Monday, April 21, 2008

Rinduku Di Angin Lalu - Norisah A. Bakar

Tajuk : Rinduku Di Angin Lalu
Penulis : Norisah A. Bakar
Harga : RM24.90
Penerbit: CESB
Muka Surat : 564 m.s
Tahun : 2005
Rating Aku : * * * *

Sinopsis Belakang Kulit Buku :
Aku mencintai… menyayangimu dengan sepenuh hatiku. Namun menerima khabar yang dirimu telah dimiliki, haruskah aku mengganggu kebahagiaanmu lagi? Perlukah aku melampiaskan rasa marah dan dendamku pada sahabat yang telah mengkhianati erti persahabatan sejati? Atau mencari gadis lain yang lebih baik… yang setia dan mampu memberikan aku cinta yang suci.

Yang kini berada di hadapan mata… yang saban waktu dapat kuintai hatinya… yang saban hari mencuri pandangan dan menerbitkan rindu dendam. Kenapa harus menafikan hati sendiri? Kenapa perlu ditolak perasaan sayang yang datang bertandang? Seperti kau, aku kira setiap insan mempunyai hak dan alasan di dalam menentukan pilihan… kerana ‘cinta’ datangnya bukan sesuatu yang boleh dirancang.

Kerana kuasa ‘cinta’ mampu menumbangkan kubu keegoan walau dipancang dengan dalam. Lalu Zahin beralih sayang… dia tidak perlu mengecewakan Raihah, kekasihnya hanya kerana cinta silam yang tidak kesampaian. Dia perlu berpijak di bumi nyata… Marini bukan miliknya lagi. Walau Marini meninggalkannya dengan seribu cerita yang menyedihkan… walau Marini pergi dengan seribu satu alasan. Marini bukan siapa-siapa padanya kini. Marini telah dimiliki lelaki yang bergelar suami.

Lalu perlukah direbut kisah silam yang telah menjadi sejarah? Kerana sejarah hanya untuk dikenang, bukan untuk diulang. Walau sesekali dia begitu rindu untuk menjejak memori cinta yang pernah mereka ciptakan bersama. Dan yang sesekali itu… dia bagai tidak mampu untuk menghindarinya…

Komen Aku
Aku beli buku ni semasa Pra-Cetak yang nyatanya tidak sedikit pun membuatkan aku merasa ‘kerugian’ memilikinya. Karya Norisah A.Bakar (jika tak silap aku Singaporean) amat berkesan dihati. Walaupun ceritanya tampak biasa, namun gaya penulisannya yang tidak memeningkan kepala dan bersahaja membuatkan aku rasa hendak melekat di buku ini. Wataknya berkembang dan berhubung kait.

Raihah, seorang gadis yang mulus tinggal bersama ibunya Cik Dini dan adik-adik tirinya Aina, Rosli dan Norman. Latar belakang keluarga ada Raihan, amat mengaibkan. Memiliki seorang abang (Hamzah) yang juga turut menyimpan 1001 rahsia yang tidak terungkai.

Di pejabat, Zahin (boss Raihah) akhirnya jatuh cinta padanya. Zahin pula adalah dari golongan kelas atasan yang menyebabkan Raihah rasa dia perlu menjauhkan diri dari Zahin.

Aina, adik tiri Raihah pula mempunyai hubungan dgn Azi, musuh tradisi keluarga Raihah. Akibatnya, keluarga Raihah di cemuh dan dihina lantaran bapanya seorang penagih dadah.

Hubungan Zahin dan Raihah juga ditentang keras oleh seluruh keluarga Zahin ditambah kembali dengan penemuan Zahin kepada bekas kekasih yang telah lama tidak dijumpai. Pelbagai conflict berlaku menyebabkan hati kita tersentuh dan merintih.

Berjayakah Raihah menemui kebahagian yang selama ini diidamkannya??

0 comments: