Wednesday, June 25, 2008

Labyrinth ~ Imaen

Tajuk : Labyrinth
Penulis : Imaen
Harga :
Terbitan : Jemari Seni Publisher
Bintang : * * * * (4 bintang)
Jenis : Ala-ala penyiasatan

Sinopsis Belakang Kulit Buku :

Dunia Kamal dan Dani berbeza. Namun takdir telah mempertemukan mereka. Pembunuhan bersiri adalah ‘lantai’ untuk mereka saling mengenali; mencari jalan keluar dari labyrinth yang membelenggu mereka!

Kamal
Cinta dan rindu seperti kopi... pahit! Setia pula adalah gulanya. Kopi dan gula adalah kepahitan yang manis. Kenapakah cintanya sudah tidak bergula lagi?

Dani
Kadang-kadang dalam riuh di luar, di dalam begitu sepi. Seperti ada tembok yang memisahkan. Seperti gagalnya laut menakluki sungai dengan masinnya. Riuh itu laut dan Dani itu sungai...dan Maira? MairaCintaku kepada-Mu adalah laut tanpa pantai... hujan tanpa awan. Rinduku kepada-Mu adalah mabuk tanpa anggur... makan tanpa kenyang!

Bahasa diamlah bahasa yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu soalan. Dalam diam ada seribu jawapan. Dan dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata, aku cinta padamu. Dan dalam diam juga orang boleh berkata, kita tidak lagi sehaluan.lalu diam yang bagaimanakah aku dan Maira?lalu diam yang bagaimanakah aku dan Natasya?

Seorang diri dia memasuki labyrinth... berjalan dan terus berjalan: jalan yang berselirat. Dia harus memilih, namun setiap pilihan adalah halangan, lalu dia mencipta jalannya sendiri. Dia tahu, pembunuh itu berada dekat dengannya. Siapa?

Komen Aku ?

Mulenya aku beli buku ni, ingatkan ianya berbahasa Inggeris. He3. Lepas selesai baca, baru la tau kenapa ianya dinamakan Labyrinth. Memang Labyrinth .. he3.

Terus terang aku katakan, ni kali pertama aku membaca karya Imaen. Oleh sebab aku baru sahaja selesai membaca Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman, aku rasa sedikit pelik bila membaca karya Imaen ni. Kira-kira ambil masa juga untuk mengubah suai otak aku yang dah ter-set dengan tulisan Habiburrahman kepada sebuah tulisan yang lain. Tulisan yang lebih santai dalam format yang berbeza.


Mule-mule aku membaca, rasa cam tak besh aje. Sebenarnya memang betul, cam susah nak center kan balik otak aku untuk menerima corak penulisan Imaen dan Habiburrahman tu. Tapi, bila makin baca makin lama.. rasa seronok pulak. Aku tau aku tak leh nak samakan penulisan seorang penulis dengan penulis yang lain. Tak adil kan?

Oleh kerana baru membaca buat kali pertama karya Imaen ni, lama-lama leh masuk gak dengan cara penulisan dia, cuma aku rimas apabila daripada mula cerita dalam buku ni hingga lah ke pengabisan buku ni, dia memasukkan perumpamaan yang menyamakan sesuatu kejadian itu dengan peristiwa didalam filem / buku novel. Ni contoh aku amik :

ms303
Fikirannya merawang membawanya ke suatu zaman dahulu, selepas menonton Demi Moore dalam filem G.I Jane, Natasya merengek mahu fesyen begitu. Namun dia yang suka beralah dan selalu kalah itu mengikut sahaja.
ms308
Hanani menampar-nampar lembut pipi Mambo seperti Al Pacino sedang menampar abangnya dalam filem Godfather 2.
Abis? Bagi aku yang tak minat menonton TV / Muviee ni camne nak gambarkan? Camne2? Cuba cer. Ha3. Naik rimas aku. Cuma part dia wat perumpamaan tu yg merimaskan, tapi yang lain2, OK sangat!

Jalan cerita bersahaja dan lawak yang imaen sampaikan sangat berkesan pada aku. Aku boleh ketawa secara spontan bila baca bab lawak2 dia cam kat bawah neh :
ms127
Ada sebuah bar dengan ratusan botol, ratusan bentuk dan ratusan mabuk menghiasi rak kabinet. Bartender berbangsa melayu yg ligat beraksi melambung botol yang membuat Tom Cruise dalam Cocktail kelihatan seperti amatur. Di dalam hati Kamal mengharapkan botol itu terlepas dan jatuh menimpa kepala bartender tersebut lalu dia akan menjadi amnesia dan Kamal akan membisikkan kepadanya bahawa dia seblum ini adalah seorang bilal dimasjid.

ms243
"Pencuci mulut kita aiskrim ajelah, Okey?"
"Aku lepas makan cuci mulut dengan air paip aje" jawab Dani sambil ketawa kecil. Kamal turut ketawa.

Ada gak diselitkan pantun seloka :

ms394
Kiri jalan, kanan pun jalan,
Tengah-tengah pohon mengkudu,
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu

Kiri jangan, kanan pun jangan,
Tengah-tengah pohon mengkudu,
Kirim jangan, pesan pun jangan
Sama-sama kepala batu
Banyak lawak-lawak selamba dalam buku ini, secara tak langsung menghiburkan pembaca yang agak 'stress' mengikuti cerita 'thriller' pembunuhan. Then, sedikit sebanyak dalam buku ini ada pengetahuan mengenai tarian ballet. Boleh menambah pengetahuan.

Buku ni memang best. Happy ending walau dah boleh agak siapa pembunuhnya. Ending nya membuatkan kita 'terperanjat' dan tak sangka endingnya begitu. Cuma kadang-kadang membacanya membuatkan otak kita berjalan dalam Labyrinth. Aku tak akan teragak-agak untuk membeli buku-buku beliau yang lain. Insyaallah.

Oh ye, buku ni bukan lah sebuah buku kekeluargaan dan buku cintan-cintan yang meleret2. So bg sesapa yang suke membaca buku pasal kekeluargaan dan kisah cinta ala-ala drama TV tu, tak sesuai la baca.

2 comments:

zat said...

Saya baru saja beli buku ni semalam. Memang sangat ketinggalan sebab baru nak berjinak-jinak dengan novel melayu. Memang susah nak cari novel melayu yang macam ni (plot berkisar tentang kehidupan, thriller atau tentang perkara yang berlaku di dunia sekarang) di pasaran. Buku ni pulak duduknya di tempat yang kurang popular..hanya tinggal satu yang kulitnya sudah kemek. Beli juga. Baru baca muka surat 29, tapi memang setuju saya suka gaya bahasanya, dan unsur-unsur humor yang membuat saya tergelak sendiri. Haha.

Anith said...

kesian awak xleh bayang.ekcely perumpamaan yg imaen bg tu sgt2 ramai org bleh relate.siapa tak kenal gaya rambut pendek demi moore dlm g.1 joe.n cite godfather sgt2 fofular.kalu awak nk bayangannya,cari dlm youtube.ad byk sedutan muvie2 lama.