Monday, April 21, 2008

Gerimis DiHati - Rafizah Nordin


Tajuk : Gerimis Di Hati
Penulis : Rafizah Nordin
Harga : RM29.90
Penerbit: CESB
Muka Surat : 687
Tahun : 2004
Rating Aku : * * * 1/2 – menyayat hati

Senipsis Belakang Buku

Jika diberi pilihan, dia juga tidak ingin menjadi perempuan joget. Melayan lelaki-lelaki mata keranjang, jatuh dari satu pelukan ke satu pelukan, khayal dengan pesta dunia yang menjelikkan. Jika diberi pilihan, dia juga tidak ingin hanyut dibawa arus dunia yang tiada tepinya. Leka menghitung dosa tanpa memikirkan pahala yang akan dibawa pulang. Sedang dia sedar, kematian tidak pernah menjanjikan syurga buat insan-insan yang leka sepertinya. Lalu pada siapa harus dilemparkan kesilapan?

Kepincangan yang diwarisi atau pada perjalanan hidup yang memang diaturkan? Namun di sudut hati kecilnya masih ada suara-suara jernih, yang sering berdoa, yang sering menyedarkan agar dia kembali menuju ke jalan yang diredai. Kerana di sana, pintu syurga terbuka luas untuknya. Dan sinar keinsafan pun perlahan-lahan menyinari sebuah perjalanan yang baru bermula...


Komen Aku
Buku ni tebal, stebal 687 m/s. Juling gak bijik mata. Reger dia RM 29.90. Yang aku cukup tak suka pasal buku ni ialah karekter dia yang terlampau banyak dan anak luar nikah yang terlampau. Kekekeke.

Separuh dari buku ni mengisahkan kehidupan manusia yang bernama Rosina, seorang GRO, punyai seorang anak luar nikah (Nazira) dan sorang anak dalam nikah (Nazuan) ketika bersama suaminya bernama Zaini (penagih dan pengedar dadah).

Kehidupan pehit getir yang dilalui oleh Rosina yang meneruskan kehidupan dia sbg GRO yang baginya halal. Habislah kira-kira setengah buku citer pasal dia aje (aku dah nak hampir boring tahap cipan).

Then, setengah buku lagi mengisahkan anak dia Nazira (Naz) yang menjalani kehidupan yg macan Cinderella. Tang ni baru nak eksaited aku baca. Dia Duk kat umah mak sedara (Shima) dan tinggal sama kazan dia seramai 3 orang dan bapak saudara dia (Din).

Penat tau aku baca buku ni tentang kancah kehidupan dipenuhi dengan noda dan dosa tak tentu harah. Lagi membengangkan aku dengan kerekter yang banyak. Pening kepada aku ndak ingat, dari sekecik kecik karekter, sehinggalah ke sebesar-besar kerekter:

Azlin & Sahak (pasangan suami isteri kawan kpd Rosina)
- byk membantu Rosina semasa susah

Datuk Megat Nazmuddin (sugar deddi Rosina)
- byk bagi harta kat Rosina

Dato' Mohsien (jantan jalangs)

- Yang telah merogol ramai org dan ramai anak luar nikah dari benih dia

Syaripah Shaira (anak Datuk Nazmuddin)
- Baik hati dan merendah diri

Shima (mak saudara Nazira)
- Jahat, suka makan harta org, suka maki hamun, hati busuk

Aisyah (anak sulung Shima)

- Kaki rewang, suka buli Nazira

Azlan (anak kedua shima - penagih)
- Isap dadah ajelah keje dia sampai mati

Maryam (anak bungsu Shima - baik ngan Nazira)

- Selalu backing Nazira, kuwat agama

Annie (adik Rosina)
Boy (laki Annie)
Fara (awek Boy)
Zaitun (mak Boy)

Uncle Helmi (kawan Datuk Nazmuddin dan peguam kaluarga)

Megat Nazrin (anak Datuk Nazmuddin)
- Yang mula-mula jahat, then baik dan insap

Zaidah (kawan baik Nazira)
- Miskin, hina dina
Rosmah (ibu kandung Sharipah Shahira)
- Yang telah dirugul Dato' Muhsien

Andrew (balak Maryam)
Syahmie(balak Nazira)

Banyak giler karekter dia. Tapi aku tak nafikan citer ni sedap. Namun begitu, aku tak harap si penulis sambung citer dia, buat fening kepala. Cukup la sampai sini. Lagipun fleshback dia tak berapa berkesan sangat.

Pada sesapa yang suka baca citer mengenai dosa dan noda dan hukuman Allah terhadap manusia lalai, elok la baca buku ni.

0 comments: