Monday, April 21, 2008
Sedalam Cintamu - Dina Farhana
Tajuk : Sedalam Cintamu
Penulis : Dina Farhana
Harga : RM10.00
Penerbit: Alaf21
Muka Surat : 256
Tahun : 200?
Rating Aku : * * – cinta biasak2 jek
Senopsis Belakang Buku
RINA begitu komited dalam kariernya di sebuah syarikat buku di ibu kota. Prinsipnya, tugas dan peribadi tidak boleh diselaraskan dalam suatu masa. Oleh itu dalam waktu yang singkat dia berjaya membina kedudukannya dengan jawatan yang lebih baik.
Kepercayaan Rina terhadap cinta musnah bila Kamarul berlaku curang di belakangnya. Namun, kehadiran Adam telah merubah prinsipnya terhadap lelaki. Dalam benci, dia mula tertarik pada lelaki itu. Dan Adam sendiri telah melafazkan cinta pandang pertamanya pada Rina.
Namun, kemunculan Kamarul telah menggugat cinta Adam dan Rina. Keadaan semakin rumit bila Cynthia dan Celine, merayu kasih Adam kembali.
Wajarkah Rina meninggalkan Adam sedangkan lelaki itu tulus dalam cintanya?
-------------------
Komen aku :
Actually, buku ni ditulis oleh kenalan aku yg tak berapa aku nak kenal. Dia ni ada kedai stationery kat Bukit Tinggi Klang, office aku. Dia satu-satunya anak melayu yang bukak kedai stationery kat situ. Bangga betul aku. Tapi, selepas kedai dia di rompak, dia gulung tikar. Aku pun tak tau apa jadi kat dia lepas tu. Dia tutup kedai cam tu je, tak bg tau aku pun. Kecik ati aku ni.
Buku ni aku malas nak komen. Sebab nipis sangat. Pas tu.. cite dia cam syok sendiri jek. Mehehhee.. Tapi boleh la kalau nak baca2 waktu terbuang tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment