Saturday, March 5, 2011

Suci Wajah Rindu - Zuraidah Othman



Tajuk : Suci Wajah Rindu
Penulis : Zuraidah Othman
Harga : 22.90 (Apsal tak jual harga RM23.00 je CESB oy)
Terbitan : CESB
Bintang : * * * * (4 bintang)
Jenis : Cinta Cintun 100 %, Kekeluargaan
M/S : 480 m/s
Terbitan : 2008

Sinopsis Kulit Buku :
Pelangi cinta yang kita titi bersama itu adalah rindu yang kupintal tatkala kehilanganmu....

Sepuluh tahun lalu AJ pergi meninggalkannya bersama untaian janji yang tidak pernah tertunai. Dia menyakinkan diri bahawa AJ hanya sebahagian daripada mimpi. Tidak mungkin hadir di alam realiti. Dendam dan benci kesumat kak long menolak dirinya semakin jauh dari hidup AJ hinggakan terlalu sukar untuk dia menjejaki lelaki itu. Biarpun rindu terhadap lelaki itu masih berdenyut namun… terlalu mengharapkan keajaiban berlaku bukan dia orangnya.

Dalam parah membelai rindu, dalam pedih membuang onak angkara kak long dan dalam kepayahan menggapai kasih ibu, tiba-tiba pada satu subuh yang indah, lelaki itu hadir merawat luka…

Ulasan Saya :

Salams kepada semua pembaca novel yang budiman. Saye mencari gambar buku Suci Wajah Rindu ni kat pacit Google, tapi gagal jumpa yang CESB punya. Cer Cite.. :P

Eh, eh, saya pasan la, mana web CESB yea?

Takkan nak cilok gambar kat blog org lain penat scan kan? Siap ada Watermark sniri, hek3. Tabaik curi sudah. So tepaksa la saya scan sniri. So sapa2 nak cilok, silekan la.. saye tak letak Watermark pun ok.

Buku ini ditanda sebagai 'Laman Hati' bermaksud cerita cinta yang ringan. Tak ada sastera berat-berat sudah. Takde crime2 seram sudah. Cerita yang cinta-cinta sahaja. Tapi, karya Zuraidah Othman, jangan tak dibaca, kerana bagi saya, cerita-cerita dari beliau memang tak rugi baca pun.

Ehem! Spoiler nak bagi ni : cerita ni happy ending ok?

Cerita nya simple sahaja. Kisah kekeluargaan typical Malay. Kisah ibu bapa yang beza-bezakan kasih sayang terhadap anak2. Mana2 anak yang pandai dan kaya, itu la yang di 'meha-meha' (orang Melaka cakap, meha-meha untuk melambangkan 'mendewa-dewakan') mereka.

Ouh! Sebenarnya pernah terjadi pada saya taw. Tapi bukan bonda saya. Bonda saya sayang saya =) dan adik2 saya bonda saya sayang lebih. Aha takesah la kan? Kami anak-anak bonda. Especially bonda saya sayang adik lelaki saya yang bongsu tu. Saya pun sayang adik laki2 saya yg comel tu. Muka dia pun taboleh blah sbb sgt babyface. Kalao nak marah dia, dia akan blink2 mata dia, lalu saya tajadi namarah. Sungguh. Bagi bonda saya, adik laki2 saya tu masih kecil dan selama-lamanya adalah anak kecil bonda (hakikatnya adik lelaki saya sudah 25 tahun dan suda maw kawin itu anak) He3. Eh! eH! apa yang saya rapikkan ini.

Ok, yang terjadi kepada saya ialah kasih sayang saya di beza2kan oleh atuk dan nenek saya semasa saya dibawah jagaan mereka ketika saya kecil2. Saya sering dimarahi oleh atuk & nenet berbanding kazen sebaya saya. Saya sering dipulaukan dan tidak di endah. Sebab? Entah? Hahha.. saya ialah cucu yang bukan feveret lah gitu. Tu la pasal kecik2 saya sangat jahat? Saya pernah baling kazen lelaki saya dengan plate besi sehingga member tu berdarah dan kena beberapa jahitan di kepala. Wah jahatnya saya jika dikenangkan zaman kecik2 saya. Gengster sungguh. Tapi saya sayang atuk & nenet saya. Tak kesah la saya ni bukan cucu feveret pun, hahhaha. Alfatihah buat mereka. *Al-Fatihah*

Ok enuff with my personal, sapa nak baca pun.

Sama lah watak heroin dalam cerita ni Fitrah Najwa yang menjadi anak bukan feveret keluarga. Selalu la kena marah dan kena fitnah oleh kakak dia yang bernama Farah Hani (yang merupakan anak angkat sebenarnya).

Saya berharap, novel ini setebal 800 muka surat instead of 400 muka surat. Olahan Zuraidah Othman terhadap watak Farah Hani dan Fitrah Najwa memang maveles. Terbuai2 membaca kerana cara Farah Hani si pembuli itu membuli si Fitrah Najwa sangat terkesan dan membuatkan saya menjadi geram dan marah. Wah, feeling tu hidup taw. Macam betul-betul berlaku. Sikap busuk hati Farah Hani ni sama aje macam mana-mana typical Malay. Buku ni, kalo start baca, memang nak kan baca. Takde kekosongan yang membuatkan readers nak baca lompat2.

Dan heroin cerita ni (AJ ~ Ariff Jauhari) pulak digambarkan iras-iras mamat Korea yang menjadi kegilaan zaman skarang. Wah bestnya ada balak cam mamat korean! Eheks.

Plot cerita ni tersusun. Camne cara Farah Hani sering menabur fitnah kepada Fitrah Najwa, memisahkan kasih Fitrah Najwa dan AJ, merebut kasih sayang ibu dan bapa dengan menjadi seorang anak yang pintar, yet menjadi anak yang kaya dengan wang dan menabur wang kepada keluarga untuk menjadi anak/kakak feveret, berpura-pura baik. What a typical Malay kan? Ha2.

Jadi tak pening nak baca cam dite Bahlut tu. He3. Kronologi cerita ni senang nak faham. Itu la pasal dianya di kategorikan sebagai 'Laman Hati'. Harap maklong.

Tapi kan, dalam buku ni, watak Farah Hani adalah sebagai watak seorang anak angkat dimana dia ialah anak seorang perempuan dandut/pelayan. Jadi watak dia macam telah di cursed oleh tabiat ibu dia yang mempunyai kerja hina sehingga membuatkan saya sebagai pembaca memprotes dalam hati bahawa, setiap anak-anak yang dilahirkan adalah suci tanpa noda dan bukan mewarisi sifat keji ibu nya. Sedangkan iman pun tadapat diwarisi, inilah pula tebiat buruk kan? Tapi, cam ni kan typical Malay.

Part romantik ialah bila Fitrah Najwa akhirnya berjumpa kembali dengan AJ kekasih kecil2nya. He2. Cammana la cinta masa kecil (yang ketika itu Najwa baru je berumur 11 tahun) boleh kekal dalam hati dia. Pelik gak. He2. Inilah cinta. Buta dan membutakan.

Saat romantik-romantik ni la saya rasa saya yang macam Fitrah Najwa yang mempunyai pakwe dari negara sarangheneo tu. Ouh!! *sekali kena hempuk dgn bonda saya sbb berangan ta kena tempat*

Oh yea, ada satu typo yang sempat saya tangkat di page 180 : "Tujug puluh dua sahaja" eheks.

Happy Ending guys! Happy Reading! Muah!

2 comments:

Zuraidah Othman said...

Terima kasih..novel ini masih boleh didapati...

Unknown said...

saya Dh lama Cari novel ni. . please help me. . mana nak dpt yer...