Monday, April 21, 2008

Detektif Indigo - Faisal Tehrani

Tajuk : Detektif Indigo
Penulis : Faisal Tehrani
Harga : RM16.00
Penerbit: Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd
Muka Surat : 188 m.s
Tahun : 2004 / 2005
Rating Aku : * * * *
Anugerah : Hadiah Sastera Kumpulan Utusan

Sinopsis Belakang Kulit Buku :
Mereka Super. IQ luar biasa dan deria keenam menjadikan mereka detektif indigo. Cheng-cheng yang hafiz, Faruk si Tahukan Anda? Dan Mihrimah pakar sains forensic si perawan tembun dianugerah kuasa telipati – pelengkap radas saintifik. Bersama-sama Ruzbihah yang tajam deria baunya, Zaitun si Ahli Kimia dan Isamu Nakamura yang mahir entomologi, mereka menyelesaikan kes rumit mengelirukan : Pencerobohan, bom, letupan …

Dalam lingkungan kristal azurite dan lapis lazuli mereka ditubi untuk mengoptimumkan IQ dan deria keenam, demi keamanan sejagat. Ya, keamanan ialah hak sejagat. Dan jagat sudah hilang batas bangsa, budaya, politik.

Mereka dilatih bukan semata-mata untuk memperalat ilmu dan teknologi bahkan menjelamakn adab dan akhlak diterasi iman.

Komen Aku
Aku nak komen apa kan. Dah namanya Faisal Tehrani.. dan memenangi Hadiah Sastera 2004 pulak tu, kan? Dah tentu isi bukunya tidak perlu dipertikaikan lagi. Memanag maveless gitu.

Kisah kanak-kanak pintar yang dikesan oleh sabuah pertubuhan yang menubuhkan sekolah Maktab Rendah Remaja Indig dimana melatih anak-anak pintar yang mempunyai IQ tinggi. Mereka dilatih menjadi apa yang mereka minati.

Tertumpu kepada Cheng-Cheng, yang dilatih menjadi detektif dan ditempatkan didalam kelas ditektif. Dia bersama rakan-rakannya dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah yang dianggap rumit.

Perbalahan demi perbalahan berlaku akan tetapi permasalahan itu akhirnya dapat diselesaikan dan timbul pula permasalahan yang lebih besar yang menyebabkan kedua-dua kumpulan terpaksa bergabung menyelesaikan masalah cikgu kesayangan mereka yang didakwa mengebom sebuah shopping complex.

Buku ni sangat seswai dibaca oleh remaja. Akan tetapi, org dewasa kalau baca pun, tak terlintas difikiran mereka bagaimana Faisal Tehrani menggarap cerita ini yang hamper boleh disesuaikan untuk semua lapisan umur.

Bacalah! Anda takkan rugi.

0 comments: