Monday, April 21, 2008

Seindah Derita - Norhayati Berahim

Tajuk : Seindah Derita
Penulis : Norhayati Berahim
Harga : RM22.90
Penerbit: CESB
Muka Surat : 459 m.s
Tahun : 2002
Rating Aku : * * * (Romantik)

Sinopsis Belakang Kulit Buku :

Sesekali, bukan tidak dikutip cebisan-cebisan silam... malah ada kalanya menjentik-jentik ruang fikir. Sejarah dipermainkan... andainya itu sekadar untuk mematangkan... terima kasih kerana berjaya membentuk Hardina yang hari ini.

Komen Aku

Cerita dalam buku ni sebenarnya adalah sebuah kisah percintaan biasa, dimana Norhayati Berahim mengolahnya membuatkan pembaca terbuai dengan perasaan cinta dan romantic.

Hardina, seorang wanita yang tabah dan bercita-cita tinggi, mempunyai sebuah kedai kek yang diusahakan sendiri. Baginya, cinta terlalu murah untuk dijaja sehinggalah dia cuba dipikat oleh seorang Doktor yang pernah menghancurkan hatinya zaman-zaman cinta monyetnya, mengugat prinsipnya. Berjayakah Dokter tersebut memenangi hatinya?

Aku suka cerita ni. Memang bes. AKu sendiri tenggelam dalam keromantikkan yang ada.. huhuhuuu..

0 comments: