Tajuk : Mimpi Kita Serupa
Penulis : Siti Hasneza
Harga : RMRM18.90
Penerbit: CESB
Muka Surat : 353 m.s
Tahun : 2004
Rating Aku : * * *(Biasa)
Sinopsis Belakang Kulit Buku :
Tanpa sedar kita sebenarnya banyak persamaan. Kebetulan barangkali atau kita sememangnya serasi... Nyatanya Tuhan tetap tidak memberi kesempatan untuk kita sama-sama membuktikan.
Ada rasa terkilan, dicubit rasa kecewa bila diri bukan pilihan hati. Namun ada jangkaan yang dapat dibaca. Yang Hasmira sememangnya mencintai Syafiq sejak dari dahulu lagi.
Dan di sebalik wajah Syafiq yang selamba, Fawwaz tidak menduga abangnya turut meminati gadis yang sama. Lalu apa dayanya? Halangan bukan jalan terbaik bagi memisahkan mereka. mereka sudah cukup dewasa... Lalu Fawwaz membiarkan hati lelakinya basah dengan air mata... bertahun lamanya begitu.
Tanpa Fawwaz tahu, Yang Hasmira turut derita kerana merinduinya. Derita kerana dilarang walau menyebut namanya, apatah lagi berbicara seperti waktu-waktu sebelumnya.
Yang Hasmira duka kerana kehilangan seorang sahabat sebaik Fawwaz, biarpun kini mereka sekeluarga. Dan jodoh itu sememangnya urusan Tuhan... bila sampai masanya akan termeterai juga tanpa ada yang sedar kiranya Fawwaz dan Yang Hasmira telah lama bertemankan air mata ...
Komen Aku
Mimpi Kita Serupa . Ini karya kedua beliau. Tapi kurang sedap aje berbanding Angin Dingin Dari Utara (ADDU). dan Cemburu Seorang Perempuan . Tak ada kick disitu, kecuali kisah pengorbanan seorang abang dan seorang isteri. Plot ceritanya agak mendatar dan tak berapa thrill. Cuma mengaitkan perasaan dan bidang kesenian.

0 comments:
Post a Comment