Monday, April 21, 2008

Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim

Tajuk : Atas Nama Kasih
Penulis : Salina Ibrahim
Harga : RM18.90
Penerbit: CESB
Muka Surat : 459 m.s
Tahun : 2005
Rating Aku : * * * (Biasa)


Sinopsis Belakang Kulit Buku :

Nur Kasih ini adalah buah hatiku. Yang selama ini memberiku kekuatan untuk menghadapi hari-hari depan yang lebih gemilang. Memberikanku nyawa - tragedi hitam itu sering-seringnya bertebaran dan bersipongang di setiap penjuru kenangan. Melumpuhkan impian dan cita-cita. Bersama duka dan air mata, Nur Kasih ini adalah waris tunggal yang perlu kupertahankan.

Dan si kecil itu, Suria melampiaskan resah yang meruntun segenap keinginan yang telah sekian lama Suria lupakan. Nur Kasih idamkan kehadiran seorang lelaki bergelar bapa. Lalu diceruk mana harus Suria cari lelaki impian Nur Kasih itu? Lelaki mana yang sudi beristerikan seorang gadis beranak satu sepertinya?

Berkecil hati Nur Kasih, kecil lagi hati seorang Suria bilamana lelaki impian bakal tunangan orang. Lalu Suria membiarkan jodohnya ditentukan Nur Kasih. Kerana Suria percaya... seorang bapa yang baik, adalah suami yang terbaik buat dirinya....


Komen Aku

Mmmm.. aku tak reti komen pasaL buku ni, sebab buku ni bukan my peberet. Kisah seorang gadis duk jaga sorang anak angkat… jadi bermula lah suka duka dia memelihara anak tu dan bertambah tensen bila sesaorang nak menuntut anak tu.

0 comments: