Tajuk : DIARI BONDA 3
Penulis : Rohani Din
Harga : RM 28.90
Penerbit: Creative Enterprise
Muka Surat : 630 m.s
Tahun : 2004
Rating Aku : * * * 1/2
Sinopsis Belakang Kulit Buku :
Apakah dia sudah cukup dihargai sebagai seorang isteri, ibu dan insan...? Harga sebuah pengorbanan begitu pahit untuk ditelan... cuba diluah... adakah yang sudi berkongsi? Kerana untuk merealisasikan impian, dia tahu hatinya banyak terluka dan kecewa.... Lalu padaNya dia mengadu resah yang entah bila akan berakhir....
Komen Aku
Sambungan Diari Bonda 2 . Dalam Diari Bonda 3 ni , banyak mengisahkan kehidupan Anie yang dilanda masalah dengan suaminya dan tempat kerjanya. Mengisahkan ketidak puasan hati Anie terhadap suaminya yang tidak mahu mencari kerja dan hanyak duduk melepak dirumah. Apabila boring kat rumah, dia berehat-rehat dikolong bawah flatnya dengan kengkawan senasib dengan nya. Tidak pun melepak-lepak di kedai kopi. Kejadian 'pergaduhan dan perang dingin' diantara Anie suami isteri, mewarna-warni kan kehidupannya.
Juhaidi, suami Anie, disahkan mengidap penyakit jantung dan peparu berair oleh doktor dan sejak itu doktor menasihatkan suami Anie berhenti dari memandu teksi dikhuatiri akan menjejaskan kesihatannya. Dengan hati yang berat, Ani memulangkan teksi suaminya kepada syarikat tempat suaminya bekerja.
Didalam Diari Bonda 3 jugak banyak mengisahkan Anie yang tidak putus asa membawa Siti berubat disamping makan angin bersama keluarganya di Malaysia demi mengubati Siti. Dengan berbekalkan duit yang dikumpul oleh Ani dari pekerjaannya sebagai pengurus Umrah dan Haji disyarikat milik Hj Ismadi & Famili.
Karekter Abang Noor Paiman banyak terdapat di merata-rata buku ni. Abg Noor Paiman adalah rakan sekerja Anie dimana karekternya sebagai orang yang suka bertikam lidah dengan Anie dan kebanyakkannya Anie memenangi pertikaman lidah tu. Namun, Abg Noor Paiman berhati mulia dan tidak pernah mengambil kesempatan. Dia juga banyak membantu Anie meringankan beban office dan sentiasa mengcover Anie.
Karekter Sani , sedikit sebanyak telah terhindar dari Diari Bonda 3 awal dan pertengahan, namum pengakhiran cerita, nama Sani muncul kembali.
Kali terakhir Anie ke Mekah, dia bersama suaminya. Di Mekah dan Madinah, Anie merasakan dirinya amat disayangi suaminya dan mereka amat mesra di sana. Tetapi perangai suaminya berubah apabila kakinyan keluar dari Mekah.
Didalam Diari Bonda 3 ni juga menceritakan ayah Anie menghidapi angin Ahmar ketika Anie dan Suaminya berada di Mekah. Anie dan suaminya mengambil keputusan untuk pulanh awal dan keputusan ini diberitahu kepada Tn Hj Ismadi. Namun, Tn Hj Ismadi tidak membantah malah menggalakkan Anie pulang walau dia menuduh Anie bercakap bohong.
Selain pergolakkan rumahtangga, Diari Bonda 3 mengisahkan pergolakan kerjayanya di syarikat milik Hj Ismadi. Anie banyak difitnah oleh rakan sejawatnya dimana dia dikatakan menggalakkan jemaah rombongan mengikut pakej dari syarikat lain. Lebih menghampakan apabila Tn Hj Ismadi tidak membawanya menunaikan umrah dan haji secara percuma (spt yang telah dijanjikan oleh Tn Hj Ismadi sebelumnya) apabila mencapai terget tertinggi membawa masuk pelanggan menikmati pakej Umrah dan Haji.
Pertikaian dan tegang urat sering terjadi apabila pakej Tn Hj Ismadi agak kelam kabut dan membuatkan jemaah tersadai disesuatu tempat dengan agak lama dan membosankan. Seringkali Anie sendiri mengubah perjalanan waktu pakej itu dan membuatkan Tn Hj Ismadi dan anak perempuannya yang sering masuk campur di syarikat itu bengang. Jemaah pakej Tn Hj Ismadi sentiasa merungut, hampa dan tidak berpuas hati dengan pakej yang ditawarkan.
Naluri Anie merasakan kerjayanya di syarikat Tn Hj Ismadi akan berakhir pada penghujung tahun dia bekerja sementelah dia bekerja secara kontrak sahaja.
Kebosanan turut terasa didalam Diari Bonda 3 bila ianya banyak mengisahkan flash back kehidupan Anie semasa kecilnya dan flashback sedikit sebanyak cerita dari Diari Bonda dan Diari Bonda 2 . Kemudian kebosanan terasa ketika 'percutian/perjalanan' yang bagi aku sedikit agak mengecewakan.
Tetapi aku masih ingin membaca Diari Bonda 4 . Aku harap tidak la membosankan lagi dan berbaloi dengan harganya!!. Untuk ketiga-tiga diarinya 1-3 pun dah RM 82.90 . Diari Bonda 4 lebih mahal sikit, iaitu RM32.90. Hmm.. harap-harap berbaloi.
Komen Aku
Worth reading? Yup.. bagi wanita yang mempunyai naluri kekeluargaan dan keibuan. Aku rasa kalau remaja baca, maybe mereka tertekan sbb kisah dalam buku ni byk mengisahkan kisah kekeluargaan.
Worth reading ? Yup. Buku ni byk menyelitkan bacaan-bacaan untuk amalan-amalan tertentu untuk memperolehi keberkatan Allah dan juga panduan-panduan menunaikan Umrah dan Haji sekaligus menjadikan aku rindu untuk ke Mekah..

0 comments:
Post a Comment