Monday, April 21, 2008

Hadirnya Cinta - Norhazriana Abdullah

Penulis : Hazriana Abdullah
Harge : RM 22.90
Terbitan : Creative Enterprise
Tahun : 2006
Bintang : 3 Bintang - mmg best! Berbaloi Beli.

Sinopsis Belakang Buku

Tika kaki melangkah jauh meninggalkan segala-gala yang disayangi itu di sini, tiada siapa yang tahu, perjalanan itu turut membawa hatinya yang hancur berderai. Di kejauhan, dia cuba mencari kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan. Dalam meniti bilahan hari, tanpa dia sendiri menduga, kepingan hatinya yang hancur dikutip dan dirawat dengan kasih sayang yang mengasyikkan. Dia mula dibelai perasaan suci itu sekali lagi. Dia melihat dirinya kembali direnda kebahagiaan dan keindahan. Dia melihat hari depan ditandai tinta emas.

Namun kedukaan tak pernah jemu mendekatinya. Dia dibenci dan dianiaya hanya kerana dia disayangi dan dicintai.Apakah dia tidak berhak bahagia seperti insan lain? Apakah resminya begitu, bahagia hanya mengejar mereka yang melorek dunia dengan harta?


Komen aku :
Mengisahkan Aliya yang cute (biasa la watak utama takde cacat cela, mistilah mixed blooded campuran dari pelbagai etnik entah mana-mana - yg pastinya cakap Melayu gak, cantik, menjadi kegilaan ramai jejantans ). Ekekekee..

Pada mulanya, dia jatuh hati dengan abang angkat dia (yg tinggal sebelah rumah dia. tapi dia bertepuk sebelah tangan bila Abang angkat dia kawin ngan seteru satu skolah ngan dia Milia.

Membawa hati yang lukalara, Aliya melanjutkan pelajaran ke UK dalam bidang Interior Design. Disana dia berjumlah dengan sorang lelaki yang sangat caring (dan hensem, mixed entah dari jawa mana + belanda + siam + uganda), dia buat abang angkat yang mana akhirnya Aliya dan abang angkat baru dia ni, jatuh cinta.

Perjalanan cinta ALiya dan abang angkat dia ni berjalan dengan romantik dan banyak menghabiskan masa cinta di luar negara yang akhirnya membawa kepada hampir kegerbang perkahwinan.

Cuma, ketika nak kawin, pelbagai rintangan yang tiba (Suraya ex-gopren abg angkat Alia dtg ganggu dan Izy yang miang dtg hendak merogol Aliya).. sikit aje la rintangannya..

Jadi, happy ending.. boleh agak apa pengakhirnya..

1 comments:

Unknown said...

Assalamua'laikum..
sapa nk jual novel nie, pm sy 011-19943680..
Trma kasih