Monday, April 21, 2008

Membina Hati Bahagia - Dr HM Tuah Iskandar


EDISI KHAS – BUKU MOTIVASI

Tajuk : Membina Hati Bahagia
Penulis : Dr. HM Tuah Iskandar
Harga : RM15.00
Penerbit: Karya Bistari Sdn Bhd
Muka Surat : 319 m.s
Tahun : 2002
Rating Aku : * * * * (Bagus!)

Sinopsis Belakang Kulit Buku :

DR HM TUAH ISKANDAR al-Haj, seorang motivator, tutor dan kolumnis yang telah diiktiraf hingga ke peringkat antarabangsa.

Beliau merupakan seorang penulis tamu dan perunding motivasi dalam majalah-majalah Mingguan Wanita, Dewan Masyarakat, Dewan Agama dan Falsafah , Keluarga, Nona, Dewan Siswsa, Dewan Pelajar, Dewan Kosmik, Minda, Majalah I, Fokus, Pa&Ma, Dara.Com, Bintang Kecil, Sarina, Persona Pengantin, Remaja, TV3, TV1, TV2, Radio Malaysia Selangor, Radio Langkawi dan Radio Labuan.

Beliau menerima anugerah The Outsanding People of the 20th Century Award dari International Biographical Centre, England pada tahun 2999 dan telah dilantik menganggotai The Research Board of Advisor di American Biographical Institute, Amerika Syarikat pada tahun 2000.

Disamping itu beliau juga adalah Honorary member Ansted University Advisory Counsil yang berpusat di United Kingdom mulai tahun 2001.

Pengiktirafan Kerajaan Malaysia terhadap beliau ialah melalui Anugerah Belia Negara, Kategori Inovasi dan Kreative yang disampaikan oleh Datuk Seri Dr. Mahadir Mohamad pada tahun 1999.

Beliau telah menghasilkan lebih 50 judul buku dalam pelbagai bidang termasuklah ilmiah, agama, teknikal, motivasi dan umum.

Sehingga kini beliau telah menerima 28 anugerah lain termasuk Hadiah Buku Terbaik Kebangsaan (1992), Hadiah Darul Ta’zim selama tiga tahun berturut-turut (1999,2000,2001) dan Anugerah Emas Pengkaryaan KKSB (1996 & 1999).

Komen Aku
Setelah ‘penat’ asik tulis tentang novel Melayu aje, so sesekali tulis la pulak buku motivasi, kan?. Buku kaler pink yang menjadi kegemaran aku ni telah aku miliki since 2003 lagi dan sehingga sekarang, ia menjadi salah satu buku kesayangan aku.

Walaupun harganya hanya RM15, tetapi kandungan didalamnya amat berharga bagi aku. Aku rasa memang strategi Karya Bistari untuk menjual buku-buku sebegini dengan harga yang murah untuk menarik orang membelinya.

Membina Hati Bahagia, buku kaler Pink ni amat menarik dan garapan Dr. HM Tuah Iskandar amat santai dan menarik selain senang dipahami oleh golongan yang walau tidak berpelajaran sekalipun.

Actually, ianya khas buat wanita, tak kira bujang, berkahwin, ibu tunggal atau yang dah bertahun-tahun kawin, namun tidak terbatas kepada para lelaki atau suami yang diluar sana tu.

Tulisan Dr. HM Tuah yang seolah-olah berkata-kata kepada pembaca macam beliau sedang membari ceramah. Diselang seli dengan hadis2 dan beberapa potong ayat al-Quran untuk memantapkan jalan persembahannya.

Bagi wanita yang berkira-kira untuk mencari jodoh, buku ini khas buat anda, memlampirkan cara-cara mencari pasangan hidup yang sesuai dan adakah pasangan anda sekarang ini sesuai untuk anda?

Bagi wanita yang sudah pun berkahwin dan perkahwinan yang hambar, dingin dan beku – buku ini khas untuk anda yang terlampau inginkan satu ‘spark’ supaya anda ‘terjaga’ dari kebekuan.

Bagi wanita yang tetiba aje rasa nak terkurang ajar ngan suami sendiri – haaa… buku ni lagi khas buat anda – baca lah, dah anda akan berfikir 88 kali sebelum anda rasa seperti nak menerajang atau menyepak laki anda.

Dan untuk para lelaki yg mencari jodoh dan panduan para suami bagaimana menangani isteri supaya menuju ke puncak bahagia.

Percayalah – anda akan bahagia selepas membaca buku ini .. insyaallah.