Monday, April 21, 2008

Jendela Hati - Aisya Sofea

Tajuk : Jendela Hati
Penulis : Aisya Sofea
Harga : RM 14.00
Halaman :344
Penerbit : Alaf21
Bintang : * * * 1/2

Sinopsis Dari Alaf21
Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.

Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.

Benarkah 'ganti tikar' yang berlandaskan 'keterpaksaan' bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.

Komen Aku :
Aku betul-betul terkesan baca buku ni. Walau nipis, tapi aku bebetul puas hati baca buku ni. Pendek dan padat. Satu part sehingga aku nangis tersedu-sedu sendirian.

Watak Farah sangat menonjol dan menghidupkan suasana bilamana dia cuba memenangi hati Lukman Hafizi dengan sepenuh hati supaya suaminya itu tidak lagi sedih atas pemergian kembarnya. Aku suka novel ni. Cute sangat.

2 comments:

GaDeeZ`86 said...

a'kum. saye nak sgt beli & bace buku ni lagi sbb dah kehilangan buku yg lama.. bole saye tahu mane bole saye dptkannye?

azmalshoppe said...

bes kan?