Monday, April 21, 2008

Getaran Rindu - Norzailina Nordin


Tajuk : Getaran Rindu
Penulis : Norzailina Nordin
Harga : RM19.90
Penerbit: Alaf21
Muka Surat : 592 m.s
Tahun : 2006
Rating Aku : * * * 1/2 best sgt + informasi

Sinopsis Belakang Kulit Buku :

Mengisahkan perjalanan hidup Izham, seorang jurufoto yang jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Fara, seorang pekerja di Perpustakaan Negara. Sebagai jurufoto, kenalan Izham ialah golongan korporat dan VIP. Tanpa disedari, Delia seorang pramugari juga menaruh hati padanya sedangkan dia adalah kekasih gelap Suffian yang juga kenalan Izham. Untuk mengelakkan Delia terus menghampiri Izham, Suffian telah merancang sesuatu dengan Tengku Kamil.

Ketika mereka menghantar Izham ke Venice untuk melakukan satu tugasan, bermacam-macam peristiwa telah berlaku. Adakah taktik Suffian dan Tengku Kamil dapat dibau oleh Izham? Haruskah Izham menerima cinta Delia sedangkan dia dan Fara semakin intim? Kenalan rapat heboh mengatakan Izham telah menghilangkan diri dan ada yang mengatakan dia telah mati. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Adakah Izham benar-benar telah mati? Segala-galanya terjawab dalam GETARAN RINDU.


Komen Aku
Aaaa.. insyaallah aku takkan terlepas karya-karya Norzailina Nordin selepas terpikat dengan bukunya : Arjuna Hati. Tapi buku ni aku baru beli dan baru dpt baca malam tadi, ada half way to go!! Perhaps esok aku buleh bagi komen. Insyaallah.

Ahaks.. aku dah pun berjaya menghabiskan masa aku dengan membaca novel ini lewat pukul 1 pagi. So berbaloi rasanya menjojoLkan mata aku hingga ke 1 pagi begini?

Sinopsis kat atas tu, sama aje jalan ceritanya dalam buku ni, kalau nak cerita abis, tak suspender plak, kan? Nyatanya, aku harus memberikan 3 ½ bintang kat novel Norzailina Nordin yang nyatanya tidak memboringkan.

Ceritanya tak lari dari norma gaya penulisannya. Dan sedari 2 buah buku yang aku baca karangan beliyau sebelum ni (Arca Kasih dan Arjuna Hati) dia meletakkan ‘dirinya’ sebagai seorang lelaki untuk ketiga-tiga novel ni. Heh heh.. kengkadang bila baca balik, terasa ‘halusnya’ nurani kelelakiannya dalam watak-watak yang ada.

Dalam Getaran Rindu ni, pelbagai fakta ada. Seperti Arjuna Hati, novel Getaran Rindu ni adalah novel dalam novel. Pelbagai fakta terutamanya fakta sejarah kejadian 13 Mei, dimasukkan sudah tentu melambangkan ‘kebijakan’ yang korang akan dpt. Cuma, nyatanya, aku tak berminat sangat ngan novel yang cuba menceritakan tentang sejarah 13 Mei tu berbanding dengan fakta sejarah dari buku Arjuna Hati yang berjaya menambat mata aku untuk terus menatap sehingga tak puas membacanya.

Happy ending. Tak lari dari topik cinta yang mengkhayalkan (namapun Getaran Cinta). Cubaan Norzailina nak menampilkan watak Psycopath pada watak Suffian tak berapa menjadi. Nyatanya, watak Suffian tidak berkembang dengan baik. Rasa aku, watak Suffian yang cuba ditonjolkan sepatutnya lebih ‘jahat’. Aku yakin, dia mungkin mendapat ‘sedikit’ ilham dari buku abang RAM : Rahsia Perindu. Bukan aku kata … dia sendiri yang menghadirkan novel Rahsia Perindu tu didalamnya. So, tak salah aku mengagak?

Dan aku kagum juga, Norzailina dapat membuatkan kelenjar adrenalin aku berdenyut 8 kali ganda dengan beberapa ‘aksi’ mendebarkan. Mungkin tidak mahu terlalu terlalu ‘kebetulan’, akhirnya teman cyber yang diceritakan hanya dimatikan wataknya begitu sahaja. Kira ok jugak.

So apa tunggu lagi??

0 comments: