Monday, April 21, 2008

Secebis Kasihmu - Syamimi Aminolah

Tajuk : Secebis Kasihmu
Penerbit : Creative Enterprise
Tahun : 2005
Muka Surat : 650
Harga : RM27.90
Rating Aku : * * * (Biasa-biasa)

Sinopsis Dari Creative Enterprise
Kasihku, kasih anak terbuang yang jauh di pinggiran kasih sayang. Rinduku, rindu yang terlontar jauh di dasar perasaan. Terbiar dibawa arus rasa lalu hanyut di muara cinta yang paling dalam. Rasa kasih dan rindu bukan tidak pernah bersatu. Rasa kasih dan rindu bukan tidak pernah bercantum dan berpadu… namun sengaja kau biarkannya. Sengaja kau memberi ruang pada insan lain untuk merebut peluang. Egokah kita sebenarnya? Lalu kerana merasa tercabar dan dicabar, Putri melayan kasih jejaka lain dan membiarkan Zack menjeruk rasa. Bersama si jejaka, Putri cuba melayan perasaan, membalas tiap ungkapan cinta dan sayang dengan penuh perasaan. Namun Putri gagal… hatinya tiada rasa… melainkan rasa tawar dan hambar yang mencicip kesal. Putri sedar, cintanya pada yang lain.

Cerita + Komen aku
Buku ni agak tebal dan harganya akan menipiskan dompet anda. Tapi aku bernasib baik, sbb beli masa pra-cetak.

Memula baca rasa seronok. Petengahan yang membosankan. Tapi, worth it lah beli. Jalan cerita agak tersusun dan endingnya sedikit mengelirukan.

Citer dia sedih, bila part akhir tu. Actually, buku ni tebaL giler. Letih membacanya. Not bad jugak ya, dan berkesan. Citer mengenai cinta seorang wanita berpewatakan ala-ala lelaki. Kiranya Syamimi ni dapat membuatkan aku menghayati watak Putri Surina (In). Kehidupan dia yang penuh dengan kemanisan dikelilingi oleh ramai org yang teramat sayangkannya. Tiada masala kewangan dan bekerjaya yang sangat baik.

Tapi dihatinya tersimpan 8 juta dendam kepada ibunya yang telah membuangkan dirinya merata-rata di lorong-lorong gelap dan busuk.

Dan penulis juga menimbulkan perasaan seorang ibu yang secara tidak sengaja membuang anak merata-rata.

Sedih gak bila baca. Cam aku la, membuang anak kucing merata-rata kat tempat-tempat tertentu (yang dirahsiakan), then aku kembali, anak kucing tu dah tak ada. Timbul la kekesalan di hati aku. Then apabila anak kucing aku dah membesar bagai johan dan dia dah jadi sekor anak kucing yang terhormat dan terpengaruh di kalangan kucing-kucing sedarjatnya, baru la aku terhegeh-hegeh nak cari dan membelaikan. Segala-galanya sudah terlambat. Kucing aku tu dah tak kenal aku. Cam tu la lebih kurang citernya.

Tapi endingnya aku tak berapa suka. Mebe penulis nak sambung bab 2 kut?

0 comments: