Wednesday, June 25, 2008

Ayat-Ayat Cinta - Habiburrahman El- Shirazy

Tajuk : Ayat-Ayat Cinta
Penulis : Habiburrahman el Shirazy
Harga : 22.90
Muka Surat : 503 m/s
Penerbit : Ar Risalah Product Sdn Bhd
Tahun : 2003 / Cetakan ke Lima Edisi Melayu 2007
Rating
Pengulas : ***** - WAJIB dimiliki
Kategori : Pembangunan Keagamaan / Motivasi
Credit: Pemenang Pena Award Novel Terpuji Nasional 2005
Pemenang Anugerah Penghargaan The Most Favorite Book 2005


Hmm.. kat belakang kulit buku ni ada sinopsis seperti berikut :

Sinopsis

Sesekali dalam ketenangan sastera Indonesia datang mengejut gelora seni yang tidak tersangkakan. Jika dulu pernah hadir "Ateist", "Perburuan", "Pulang", "Merahnya Merah" dan "Bumi Manusia", kini tampaknya gelora itu datang dalam bentuk "Ayat-Ayat Cinta" pula. Ternyata ia adalah sebuah novel yang sangat memujuk dan menghiburkan. Dengan bahasa yang sederhana mengalir, novel ini menghadapkan kita kepada sekelompok mahasiswa Indonesia yang tidak saja tekun menangguk ilmu, malah berupaya mengisi kehidupan dengan penuh sabar. "Ayat-Ayal Cinta" memangnya pintar mengheret kita menjejaki — malah menghidu — perhubungan Fahri (Indonesia) dan Maria (Mesir) secara penuh mengajar, menghantar isyarat dan kebijaksanaan baru melalui perhubungan sopan antara insan dua negara.

Rasanya memang sesekali kisah cinta yang Islami begini sempat disampaikan dengan penuh tertib. Maka itu, tidak membacanya seperti sengaja melepaskan peluang untuk mencium bau, merasa iklim dan memahami gerak hidup insan Indonesia baru di iuar dan di dalam negaranya.

A. Samad Said Sasterawan Negara

Berbeza rentak dan nada dengan Harry Potter, akhirnya AyatAyat Cinta terpilih sebagai The Most Favorite Book..."

MAJALAH MUSLIMAH,
Edisi Januari 2006

"Penulis novel ini berjaya menggambarkan latar (setting) sosiobudaya Timur Tengah dengan begitu hidup tanpa perlu menggunakan istilah-istilah bahasa Arab. Bahasanya yang mengalir, perwatakan tokoh-tokohnya yang begitu kuat, dan gambaran latar yang begitu hidup, menjadikan kisah dalam notel ini terasa seolah-olah ianya benar-benar terjadi. Ini adalah contoh novel karya penulis muda yang sangat baik!"

AHMADUN YOST HERFANDA Sasterawan dan Redaksi Budaya Republika

"Jarang ada buku seperti ini. Saya tidak yakin akan ada novel seumpama ini daripada penulis muda Indonesia yang lain, bukan sahaja pada ketika ini bahkan pada beberapa puluh tahun di masa hadapan. Begitu menyentuh. Begitu dalam. Dan begitu dewasa!"

MOHAMMAD FAUZIL ADHIM Pakar Psikologi dan Penulis Buku-buku Best Seller

"Jika Naquib Mahfuz menulis Mesir dart pandangan orang Mesir, maka Mesir kali ini ditulis dalam pandangan orang Indonesia. Novel ini ditulis oleh orang Indonesia yang betul-betul faham selok-belok negeri itu, hingga kepada perincian-perincian yang paling kecil. Ianya hidup, berbaur dan berinteraksi dalam kehidupan sehari-hari; lalu menyerap roh dan pengetahuan darinya, dan dituangkan dengan sepenuh hati ke dalam bentuk novel yang kaya, Ditulis dengan bahasa yang lancar, dengan tokoh-tokoh yang "hidup" dan bersekilas pandang dalam pelbagai perwatakan. Membaca novel ini adalah seperti membuka cermin cakerawala yang terbuka...

JONIARIADINATA Penulis Cerpen, Redaksi Jumal Cerpen Indonesia
Komen aku :
Apa nak dikomenkan pasal buku ni eh, sebab buku ni memang sebuah buku yang aku sendiri tak layak nak komen (tgk aje beberapa anugerah yang dia rangkul). Aku baca buku ni pun setelah membaca beberapa komen di forum-forum yang banyak membincangkan hal novel ni difilemkan. Jadi aku dah tengok kedua-duanya.

Buku Ayat-Ayat Cinta (AAC) ni antara buku yang aku akan simpan dalam rak buku aku. Banyak hadis-hadis, terjemahan ayat-ayat Quran dalam buku ini untuk dihayati. Tak ketinggalan juga Fahri dan Aisha yang sangat suka berpuisi untuk antara satu sama lain.

Antara 3 Karekter Penting dalam buku ni ialah :

1) Fahri ~ Pemuda yang penuh ketakwaan, kasih sayang kepada Allah, Bersemangat, teratur, berperancangan, penyabar ~ Malangnya dia diminati oleh ramai bidadari-bidadari disekelilingnya. Dia seorang yang berhati lembut dan amat berhemah juga seorang yang romantik. Seorang pelajar Universiti Al Azhar dan seorang tahfiz. Dia berkahwin dengan Aisha seorang gadis keturunan Turki - German dan kemudiannya berkahwin dengan Maria ~ jiran di kediamannya semasa tinggal bersama kawan-kawannya.

Fahri seorang yang mementingkan maruah Isterinya, lihat sahaja perasaan hatinya selepas dia mengetahui Aisha hampir di cabuli seorang polis :
" Kurang ajar! Akan kucari dan kubunuh keparat itu" Teriakku sambil mengepalkan tanganku kuat-kuat. Bagiku, kehormatan isteriku adalah segala-galanya. Kesucian isteriku sama dengan kesucian kitab suci. tidak boleh ada seorang pun yang menodainya apalagi menginja-injaknya. Kesucian isteriku adalah nyawaku. Ketika ada orang yang mencuba menjamah kesuciannya maka nyawaku akan dipertaruhkan untuk membelanya. Seandainya aku mempunyai 1000 nyawa akan aku korbankan kesemuanya untuk menjaga kesucian isteriku tercinta. Mati seribu kali lebih ringan bagiku daripada ada orang menjamah kesuciannya. Malaikat maut pun aku akan hambat jika dia mencuba-cuba menodainya. Aku rela dijuluki apa sahaja untuk membela kesucian isteriku tercinta".
2) Aisha ~ Gadis Turki-German ini ialah seorang yang sangat lemah lembut dan berani. Terpikat dengan Fahri ketika bersama-sama menaiki tren Metro yang menjadi kebanggaan masyarakat Arab dan melihat Fahri berdakwah secara tidak langsung didalam tren Metro memperbetulkan beberapa salah faham antara orang arab-amerika.

Kasih sayang antara Aisha dan Fahri sangat mendalam :
Aisha teriak " Aku juga sangat mencintaimu. Kau besarkanlah jiwamu, suamiku, aku berada disampingmu. Aku tidak akan termakan tuduhan jahat itu. Aku yakin akan kesucianmu. Kalau andainya kau mengizinkan, aku ingin dipenjara bersamamu agar aku dapat menyediakan sahur dan berbuka untukmu"
Cinta Aisha pada Fahri semakin mendalam dikemuncak cerita ini ketika Fahri dipenjarakan akan tuduhan memperkosa Noura, gadis Mesir yang didera keluarga angkatnya. Walaupun Aisha sebenarnya ialah seorang yang kaya hasil dari perniagaan keturunan dia, namun jiwanya bersih dari perasaan riak dan menunjuk-nunjuk (berbeza dengan wataknya dalam Filem AAC).

3) Maria
~ Gadis Arab menetap satu bangunan Apartment dengan Fahri dan rakan2. Anak seorang doktor yang dihormati, beragama Kristian tetapi seorang pengkaji al-Quran. Dia menghafal surah Maryam dan surah Al-Ma'idah, dia nyata mengagumi kehebatan Maryam. Ketaranya, watak Maria ni hanya berkembang di awal-awal noveL dan terhapus sama sekali dipertengahan jalan, namun muncul semula di lewat novel kala Fahri didalam tahanan. Cinta Maria terhadap Fahri tidak dipamerkan didalam novel ni, secara tak langsung keberkesanan watak Maria tak berapa timbul, sebaliknya watak Aisha lebih timbul berbanding dia. Tetapi, didalam filem AAC, watak Maria agak ketara dan cintanya lebih 'ditunjukkan' berbanding didalam novel ini.

Dalam novel yang penuh rasa kecintaan terhadap Allah juga turut mempamerkan perasaan setiakawan - persahabatan - ketaatan dan prejudis. Prejudis terhadap negara Indonesia juga tak ketinggalan dalam novel ni (ketika Fahri di buang dari Universiti Al-Azhar):
Kata-kata Staif Konsuler KBRI itu membuat hatiku kecut. Aku tiba-tiba ingin menjadi warganegara Amerika sahaja. Jika aku warganegara Amerika, pasti polis Mesir tidak beranai berbuat sesuka hati. Menyentuh kulitku sahaja mereka tidak berani apalagi mengancam hukum gantung. Jika aku warganegara Amerika, jika seandainya benar-benar memperkosa pun tetap selamat. Kerana presiden Amerika akan ikut berbicara membela warganegaranya seperti ketika Clinton membela warganeraganya yang disebat di Singapura.
Begitu juga apabila seorang polis yang tiba-tiba mahu menyoalsisat Aisha (yang menyangka kan Aisha ini ialah seorang warganegara Indonesia), dengan senang hati mahu memperkosa Aisha (pada anggapannya, jika warganegara Indonesia, mereka boleh memperlakukan apa sahaja kerana kerajaan Indonesia tidak akan berbuat apa-apa berbanding dengan warganegara lain). Walhal dia tahu hukuman taligantung akan dikenakan keatas perogol jika disabit kesalahan. Malangnya ~ dia akhirnya ketali gantung kerana Aisha itu seorang warganegara German.

Novel VS Filem.

Ku rasakan, Habiburrahman pasti tidak bersetuju dengan watak Fahri didalam Filem AAC. Watak Fahri agak lemah, mengharapkan bantuan dan seorang yang putus asa serta lebih cintakan duniawi dari cinta kepada Agamanya. Tengok sahaja betapa lemah nya dia ketika dia didalam tahanan kerana tuduhan merogol Noura. Sikap putus asanya sahaja membuatkan aku meluat pulak. He3. Sikap Fahri yang sebenar didalam Novel lebih kepada tawakal dan mempunyai kekuatan mental yg luar biasa.

Watak Aisha yang agak menunjuk-nunjuk kekayaan sedangkan Aisha sebenarnya ialah seorang jutawan yang sangat merendah diri dan low profile.
Manakala watak Maria didalam filem ni agak menonjol dan menampakkan rasa cinta terhadap Fahri, berbanding didalam novel yang tidak langsung menampakkan rasa 'suka' Maria terhadap Fahri.
Aku dapat rasakan suasana di Cairo lebih dengan membaca Novel berbanding tgk filem dia. Rasa cam kat Indonesia aje.. he3. Anyway, credit untuk kedua2 noveL, mmg maveles !!

3 comments:

Unknown said...

dah baca novel n da tgk movie..both best..tp novel lagi menusuk kalbu..lg menarik..*wink

Anonymous said...

kalau elyza berminat membaca novel indonesia,saya mencadangkan elyza membaca "sang pemimpi" karya andrea hirata,iaitu kesinambungan dr novel laskar pelangi...unik! 5* .saya jugak ada buat sinopsis tentang novel2.

oleenbest@yahoo.com

Anith said...

hehe..sbb aac shooting kat indon.tu psl xde rs suasana mesir langsung.