Monday, April 21, 2008

Kau Milikku - Sazlina Sulaiman


Tajuk : Kau Milikku
Penulis : Sazlina Sulaiman
Harga : RM20.90
Penerbit: CESB
Muka Surat : n/a
Tahun : 2004
Rating Aku : * * * - mmg best!

Sinopsis Bekalang Kulit Buku :

Hanim telah puas menangis, membilas air mata seorang Farah yang ketandusan kasih sayang. Seorang Farah yang menerima apa sahaja yang datang sebagai takdir.

Farah yang lemah dan suka menyerah. Menjadikan takdir sebagai satu ketetapan yang tidak mampu diubah-ubah. Lalu membiarkan musim-musim deritanya menjadi satu kenangan yang parah. Perit membulat tekad, Farah cuba harungi dunia Hanim yang penuh gemilang. Walau sesekali terpaksa menoleh ke belakang, dia tidak akan berundur menyerah kalah.

Dan di dada kanvas Hanim, Farah melakarkan impian dan harapan, cinta dan kasih sayang, menjejak kembali musim-musim duka yang pernah ditinggalkan. Bersama Iskandar, jejaka pujaan... yang dicintai di dalam diam, Farah Hanim kembali mengutip bunga-bunga cinta yang layu di pusara

Komen Aku :

Wah! Best betul buku ni. Memang la pada few pages tu rasa cam bosan dan ingat novel ni macam novek cinta rumaja yang membosankan, tapi.. bila aku terus dan terus membaca, wah! Bes juga.

Memang temanya , tema cinta remaja, tapi ada kedewasaan terkandung dalam watak Hamim dan Haris Iskandar, lelaki yang cuba mengorat Hanim.

Ceritanya simple namun bercabang. Kisah Hanim yang dibayangi watak Farah yang didera oleh ibu tirinya semasa kecil. Watak Farah yang amat kerdil, lemah dan tidak melawan.

Hanim pula ialah satu watak yang amat tegas, kuat dan bersemangat.

Cuma ada kelonggaran bilamana tak diceritakan bagaimana watak Hanim boleh dibawa ke Sarawak dan mempunyai sebuah kehidupan yang 'sempurna'. Heran jugak bila seorang budak sekolah menengah boleh 'berdikari', bersekolah dan meneruskan kehidupan secara bersendirian di Sawarak.

Ikut akal logik, jika orang berumur begitu, agak susah nak 'hidup' diperantauan, lebih-lebih lagi tinggal di kawasan yang mempunyai byk berbezaan pertuturan, gaya hidup dan agama. Then tetiba aje ada byk duit untuk meneruskan kehidupan. Heh heh. Tu la yang tak logiknya.

Namun, aku berpuas hati dengan jalan ceritanya. Tak byk tentang persekitaran Sawarak yang diceritakan. Mebe penulis tak tau sangat pasal Sarawak, namun mencuba untuk menulis persekitaran Sarawak. Satu cubaan yang bagus.

Watak Haris Iskandar pun berkembang dengan baik. Seoarang abang yang penyayang yang juga dikambinghitamkan oleh ibutirinya. Kebetulan pula ya? Ibu tiri masing-masing sangat membenci.

Cuma aku tak berpuas hati jalan pengakhiran cerita agak 'tergantung'. Banyak persoalan tidak berjawab. Antaranya : Siapakah ibu sebenar Haris Iskandar, Adakah Haris Iskandar dan Hanim adalah adik beradik? Bagaimana Hanim boleh terbang ke Sarawak? Siapakah 'ibu-bapa' Hamin yang selalu disebut oleh Hanim yang telah meninggal dunia? Perniagaan apakah yang ditinggalkan oleh arwah ayah Hanim? Semua tu bagai menjadi tandatanya.

Mungkin buku ni ada sambungan?

Overal, buku ni meninggalkan kesan yang mendalam pada aku. Sedap..

0 comments: