Monday, April 21, 2008

Selamat Tinggal Sayang - Ma Lee Chuswan


Tajuk : Selamat Tinggal Sayang
Penulis : Ma Lee Chuswan
Harga : RM20.90
Penerbit: CESB
Muka Surat : 437 m.s
Tahun : 2003
Rating Aku : * * * 1/2 (Wajib Beli)

Sinopsis Belakang Kulit Buku :

Aku ingin menjadi 'puteri'... kalau tidak puteri kayangan pun... cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian puteri-puteri yang ada. Namun itu semua hanyalah impian, dongeng zaman kanak-kanak yang entah bila mampu Puteri kecapi.

Lalu kerana 'Puteri', dia senang menjadi 'Dee', bebas daripada sebarang kekeliruan dan sangkaan. Namun 'Dee' tidak bebas tatkala terlanjur, terperangkap oleh masa dan akad. Perkawinan ini satu tanggungjawab... melepaskannya jua satu tanggungjawab yang tidak terjawab.

Bertahun Dee menjadi pelarian, siapa sangka bertemu suami dalam suatu periuk rezeki. Namun mampukah Dee terus bersembunyi... dan sampai bila Puteri harus digantung tidak bertali...


Komen Aku
Buku ini, aku beli dah lama, Cuma mungkin agak liat membacanya lantaran kerja yang banyak di opis. Tambahan pula beberapa hal yang aku tak dapat elakkan, membuatkan buku ni terperuk begitu lama didalam almari buku ku.

Buku cerita ni outstanding juga. Membawa rasa sedih dan kasihan kedalam diri. Cerita ini benar-benar meruntun hati dan Ma Lee Chuswan benar-benar dapat membuatkan aku terpaku dan tak sabar-sabar untuk menghabiskannya secepat mungkin.

Kisah Puteri Nur Deana anak yatim piatu yang dibesarkan di rumah kebajikan dan disayangi oleh ramai orang. Dia membesar sebagai tomboy pada zaman remajanya dan menjadi gadis jelita dan seksi pada zaman dewasanya. Wajah dan tubuhnya menjadi idaman lelaki semalaya tetapi dia sebenarnya sudah bersuami dan malangnya, dia ‘bertemu’ kembali dengan suaminya selepas 7 tahun, dibawah naungan satu bumbung – Hakim!

Bermula dari situ, dia ‘merebut’ kembali suaminya berusaha dan dari situlah terhasilnya benih cinta mereka yang akhirnya membawa penderitaan kepada Puteri.

Plot ceritanya tersusun dan tiada flashback yang berat-berat, juga berbaur hubungan intim yang membuatkan aku kadang kala sendiri terbuai ditenggelami perasaan cinta dan kasih sayang. Muahahaha.. setan kepala juga dalam ada duduk..

Juga beberapa adengan yang menyakitkan hati apabila berlaku perebutan cinta antara mereka disulami dengan keegoaan yang tiada tepinya.

3 comments:

Buuwa said...

sangat2 suke novel nih...tp novel sy dah hilang.. orang pinjam x bg pulang sedey...

kat mana nak dapat novel nih lg??? huhuh

Cerita cinta WanjueRS... said...

Cmana nk dptkn semua nvl2 ma lee cuswan ni

Unknown said...

Nak beli novel ni