Saturday, February 26, 2011

Rayyan Fantasi - Ramlee Awang Murshid


Tajuk : Rayyan Fantasi
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Harga : 19.90
Terbitan : Alaf21
Bintang : * * * * (4 bintang)
Jenis : Sci-Fi, Thriller, Bunuh3, Misteri2, Cinta2
M/S : 512 m/s
Terbitan : 2010

Sinopsis Kulit Buku :

RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

Ulasan Saya :

Saya tamo ulas banyak2 pasal novel terbaru abang RAM ni taw, sebab rasanya semua orang pun taw akan ke-best-an semua novel2 abang RAM. Novel ni kuwa bulan Dec 2010 tapi saya baru je baca Januari 2011.

Overall cerita abang RAM kali ni macam kita tengok cite Star Wars atau pun cite orang yang ijau2 tu.. ape kenamanya film tu.. alahai.. jap nak ingat.. (pls fill in the blank bila saye da ingat).

Tapi, saya taberapa suka la dengan plot cite dia sebabnya memang tak suka dengan cerita ala-ala Star Wars neh. So, dalam banyak2 koleksi abang RAM, saya rasa Rayyan Fantasi bukan menjadi feveret saya.

Watak Aiddin atau Rayyan (nak tergelak tau sbnrnya bila tau Aiddin ni bapak nya (Ibrahim) ambil dari nama seorang pemandu bernama Maidin he3, kreatif juga bapak dye) ini, bila dah nak masuk akhir2 novel ni lebih menjurus kepada watak dan gaya Laksamana Sunan (sape tak kenal abg Sunan?). Agak stereotype disitu.

Watak bapak dia (Ibrahim) pula, digambarkan sebagai seorang hero yang tidak terkalah. Yang paling best part dalam novel ini ialah pengembaraan Aiddin dalam perperangan untuk merampas kembali tahtanya yang telah dirampas oleh satu kuasa hitam dimana Aiddin ini telah di watakkan dengan baik, bijak, berjiwa pejuang, seorang ketua, hebat dan mempunyai kelembutan tersendiri (alah, semua yang aura best2 la).

Teka teki bagaimana satu lembah yang berkilau-kilau menjadi laluan larangan di negara 'fantasi' Aiddin juga menarik perhatian saya dimana beliau secara keras berfikir bagaimanakah untuk melalui lembah keramat penuh dengan kematian dengan selamat, dan akhirnya misteri lembah keramat itu tidak terjawab hingga akhir cerita (cam nak ada siri ke dua gitu). Tunggu je la.

Ha, korang takleh samakan latar belakang cerita ni dengan dia masuk ke alam bunian taw, sebabnya ~ Fantasi disini ialah memasuki kealam ala-ala Star Wars (sbb ianya ala2 angkasalepas gitu)

Saya terpesona dengan olahan dan gambaran abang RAM terhadap tempat tinggal di kaki pergunungan di Kundasang, Sabah. Saya rasa ingin pergi ke Sabah dan tinggal di sana , terasa amat indah sekali cara pengolahannya. Rasa seperti tiada pencemaran, alam yang penuh keindahan, kedamaian, keamanan dan ketenangan. Seperti maw tinggal terus disana..

Konflik yang ada didalam cite ni agak mengecewakan bila Feena, bekas tunangan Aiddin berkahwin dengan salah seorang teman baik mereka di kolej. Bagi saya, Feena tu macam tade arah tujuan, men rembat saje ape ade pun. Benci! Eheks. Dan satu lagi bila ibu tiri Aiddin yang tidak dapat menerima kehadiran Aiddin dan Ibrahim selepas mengetahui 'siapakah' mereka yang sebenar. Selepas mengetaui dua2 makhluk tersebut adalah alien, beliau terus depressed. Hahahhaa.. kesian.

Tagline cite ni kat kulit buku ialah : "Apa yang terfikir itu ada". Tapi saya rasa cam taboleh masuk ah tagline dye neh. Cam tak kena. Patutnya beliau letak tagline "May The Force Be With You" .. :P

Saya ingat, jika dikurniakan anak lelaki, saya maw letak namanya Mohd Rayyan.. tapi lepas baca buku ni, tajadi la.. kikiki ..

Salams.

0 comments: