Monday, April 21, 2008

Arca Kasih - Norzailina Nordin

Tajuk : Arca Kasih
Penulis : Norzailina Nordin
Harga : RM17.00
Penerbit: Alaf21
Muka Surat : 499
Tahun : 2003
Rating Aku : * * * (biasa sahaja)

Sinopsis Belakang Kulit Buku :

Asmawi berjaya memiliki Norashikin tetapi kemunculan Sandra teman lamanya dari England secara tiba-tiba menggugat kasih mereka. Norashikin rasa tertipu dan cuba melarikan diri, tetapi mampukah dia membohongi hatinya?


Komen Aku
Aha!! Sungguh pendek sinopsis nya… tapi, tak lari dari tajuk pun. Sememangnya Asmawi (As) seorang yang sangat bercita-cita untuk memiliki Norashikin (Nora) dimana Nora pula seorang yang sangat ego tentang chenta.

Hampir saban hari Asmawi memikat dan menjerat Nora, akhirnya dapat juga. Tapi biasa lah, kan, namanya LELAKI, bila dah dapat, tak tau nak hargai. Dia akhirnya terpikat (tergoda) pada Sandra yang baru kematian laki ketika pergi berkursus di London.

Setelah berapa lama Nora ditinggalkan, akhirnya dia berjumpa dengan Omar yang sedikit sebanyak menaruh hati pada dia. Tapi ada peristiwa tragis berlaku apabila Asmawi muncul semula dan kemudiannya menagih cinta Nora semula. Jadi? Bagaimana kesudahannya??

Buku Norzailina ni, seperti biasa penuh dengan pelbagai info kejuruteraan dan kelautan. Not bad.. Cuma tema cintanya terlalu biasa sahaja.

0 comments: