Tuesday, April 22, 2008

Diari Bonda - Rohani Din

Tajuk : DIARI BONDA
Penulis : ROHANI DIN
Penerbit : Creative Enterprise
Harga :RM 24.90
Tahun : 1999
Bintang : **** (Cerita Luar Biasa)

Sinopsis Dari Creative Enterprise
Tuhan... sesungguhnya aku tidak bersendirian berdepan dengan kemelut ini. Aku ingin menjadi ibu dan isteri yang tabah namun ada waktunya ketabahanku berada di penghujungnya... Kemampuanku terbatas. Ti... Merenungmu hati ibu tersentuh pilu. Doa ibu tidak putus, Ti...


Komen + Cerita Aku

Mengisahkan seorang isteri, ibu dan nenek bernama Anie yang berasal dari Utara Malaysia dan menetap di Singapura. Mempunyai 4 orang anak dimana yang sulung perempuan (Dini) telah berkahwin dan tiga anak yang lain Juhainie, Juhaidie dan anak bongsunya, Siti berumur 12 thn, tinggal bersama-sama. Mereka masih bersekolah.

Kekalutan dalam hidup Anie bermula apabila suaminya dimasukkan ke Hospital kerana mengidap penyakit jantung dan peparu berair. Tidak lama selepas tu, Siti, anak bongsunya pula dimasukkan ke Hospital kerana dijangkiti penyakit misteri.

Sepanjang menjaga anaknya Siti dihospital dimana Siti, bukanlah Siti yang dulu lagi. Dia dipercayai telah dirasuk oleh banyak makhluk yang mahu menumpang dan berkawan dengannya. Siti tidak buleh bercakap, kalau bercakap pun merapu-rapu, tidak pandai menguruskan diri sendiri dan tidak kenal saudara mara. Salah satu makhluk yang menumpang dipercayai dari makcik Miskiah dan pakcik Maman nya yang dipercayai membela Hantu Laut. Setiap pukul 12 tgh hari dan 12 tgh malam, Siti akan terjaga meracau-racau² serta kakinya teroleng² seperti berada dihanyutkan didalam sebuah sampan dilautan luas.

Anie, seorang ibu yang tabah dan cekal. Namun, penderitaan Siti telah mengubah segala-galanya. Anie tidak bekerja, sebaliknya mengajar anak-anak membaca mukaddam dan al-Quran. Kerana Siti sakit, dia hampir tidak dapat mengajar mengaji. Sementelah suaminya (bekas polis) pula sakit dan tidak dapat meneruskan kerjaya sebagai Pemandu Teksi. Dengan berbekalkan wang pencen suaminya ($700++) dan wang ihsan mengajar anak-anak mengaji, dia terpaksa ikat perut dan berjimat sebaiknya.

Hanya dialah berusaha bersungguh² mengubati siti, sementelah dia mempunyai sedikit kebolehan mengubat dan membaca ayat² Quran tertentu dan sepanjang merawat Sakit, hanya dia yang benar² mengubat Siti atas keizinan Allah.

Dipertengahan Siti sakit, datang seorang hamba Allah bernama Sani. Sani disifatkan sebagai seorang sorang yang tak tau malu, mengambil kesempatan atas kesusahan org lain, suka mengendeng dan menggoda perempuan. Mempunyai ilmu hitam memikat perempuan² kaya untuk kepentingan diri sendiri. Asalkan dapat duit, dia akan pergi dan datang kembali. Diikut²kan, membaca karekter Sani dalam cerita ni, memualkan. Sangat menyakitkan hati dan timbul perasaan benci plak ngan manusia bernama Sani. Yuck!!

Sepanjang Anie berada di hospital, Sani akan turut berada di sisinya sehingga menimbulkan kecemburuan suaminya, Juhadie. Tetapi atas sifat bertimbangrasa, mereka dapat menyabarkan diri memasing.

Walaupun begitu, Anie bukan melayan Sani, sebaliknya cuba menghindarkannya walaupun kadangkala dia 'mempergunakan' Sani untuk tujuan² tertentu.

Di penghujung sakit Siti, datang seorang hamba Allah bernama Imam Hassan datang melawat Siti dan dia telah menurunkan beberapa petua berupa ayat² al-Quran untuk bacaan Anie dan lebih afdal dibacakan oleh Anie sebagai ibu kepada Siti. Setelah beberapa hari ayat-ayat tersebut dibaca dan dihembuskan kedalam bekas air, akhirnya Siti dapat bercakap. Namun kehampaan jelas terbayang kerana Siti sudah hilang ingatan. Selama 44 hari Siti berada dihospital dan alkhirnya dia sedar dan usaha Anie mengubati Siti tidak berakhir disitu sahaja.

Diari ini bersambung dimana Diari Bonda 1 ni byk mengisahkan kehidupan Siti yang sakit dan terdampar di hospital. Tak rugi membeli buku ni dan tak heranlah ianya diulang cetak sebanyak 4 kali (1999-2004).

4 comments:

Anonymous said...

buku paling best saya pernah baca

ada buku 1 dan 2 je

nur najiha khairul said...

Buku nie jual ke ?

Unknown said...

cte ni mmg best sangt.. aku ada sampai buku 4. sayang takde sambungan...

Unknown said...

Nak tanya awak jual tak buku tu ? Saya tgh cari buku preloved diari bonda 1 dan 3