Penulis : Ramlee Awang Murshid
Harga : RM19.90
Penerbit: Alaf21
Muka Surat : 583 m.s
Tahun : 2006
Rating Aku : * * * 1/2 – best + informasi
Sinopsis Belakang Kulit Buku :
Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahir di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Dia seorang yakuza yang digeruni. Malah, seorang samurai yang mahir bermain pedang. Jenayah adalah gelanggang permainannya dan penamat pada permainan itu adalah maut.
Sabrina tertarik mendengar kisah cinta yakuza - Ryu-Watanabe dan Noriko. Ia bagaikan sebuah mitos yang tidak pernah terungkai. Tersimpan menjadi sebuah rahsia yang tidak pernah terbongkar. Terpengaruh dengan kisah itu, Sabrina bersetuju menerima pelawaan Murni untuk melancong ke Tokyo. Di Harajuku, mereka mencari Ryu-Watanabe.
Dan, bagaikan kebetulan... saat inilah Ryu-Watanabe muncul. Benih cinta tumbuh subur walaupun ia bukan pandang pertama. Noriko cemburu dan berdendam. Akhirnya, cinta tiga segi itu menjadi percintaan berdarah. Tou Aii atau pedang cinta menjadi saksi pertumpahan darah itu berlaku. Cinta tidak selalunya indah. Ia kadangkala berkalang noda.
Hatiku di Harajuku adalah debaran yang mengasyikkan sentuhan Ramlee Awang Murshid. Diwarnai cerita cinta yang menggugah hati. Pertarungan yang mencemaskan, saspens, konflik jenayah serta sebuah kisah keluarga menyayat hati. Sayonara - ungkapan yang tidak akan anda gemari!
Komen Aku
Seperti biasa la kan, bebuku Ramlee Awang Murshid memang takkan menghampakan. Dan stakat ni, aku belum menyesal la beli bebuku karya beliau, kecuali Mandatori yang agak biasa² aje.
Hatiku di Harajuku ni lain sedikit dari karya-karya beliau yang lain (dengan Alaf21). Mula² baca, memang agak mengelirukan. Bengang gak otak aku nak menjana warm-up ceritanya.
Overall, buku ni mengisahkan tentang perasaan cinta yang amat kuat dan mendalam. Bermula di sebuah restoran Jepun milik Sabrina yang telah jatuh hati pada Risyam yang sebenarnya ialah bekas seorang Yakuza Jepun yang menggunakan nama Ryu Watanabe.
Seperti sinopsisnya.. cerita ini mengakibatkan cinta tiga segi yang sungguh² berdarah. Selain tu, Ramlee Awang Murshid tak pernah lari dari tema ‘gangguan perasaan’ dalam cerita ni.
Cerita ni membawa pembaca berlegar-legar di sekitar Jepun – Harajuku, Namazu, Shinjuku dll, keluar-masuk ketapi, masuk kedai makan Jepun, tanah perkuburan Jepun, rumah Jepun dan memacam lagi. Macam biasa la kan, kat mana benda ni berlaku akan ditulis awal² di sub ceritanya.
Ramlee Awang Murshid juga berjaya mewujudkan konflik dlm diri pembaca tentang cinta siapakah yang harus dimiliki oleh Ryu Watanabe. Cinta siapa kah yang benar-benar hebat dalam menakluki hati Ryu Watanabe.
Bagi penggemar cerita² Samurai, Ninja dan Yakuza – pasti menggemari buku ni. Cerita tentang Yakuza² di Jepun, cara pembunuhan, cara hukuman, cara gerakan, definasi² semua diceritakan secara detail.
Cuma yang agak mengganggu fikiran aku dlm buku ni ialah terjemahan bahasa Nippon ke Bahasa Melayu nya. Aku kekadang bosan gak baca. Yela, aku beli buku ni bukan nak belajar bajasa jepun secara bersungguh², kan? Aku beli buku ni kerana novel. Tu ajelah yang kontra nya Hatiku di Harajuku.
Ending cerita ni agak memeranjatkan aku. Ending yang aku sendiri tak sangka-sangka! Syok betul. Tapi.. sungguh, Hatiku di Harajuku tak terlawan cerita Bagaikan Puteri . Aku tak ‘jatuh cinta’ pun pada Ryu Watanabe seperti ‘jatuh cinta’ aku pada Laksamana Sunanku… ha ha!!
Hatiku di Harajuku benar² menceritakan tentang Hatiku Di Harajuku!!

2 comments:
bessss..tp ending dia mmg lain dr jangkaan..
Salaam Elyza...
Mama nak tanya, Elyza nak jual tak buku ni? Thanks...
Post a Comment