Monday, April 21, 2008

Arjuna Hati - Norzailina Nordin

Tajuk : Arjuna Hati
Penulis : Norzailina Nordin
Harga : RM14.00
Muka Surat : 392 m.s
Penerbit :Alaf21
Tahun : 2004
Rating Aku : * * * * (sejarah & pengembaraan)

Sinopsis Aku :

Fasa 1 = Tahun-tahun 1845 - 1904

Shabudin telah ‘tersesat’ masuk ke dalam sebuah kapal pedagang bernama ‘Sea Prince’ yang membawa barang dagangan kemerata dunia ketika melarikan diri dari kekecohan dikawasan pekan kampungnya. Dirinya terbawa sehingga ke England.

Di England, nama Shabudin telah diubah menjadi ‘Dean’ oleh Jim Longthorn (taunnya) dan dia bekerja di ladang kuda di Spalding yang menempatkan kira-kira 40 orang pekerja pelbagai bangsa.

Bermulalah zaman Victoria yang membawa beliau pelbagai cerita suka duka. Beliau menjadi ‘anak emas’ Mr Longthorn dan kelebihan Dean yang sangat pandai dalam urusan perniagaan amat dikagumi oleh Mr Longthorn. Lalu Dean dan anak Mr Thontorn, Isabel dijodohkan walau mendapat tentangan hebat dari isterinya.

Quote:
"...awal musim bunga, ketika padang rumput hijau kelihatan kekuningan oleh hamparan buttercups, dibawah teduhan pokok larch, Isabel menjadi milikku yang sah..."


Hasil perkahwinan Dean dan Isabel dikurniakan 3 orang anak, Allan Longthorn Dean, Annie dan Andie James Dean.. Pelbagai peristiwa perit menyebabkan Dean jatuh kemiskinan. Akibat terlampau kecewa, Dean mengambil keputusan untuk pulang ke Pulau Pinang pada umur 43 tahun.

Sesampai di Penang, dia berjumpa kembali dengan sanak saudara dan dijodohkan dengan Salmah. Hasil dari perkahwinan dengan Salmah, Dean dikurniakan 3 orang anak. Berkat kepakaran dalam perniagaan, Dean menjadi kaya semula.

Akhirnya, Dean meninggal dunia dalam penuh kesengsaraan pada usia 63 thn. Sebelum Dean meninggal dunia, dia sempat mengutuskan surat kepada peguam-peguamnya di England untuk mengetahui tentang harta-hartanya. Dean juga sempat membuat satu Journal kehidupannya dan disimpan didalam sebuah peti besi. Namun sayangnya surat tersebut hanya sampai pada tahun 1904, setelah kematian Dean.

Fasa 2 – Tahun 2003
Kesemua journal dan surat peguam tersebut disimpan didalam petibesi tersebut sehinggalah generasi keempat Dean iaitu Azhari membuka petibesi tersebut dan mengambil inisiatif menjejaki ‘keturunan’ beliau yang hilang.

Dari sinilah, fasa kedua cerita ini bermula dengan pengembaraan Azhari (Harry) menjejaki saudara-maranya di rantau. Ketika Azhari di England, dia telah ditemukan dengan Serena yang banyak membantunya dan membibitkan rasa cinta pada Serena yang akhirnya mewujudkan cinta 3 segi diantara Azhari-Serena-Natrah. Adakah cinta itu bersambut dan akhir ke jinjang pelamin.. dan adakah Azhari mewarisi harta-harta tinggalan moyangnya? Sila la baca sendiri.

Ulasan Aku :
Aku kagum betul ngan buku beharga RM14.00. Sungguh! Walau fakta sejarah banyak didalam nya (dan nyatanya aku bukanlah peminat sejarah), namun tidak ada sekelumit pun rasa bosan menyelinap di seluruh rongga badan aku. Cerita nya padat dan tidak longgar. Tak ada satu ruangpun di buku ini yang dikategorikan sebagai ‘bersantai-santai’. Rasa berdebar, sedih dan gembira menyebabkan aku tak ingin meninggalkan buku ini, walau sekelumit.

Garapan pengembaraan yang digambarkan, menyebabkan kita terasa berada di zaman penceritaannya. Sentuhan Norzailina lebih menyengat dari cara penceritaan Dr. HM Tuah yang byk juga menceritakan tentang England didalam buku-buku ceritanya. Nyata berbeza.

Sesuai sangat kalau nak dibuat koleksi.

0 comments: