Monday, April 21, 2008

Hati Yang Terusik - Nia Azalea

Tajuk : Hati Yang Terusik
Penulis : Nia Azalea
Harga : RM19.90
Penerbit: Alaf21
Muka Surat : 556 m.s
Tahun : 2006
Rating Aku : * * 1/2 - burings tahap gabans

Sinopsis Belakang Kulit Buku :

SUDAH agak lama Nia Azalea menyepi dalam dunia penulisannya. Alih-alih beliau muncul dengan novel terbarunya berjudul HATI YANG TERUSIK yang kini boleh diperoleh di kedai-kedai buku yang berhampiran.

Kisah yang begitu hebat ini mampu mengajak para pembaca menilai hati dan perasaan manusia dalam nilai kejujuran, kasih sayang, cinta dan pengorbanan. Vanessa yang memeluk Islam berkahwin dengan lelaki pilihan semasa mereka masih menuntut di UK walaupun pernikahan mereka ditentang oleh Vincent Lee, bapanya.

Di sebalik pernikahan itu, terselit rasa benci Vincent terhadap Farhan apabila teringatkan anak sulungnya bernama Irene. Namun, Vanessa mendiamkan diri kerana itu adalah pilihannya. Dia masih tetap mencintai Farhan.

Langit tidak selalu cerah, apabila Vanessa dan Farhan dipanggil balik ke Malaysia tanpa sempat menghabiskan pengajian mereka. Tempoh perkahwinan mereka berdua tidak berpanjangan kerana Vanessa dipersiakan haknya oleh Farhan. Akhirnya, Vincent Lee meminta Vanessa berkahwin dengan Raymond.

Mengapakah Vincent amat membenci Farhan apabila terkenangkan Irene? Mudahkah Farhan melafazkan cerai apabila Vincent mahu Vanessa berkahwin dengan Raymond? Mampukah Vanessa menerima arahan bapanya itu? Apakah taktik yang digunakan oleh Vincent agar Vanessa patuh pada arahannya?

Kesemuanya akan terjawab sekiranya anda mendapatkan HATI YANG TERUSIK. Selamat Membaca!


Komen Aku
Okeh.. aku baru jek abis baca buku ni. Buku baru. Ni kali pertama aku baca buku tulisan Nia Azalea. Namun, agak menghampakan aku.

Jalan ceritanya mudah sahaja dan terdapat 'lubang-lubang' disana sini. Lubang-lubang tu plak di tampal ngan adengan-adengan yang membosankan.

Buku ni laksana kita tgk drama Melayu pendek di TV. Tak ada apa yang lain dari yang lain.

Kisah Vanessa (cina) kawin lelaki Farhan (Melayu). Ada problem duit. Farhan ego dan salah sangka hubungan Vanessa dgn Raymond yang sudah dianggap spt adik beradik sendiri. Farhan cerai Vanessa, Vanessa kawin Raymond.

Farhan hilang, dan kembali membalas dendam. Korank yang duk rumah tak de menda nak buat, leh la baca buku ni. Kalau korang rasa boring, leh rebus jek.

Simple kan? Sekian, terima kasih.

1 comments:

si Jelita ♥ said...

Alaaa yeke? whay i very very like this book? To me, this book is perfect. Well, lain orang lain citarasa HAHAAH.PEACE!