Monday, April 21, 2008

Megalomania - Fatinilam Sari Ahmad

Tajuk : Megalomania
Penulis : Fatinilam Sari Ahmad
Harga : RM23.90
Penerbit: CESB
Muka Surat : to be adviced
Tahun :2003
Rating Aku : * * * (biasa sahaja)

Sinopsis Belakang Kulit Buku :

Apabila kepercayaan orang telah lenyap, kehormatan diri telah musnah, diri diibaratkan telah menemui kematian. Itulah yang berlaku dalam hidup Andy Farhan. Musibah datang bertimpa-timpa tanpa dia berupaya menepisnya. Kesilapan yang dilakukannya menyebabkan dia dituduh membunuh isteri dan adik tiri sendiri.

Tiada siapa yang simpati kecuali gadis itu... Noreen Sheila. Seorang peguam yang juga adik sepupu yang telah lama terpisah, merangkap kekasih di dalam diam. Dia berjuang untuk membersihkan namanya yang telah dicemar dan yang paling penting, dia kini turut berjuang untuk merebut kembali cinta Sheila yang telah lama terbiar... Dia bertekad untuk tidak melakukan kesilapan lagi pada hari-hari yang mendatang kerana semalam telah menjadi guru yang mengajarnya erti kehidupan.

Komen Aku
Sebenarnya, ketika lalu di rak-rak buku kedai, aku tak tau nak beli buku apa? Jadinya, Megalomania ni dah lama dah aim aku, cuma belum terbuka nak beli. Akhirnya beli gak, walau buku ni dah agak lama.

Well, overall buku ni tak lah menjadi kegemaran aku. Aku ambil masa santai di hotel ketika aku outstation, ternyata buku ni menghampakan. Entah la yea. Buku karya beliau bertajuk Kesturi, aku boleh nak terima sebab jalan cerita dia ada kelainan, tapi, buku ni, nampaknya hanya kisah biasa yang plotnya agak memeningkan kepala aku.

Fatinilam Sari cuba memasukkan babak pembunuhan. Pada aku kurang berjaya. Beberapa fakta yang kurang bernas jugak terdapat dlm buku ni. Yelah, mana boleh transfer syarikat sesuka hati walau dengan satu tandatangan. Lainla syarikat itu syarikat Enterprise. Syarikat Enterprise pun ada procedure tertentu. Apatah lagi syarikat Sdn Bhd, dimana transfer nama-nama pengarah agak merumitkan.

Kemudian, watak Sheila sebagai penguam agak longgar dan kelihatan ragu-ragu kepada dirinya. Bolehkan seorang peguam begitu? Ragu-ragu – betul ke budak ni kena rogol? Betul ke?

Buku ni sesuai untuk dibaca masa santai. Tak memberatkan otak. Kita sendiri boleh tau, siapa pembunuhnya.

Ah.. aku kecewa dengan buku ni.

0 comments: