Monday, April 21, 2008

Bukan Cinta Biasa - Izzul Izzati

Tajuk : Bukan Cinta Biasa
Penulis : Izzul Izzati
Harga : RM18.00
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Muka Surat : 536 m.s
Tahun : 2005
Rating Aku : * * *


Sinopsis Belakang Kulit Buku :

Sifat sabar dan beralah yang dimiliki oleh Shahira membuatkan dia sering menjadi mangsa keadaan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyakiti apatah lagi mengecewakan insan yang berharap.

Namun, sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dia tidak mampu memenuhi kehendak dan menjaga hati semua pihak dalam satu masa. Justeru itu lafaz cinta yang ditunggu oleh Anuar sejak dari bangku sekolah lagi hanya dihargai sebagai kawan baiknya. Baginya, cita-cita dan impian hidup lebih utama. Namun begitu dia terpaksa akur dengan jodoh yanh telah diaturkan oleh keluarganya. Biarpun jauh disudut hati dia sebenarnya memendam perasaan kecewa.

Pertemua Shahira dengan Azlisyam di kampus terjadi dalam suasana yang tegang telah mewujudkan persengketaan diantara mereka. Sikap ego Azlisyam turut merubah sifat semula jadi dalam diri Shahira. Keadaan bertambah celaru setelah Shahira mengetahui Azlisyam adalah tunangnya. Tanpa sedar, dalam diam mereka sebenarnya menyimpan perasaan cinta diantara satu sama lain. Ego dan kedegilan didalam diri memasing telah mengekang mereka untuk berterus-terang biarpun rasa rindu ternyata sendat dihati.

Akibat salah sangka keadaan bertambah parah tatkala Azlisyam dan Anuar pantang bersua dan meletakkan Shahira dalam situasi yang sukar. Antara sayangnya kepada seorang sahabat yang sentiasa setia bersama dengan cinta pertamanya yang belum tentu membuahkan bahagia lantara tiada lafaz cinta yang terucap di antara dia dengan Azlisyam.

Anuar yang kecewa tetap setia menanti miskipun disedari penantiannya tiada penghujung. Meskipun cinta Shahira bukan miliknya, namun Anuar tidak berdaya membuang rasa rindu dan cinta yang sememangnya utuh di hati.

Takdir dan Suratan-Nya tiada siapa yang boleh menolak dan menghalang. Berjayakah Anuar merealisasikan impiannya setelah rumahtangga Shahira dan Azlisyam tuntuh di saat bahagia mengunjungi tiba? Bagaimakah reaksi Azlisyam setelah mengetahu cinta Shahira sememang untuk nya? Mampukah Azlisyam meraih cintanya setelah Shahira membuat pilihan untuk tidak melukakan hati Anuar yang setia meunggu cintanya?


Komen Aku
Ternyata aku beli buku ni kerana ‘jatuh cinta’ pada cover nya! Serius. Tapi, alahai, indah cover dari isi. Ternyata ‘Bukan Cinta Biasa’ yang aku harapkan, rupanya hanya cinta biasa-biasa aje.

Rasanya aku tak perlu bercerita lebih lanjut isinya, kerana hampir keseluruhan isinya dah terungkap di kulit belakang buku ini. Walaubagaimanapun, mungkin buku ini berjaya menarik minat para remaja membacanya. Tema percintaan yang ringan dan beberapa perkara ulangan yang agak mengecewakan.

1 comments:

Anonymous said...

congratts.. sis. I never know you're very talented author... all the best...

Mun