Monday, April 21, 2008

Tombiruo - Ramlee Awang Murshid

Tajuk : Tombiruo
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Harga : RM19.90
Penerbit: Alaf21
Muka Surat : 517 m.s
Tahun : 1998
Rating Aku : * * * – best + pernyiasatan

Sinopsis Belakang Kulit Buku :

Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.


Komen Aku
Hmm.. buku ni la buku Ramlee Awang Murshid yang pertama aku dapatkan masa memula nak berjinak² dengan buku. Memula aku pelek² tgk org baca buku apaaa lah ni ek! Kulit depan nya tak ‘menyelerakan’aku. Tapi isi dalam, siapa tahu?

Berlegar di kawasan hutan di Keningau, Sabah. Dimana satu makhluk yang ditakuti oleh orang kampong dan tok ketua : Timbiruo, menjadi lagenda yg menghantui hidup mereka. Dia ni muka macam haiwan dan dia dianggap hantu / semangat utan yg menjaga utan yang sekarang ni banyak dicemari oleh penjahat spt yg dilaporkan oleh encik Karam Singh Walia. . Hah, Karam Singh Walia skang ni berada di Australia kut? Lama tak nampak muka dan tangan dia yg terangkat² dia di kaca TV.

Kes pembunuhan yang berlaku di Chow Kit, membawa Nur Suraya ke Keningau Sabah yangmana dia pun tak sangka ada pembunuhan berkait-kait. Di sana, dia bertemu dengan Amiruddin yang bersikap sangat dingin selepas bini dia mati dalam kemalangan jalan raya.

Amuruddin bertekad mencari pembunuh yang menjadi dalang kepada kemalangan dengan meminta bantuan ‘Tombiuo’ dimana akhirnya dia mendapat tahu bahawa dia dan ‘Tombiruo’ ada berkait rapat.

Sejarah diantara Amiruddin dan Tombiruo menjadi perencah yang melazatkan jalan cerita ni.

1 comments:

azmalshoppe said...

bes..sumer bes.. tombirou.. ranggau.. semangat hutan etc..