Tuesday, April 22, 2008

Diari Bonda 2 - Rohani Din

Tajuk : DIARI BONDA 2
Penulis : ROHANI DIN
Terbitan : Creative Enterprise
Harga : RM 28.90
Tahun : 2001.
Rating Aku : * * * 1/2

Sinopsis Dari Creative Enterprise


Dia ibu, ada ketikanya hati berdetik jua. Marah dan sakit hati mengepung, mengasak hati nuraninya. Diri bukan bahan sandaran... Juga bukan batu loncatan manusia-manusia hipokrit. Lalu Ti, di kesempatan yang bagaimana harus ibu kuatkan semangat. Bukankah setiap perbuatan itu harus disertakan dengan keikhlasan?


Komen + Cerita Aku
Sambungan Diari Bonda. Dalam Diari Bonda 2 ni, mengisahkan Anie yang masih cuba mengubati sakit Siti Rabiatul Khairiah yang belum berkesudahan. Setalah terlantar di hospital selama 44 hari, Anie memgambil keputusan membawa Siti berubat di beberapa tempat di sekitar Singapura dan Malaysia disamping untum memandikan Siti dengan 7 jenis air.

Duit simpanan Anie dan keluarganya semakin susut namun itu tidaklah menjadikan Anie patah semangat. Dengan keikhlasan hati Anie dan kecekalan serta ketakwaannya kepada Allah s.w.t, Allah memudahkan jalanya dan ada sahaja rezeki datang dari segala ceruk rantau. Dia tidak pernah keputusan makanan atau keputusan tambang perjalanan kemana-mana destinasinnya samada ke rumah anak² didiknya mahupun ke destinasi perubatan Siti di merata-rata tempat. Ani sesungguhnya dimurahkan rezeki oleh Allah.

Akhirnya, Anie ditawarkan bekerja dengan syarikat pengurusan Umrah dan Haji, Setia Kawan Trevel & Tours oleh Haji Ismadi yang memperakui kebolehan Anie menguruskan kerjaya itu.

Anak-anak Anie berada pada tahap kritikal kerana masing-masing bakal menghadapi peperiksaan. Juhainie (Kakak) dengan O Levelnya, Juhaidie (Bulat) dengan A Levelnya dan Siti dengan P.S.L.E (UPSR). Keadaan ni menambahkan sedikit sebanyak tekanan dihati Anie ditambah pula dengan keadaan suaminya yang sakit (tetapi mengambil kesempatan membesarkan badan dengan cara berehat dirumah).

Sani masih wujud pada Diari Bonda 2 ini tetapi wataknya hampir pudar kerana Sani telah hampir patah semangat untuk memiliki Anie. Didalam Diari Bonda 2 ni, Anie banyak mengambil langkah mengenakan Sani setelah didalam Diari Bonda 1 , Sani banyak mengenakan dia. Payback time, beb!!

Setelah bertungkus lumus mengumpul dana, Anie berjaya membawa Siti dan ibu Anie ke Mekah (tanpa Suaminya) kerana Nazar Anie untuk memandikan Siti dengan air Zam².

Diari Bonda 2 ni, agak membosankan pertengahannya. Tetapi pengakhirannya kita akan terbuai-buai dengan rasa nak baca yang ke 3 kerana pengakhiran Diari Bonda 2, Anie menceritakan detik² pergolakan rumahtangganya.

0 comments: