dapatkan novel ni sekarang!!
Antara Di Dalam Buku :
Teaser 1
~Edrina merenung lama ke arah cermin besar di biliknya. Naik juling mata menatap imej yang terbias. Pandangannya 100% tertumpu kepada segenap perincian wajah miliknya.Teaser 2
~Bentuk mata yang sepet ala-ala Puteri Hang Li Po~
~Hidung yang mancung persis Ashwarya Rai~
~Kulit muka yang putih licin tidak berjerawat seumpama kulit Deanna Yusof~
~Rambut lurus yang hitam berkilat. Ada harapan kalahkan Ella Ratu Rock Malaysia!
~Riak wajah juga manis kerana diseri dengan tahi lalat bawah bibir. Betul-betul seperti Siti Nurhaliza!~
Seribu kesyukuran terucap di hati. Teringat akan nasib sepupunya, Fazila yang punya masalah kulit yang maha serius. Muka sepupunya jenis berminyak yang kalau diperah boleh dapat sebotol 1.5 liter minyak masak Sri Murni! Sudahlah begitu, mukanya juga penuh dengan pelbagai jenis baka jerawat! Ada yang jenis bernanah, ada jerawat pasir dan sebulan sekali jerawat batu akan memunculkan diri.
Puaslah sepupunya mencuba hampir kesemua jenis produk penjagaan muka yang wujud di Watson, Guardian mahupun PharmaCare. Namun jerawat-jerawat yang tumbuh seperti tidak pernah mahu pupus. Malah kumpulan jerawat itu kelihatan semakin sihat dan membiak dengan banyaknya membentuk koloni tersendiri! Menakutkan sungguh!
Lama Edrina membelek wajah kurniaan Ilahi. Beberapa saat kemudian, anak matanya mula mencerun ke bawah. Meneliti satu persatu kondisi tubuhnya pula.
Dua kaki miliknya itu sekali pandang macam dua batang kayu balak di hutan simpan Pahang!
Bahagian pinggangnya…. Eh! Dia tak ada pinggang langsung! Tak ada bentuk badan! Bukan ramping seperti kerengga tetapi straight cut seperti kotak!
Edrina merenung sayu pula kepada bahagian perutnya. Bahagian badan yang menghadapi masalah paling kronik. Perut anak daranya itu seolah-olah kembung mengandung 4 bulan! Boyot dan lembik berlemak!
Kenapa tubuhnya begini? Kenapa dia bersaiz XL? Kenapa bukan S? Kenapa? Kenapa? KENAPA???
Satu keluhan berat dilepaskan. Cermin itu tidak pandai menipu. Cermin itu menunjukkan realiti sebenar susuk tubuhnya. Itulah rupa sebenar dirinya. Edrina seringkali mempertikaikan. Kenapa takdir tidak menentukan badannya sekurus Paris Hilton? Kenapa dia tidak memiliki tubuh selangsing Erra Fazira?
Argh!! Edrina terasa mahu menjerit sekuat hati bila sahaja memandang ke arah cermin tersebut. Cermin yang menunjukkan tubuh berlemaknya. Tubuh gemuknya!
Lambat-lambat Edrina melangkah menjauhi cermin besar itu. Badannya dihempas kuat ke atas katil. Mujur juga katil kayu berwarna merah jambu yang dibeli di IKEA itu kukuh untuk menampung berat sebanyak 81.3kg. Matanya merenung siling. Mata yang sama juga mula mengeluarkan titisan demi titisan air mata kekecewaan…..~
From: mrlobaklobak@yahoo.comSelamat membaca !!
To: puteri_16@yahoo.com
Suject: Gambar
Assalamualaikum puteriku!
How are you today?
Saya terlebih sihat…berkat makan lobak yang banyak!
Diam tak diam dah setahun kita kenal sebagai kawan di internet kan? Saya seronok dapat kawan dengan awak, Puteri!
Bila kawan dengan awak, awak bukan macam kawan-kawan perempuan saya yang lain. 24 jam asyik control cun! Menyampah!
Awak selalu berkongsi kisah sebenar hidup awak.
Awak tak hipokrit.
Awak tak emosi (macam perempuan-perempuan lain yang tiba-tiba kena angin kus-kus)
Awak juga sangat-sangat mengambil berat.
Pendek kata….awak memang da bomb!
Saya teringin sangat nak berkenalan dengan lebih dekat dengan awak. Setahun asyik tukar-tukar email, rupa masinh-masing pun tak pernah kenal. Apakata sempena ulangtahun perkenalan kita yang pertama ni, kita tukar-tukar gambar?
Kerana saya yang mencadangkan…saya juga akan mulakan dulu. In this email, I enclosed with it my very own picture. Saya tak hensem, kacak pun tidak. Cuma manis tu adalah!
I can’t wait to see your picture in the next email! Jumpa lagi lain kali puteriku! Till then, you take care!
Regards,
~mr.lobaklobak~
*************************************************************************************
Ketika membaca email kali ini, bunga-bunga keriangan pada hatinya lenyap serta-merta! Sekelip mata dadanya berdebar kencang.
Nak tukar-tukar gambar???
Ketika itu dia sudah terasa sesak nafas. Dia terasa nak pengsan. Dia terasa nak mati!!
0 comments:
Post a Comment