Monday, April 21, 2008

Bagaikan Puteri - Ramlee Awang Murshid

Tajuk : Bagaikan Puteri
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Harga : RM19.90
Penerbit: Alaf21
Muka Surat : 560
Tahun : 2005
Rating Aku : * * * * (sangat terpikat)

Sinopsis Belakang Kulit Buku :

Haryani dan Laksamana Sunan...

saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!

Komen Aku

Hmmmm... buku ni aku baca membuatkan aku jatuh hati pada hero dalam cerita ni iaitu Laksamana Sunan!. Hahaha.. mungkin itu suami yang di idam-idamkan oleh anak-anak dara zaman sekarang. Watak yang sungguh ideal, perfect and da' bomba!

Dalam berbanyak karya abang RAM kita ni, ni satu-satunya karya beliau yang mengimbas masa lampau (kira dlm sejarah la). Kesah sejarah yang dia reka sendiri, menjerumuskan diri aku benar-benar ke zaman kesultanan Melayu dulu kala, zaman Hang Tuah.

Jalan cerita tersusun dan satu lagi penuh dengan misteri. Kisah dua zaman yang berlainan dan kisah2 pahlawan-pahlawan, kiai-kiai dan hantu-hantu yang mistik. Macam cerita-cerita sejarah bukan? Sudah tentu bukan. Tak menarik? Hey siapa kata? Bagaikan Puteri ni memang menarik sekali.

Cuma mungkin yang aku ralat tentang Bagaikan Puteri ini, hanyalah watak Haryani yang agak kosong dan mendatar serta tidak berkembang. Mungkin next time, RAM boleh menyelami hati seorang wanita dengan lebih mendalam lagi.

Kengkawan aku semua amat suka ngan cerita ni. Seswai untuk org dewasa apatah lagi rumaja. Jadi, aku rekomenkan korang baca lah citer ni, you will never stop reading, gerenti puas hati.

1 comments:

Unknown said...

first novel RAM y sy bc..dan trus jatuh cinta.. <3 *wink