Monday, April 21, 2008

Kamasutra - Sharifah Abu Salem

Tajuk : Kamasutra
Penulis : Sharifah Abu Salem
Harga : RM15.00
Penerbit: Alaf21
Muka Surat : 420
Tahun :2006
Rating Aku : NIL

Sinopsis Belakang Kulit Buku :

KAMASUTRA yang ditulis oleh novelis yang tidak asing lagi Sharifah Abu Salem memaparkan kisah pergolakan hidup seorang gadis berbangsa asing yang merasakan dia telah kehilangan segala-galanya selepas dirinya dinodai oleh orang yang patut dihormati. Bagi gadis ini yang bernama Samantha, kehidupannya sudah berakhir selepas tragedi pahit itu. Malah, dia bercadang untuk mengakhiri sahaja hidupnya.

Namun, dia dipertemukan oleh seorang duda beranak satu bernama Kama. Dari pertemuan itu, Samantha banyak belajar tentang Islam sehingga melahirkan bibit-bibit cinta. Adakah Samantha menerima cinta Kama sedangkan lelaki itu disukai oleh gadis lain? Mahukah Kama menerima bekas isterinya yang kembali untuk menuntut hak ke atas anak perempuan mereka yang berusia lapan tahun?

-------------

Actually novel ni telah dimainkan di TV3 pada April 2006. So sape2 yang suke Novel yang talibesenkan, sila dptkan di kedai2 beskal berhampiran. Terus terang aku memang tak baca buku ni, walau dah beli. Sebab aku rasa cam tak realible aje novel di talibesenkan. Tapi entah la kenapa aku beli aje cam orang dungu. Dalam dia ada gambar-gambar para pelakun.

0 comments: