Wednesday, April 23, 2008

Rahsia Perindu - Ramlee Awang Murshid

Tajuk Buku : Rahsia Perindu
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Harga : RM 19.90

Halaman : 576
Penerbit : Alaf21
Rating Aku : * * * * * (5 Bintang)
Genre Buku : Thriller-Saiko, Cinta, Jenayah
Nak beli Ke tak? : Amat berbaloi beli, mmg tak rugi

Sinopsis Belakang Kulit Buku :

Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.

Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.

Perjuangan tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah.

RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada `novelis thriller no. 1 Malaysia' ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada `orang lain' sedang memerhatikan anda!


Komen aku :

Best sungguh ceritanya. Aku suke giler ngan cerita-cerita cenggini. Then, kebetulan plak masa aku dah abis baca buku ni, aku menjaga mak aku kat opistal, dalam pukul 2 pagi gitu, ada org gila (wad mak aku bersebelahan dengan wad org gila) terlepas, kemudian masuk dlm kawasan wad mak aku. Perrgh, cam Maria dan Leopard aje lagaknya. Wahahaha.

Kira letih jugak la baca buku ni, takde aksi-aksi yang membuang masa, semua penuh macam fakta-fakta, lagak novel homputeh gamaknya. Takpun mcm cerita-saiko dalam VCD haram yang aku selalu beli. Kira otak aku turut memproses sama jalan ceritanya yang misteri.

Biasa la kalau abang RAM punya cite, misti ada cilok-cilok sket mana-mana filem dokumentari ni + fakta-fakta menarik.

Then, bila aku habis baca cerita ni, aku rasa seram dan rasa seperti aku yg gila sampai aku tanya kat mak aku apa nama aku� then mak aku plak, cakap nama aku yg lain dari nama dalam IC aku.. lagi aku konfius.. aku gila kah?? Sampai aku tertanya, aku hidup dalam reality atau sekadar mimpi.. isk.. aku mebe kena cek otak aku untuk mensohehkannya..

2 comments:

Unknown said...

citer ni complicated gler..

Azzlin_Ismail said...

that's truth . it's complicated but i like it..