Tajuk : Setulus Cinta
Penulis : Norhayati Berahim
Harga : RM20.90
Muka Surat : 494 m.s
Penerbit :NB Kara Sdn Bhd
Tahun : 2002
Rating Aku : * * * (kiash biasa)
Sinopsis Belakang Kulit Buku :
Dia tidak pernah menyangka, kasihnya yang jujur dan luhur, akan terpedaya pada satu ketika. Dia sendiri tidak pernah terlintas, suami sendiri akan mati dengan ciptaan sendiri.
Siti Hajar, hatinya terlalu jujur. Tidak pernah prasangka, tidak pernah rasa curiga. Dia tahu Ahmad Aduka, suami yang dikasihi sudah pergi ke pangkuan ilahi. Dia menerima dengan hati terbuka, walau derita dan merana membengkam di dalam dada.
Namun, kebenaran terserlah, hati wanitanya yang cekal dan pasrah, kini tergugah, Dia sudah hilang arah, sudah hilang segala rasa tabah. Dan dalam saat begini, seorang lelaki menghukurkan tangan… memberi seribu senyuman…
Komen Aku
Kisah ni diselang seli oleh kisah percintaan anak muda dan juga orang tua. Siti Hajar seorang ‘balu’ yang kematian suami nya (tanpa menjumpai mayat suaminya) dan mempunyai 3 orang anak – Raudah, Rahiman dan Rasul.
Akhbar – kawan baik kepada Rasul cuba sedaya upaya memikat Raudah (Interior Designer) yang bersifat keras hati. Pelbagai peristiwa yang mencuit hati, suka dan duka berlaku ketika mereka saling memenangi hati masing-masing, lantaran sikap Raudah yang degil.
Manakala, ibu Raudah, Siti Hajar pula masih mengharapkan suaminya – Ahmad Aduka masih hidup walaupun dikatakan telah mati akibat kemalangan di US. Alang Baharom, abang kepada Ahmad Aduka – menjadi ‘ayah dan ibu’ kepada anak-anak siti hajar yang menjaga kebajikan mereka.
Keadaan berubah, apabila suatu hari Mei Ling timbul dalam hidup mereka. Siapakah Mei Ling? Berjayakah Siti Hajar menemui suaminya semula? Berjayakah Akhbar memenangi hati Raudah? Apakah nasib Alang Baharom yang selama ini ada memendam rasa kepada Siti Hajar? So, beli sendiri la ye.

0 comments:
Post a Comment